Bila Saling ‘Menghargai’ Tiada Dalam Sesuatu Perhubungan

‘MENGHARGAI’ nampak hanya sebuah perkataan yang simple tapi ia mampu mengubah seseorang dari yang suka memberi kepada menjadi seorang yang kedekut, dari seseorang yang baik kepada seorang yang pentingkan diri.

Assalamualaikum, untuk menghasilkan sebuah perhubungan percayalah ‘Menghargai’ ini adalah salah satu kunci dalam mengukuhkan suatu ‘binaan’ tak kira lah ia keluarga, suami isteri, kawan atau persaudaraan. This is simple word but means a lot for everyone.

Hargai macam mana? Banyak cara, bukan dari segi harta sahaja, kadang hargai dari segi hati dan perasaan. Tak semua perkara kita wajib balas dengan material.

Macam aku cakap, hargai nie memang amat penting. Kenapa penting? sebab dari sifat hargai nie lah yang baik boleh jadi jahat, yang suka boleh jadi benci, yang tolak ansur boleh jadi pentingkan diri. Dan sekarang aku mengajar diri aku untuk menjadi Pentingkan Diri sometimes mungkin orang akan gelarkan aku Jahat.

Tahun 2025 ini dah tak valid untuk menjaga hati orang terutama sekali keluarga. Aku minta maaf, bukan nak mengaibkan tapi cukup lah amik nie sebagai pengajaran hidup korang semua.

Aku perkenalkan diri, aku anak tengah, antara ramai-ramai adik beradik, syukur alhamdulilah allah kurniakan aku sifat ‘Bertanggungjawab’ nie lebih tinggi dari yang lain. Seorang yang tak pernah culas.

Mak ayah dah pencen, kakak, abang dah kahwin, adik baru habis sekolah. Aku? alhamdulilah allah masih bagi aku rezeki bekerja.

Back to the point, dalam keluarga ni aku dah sampai tahap ‘Makan Hati Berulam Jantung’ dah. HAHAHAHA. Macam dah hilang dah segala kemanisan dalam keluarga nie hanya kerana aku seorang je tak rasa apa habuan sebagai balasan.

Kalau orang cakap aku tak bersyukur, ia bukan tak bersyukur tapi terasa hati, Jika adik-beradik lain dapat ‘Balasan’ kenapa aku tak dapat? bolehkah ini dikategorikan tidak bersyukur? sebenarnya ini adalah pilih kasih.

Aku pernah di situasi duit tak cukup sampai ke gaji, so aku cakaplah ‘Ma, nak pinjam duit rm20 nak buat duit makan’ banyak sesi soal jawap yang ma bagi dekat aku hujung-hujung? tak dapat.

selang 3 hari kakak aku sama juga dia cakap duit tak cukup sampai ke gaji, kakak tak mention pun nak pinjam tapi ma hulur duit dekat dia dengan cakap ‘amik lah nie buat duit belanja’

Aku dekat depan diaorang tersenyum kelat, hati macam kena cucuk lah. Tapi yalah kita siapa nak memaksa orang untuk memberi hak dia ke kita. So aku diam je, cari cara lain untuk tampung perbelanjaan aku. Ya alhamdulilah sampai sekarang bertahan.

Aku pernah request nak makan ayam masak lemak je dekat ma, tapi yang dijawab, pergi lah belajar masak. Bukan susah pun. 2 hari aku tahan, bukan sebab mengada tapi sebab ‘air tangan ibu’ kan tapi takpe, aku cari inisiatif lain. Pergi kedai cari ayam masak lemak. Aku kira pass lah benda teringin dapat aku telan.

Berbeza dengan kakak, malam tadi cakap dengan ma nak makan sup ayam, besok pagi, dalam pukul 6.30 pagi ma dah masakkan untuk dia. HAHAHA nampak remehkan? ia benda remeh je. Mesti pelik macam mana aku tahu? aku tahu dari story, sebab apa-apa habuan yang manis-manis semua kakak aku up dekat story.

Ma pernah belikan kakak gelang emas dan baru-baru nie kakak dapat barang yang bernilai dari ma. Aku? ada barang emas tapi tu duit sendiri. Nak merasa orang bagi? hmmm entahlah bila. HAHAHA.

Aku pernah kena marah sebab balik kerja tak kemas meja makan, sedangkan dekat rumah ada adik yang tak buat apa-apa.

Bila aku tanya adik tu buat apa je? diaorang jawap adik tak boleh diharap. Aku balas balik ‘Bukan tak boleh diharap, tapi memang semua tak pernah nak suruh dia buat, sebab tu semua nak tunggu orang’. Maka terdiamlah mereka semua.

Sebelum ni abang ada cakap dengan ma lepas bini dia bersalin dia nak duduk rumah ma. Abang cakap nak duduk bilik aku tapi tak cakap dengan aku, dan ma pun setuju. Aku pulak melawan balik.

Dalam banyak-banyak bilik yang ada kenapa bilik aku? diaorang jawab sebab bilik aku kelengkapan semua cukup. Kelengkapan bilik tu cukup semua duit aku sendiri, tak ada satu sen pun duit orang lain. Kenapa mesti aku nak korbankan waktu tidur aku untuk keselesaan orang lain?

Secara keseluruhan dalam bilik tu kepunyaan aku, kenapa nak minta izin pada orang yang bukan hak dia? Semua diam, selang seminggu dia tidur dekat bilik ma dengan ayah aku.

Lebih 25 tahun aku korbankan hak aku untuk keselesaan diaorang tapi tidak untuk kali ni. Barang kepunyaan aku tapi minta izin dekat orang lain? So apa guna pemilik?

Aku tahu ayah pernah bagi duit dekat adik-beradik kecuali aku. Semua aku tahu cuma aku diam kan je. Aku bukan jenis meminta sebab aku sedar tu bukan hak aku.

Aku ni sedaya upaya aku menahan segala keinginan aku semata nak memenuhi bil-bil dekat rumah sebab sedar ma ayah dah pencen. Eh tahu-tahu ma ayah pasangkan adik aircond. Bil? bab ni aku terasa teruk dah. Aku tak bercakap dengan dioarang 3 hari.

Aku iri hati dengan adik-beradik? jauh panggang dari apa weiii, tapi terasa, bila adik beradik lain semua dapat tapi kau tak pernah dapat.

Nak kata aku berkira? utiliti ada yang aku bayar, barang basah raya, duit belanja tiap raya, kadang ada duit lebih makan sedap-sedap. Ada anak dia satu sen pun tak pernah bayar tapi tersenarai dalam habuan manis-manis.

Aku bukan nak balasan tapi ni lah aku maksudkan ‘Menghargai’. Jika segala usaha aku diaorang tak hargai, buat apa aku buat untuk mereka? Seeloknya aku jadi manusia yang pentingkan diri. Atleast aku tak sakit hati. Korang dapat yang manis-manis, aku? dapatlah menangis HAHAHA..

Yang manis-manis untuk aku biar aku usaha sendiri. Tu lagi bagus rasanya. Kadang aku terpikir, adakah aku patut memberontak macam adik-beradik yang lain? patut ke aku meminta-minta supaya diaorang nampak kewujudan aku dalam keluarga nie?

Aku ni masih ada hati, aku memikirkan ma ayah dah tua, diaorang dah tak patut pening kepala untuk memikirkan masalah aku tapi makin aku diam, ibarat aku makin hilang dari penglihatan mereka. Tak wujud dah, hati perasaan aku pun dah macam sampah bagi mereka.

Sampaikan kawan aku pernah tanya aku ‘aku jarang nampak kau keluar shopping semua’ aku jawab ‘aku bukan taknak shopping, aku simpan untuk masa akan datang, Aku percaya andaikata suatu hari aku jatuh terduduk keluarga aku sendiri tak akan tolong aku’ kawan aku terdiam.

Kawan-kawan nampak keharmonian keluarga aku tapi tidak dalamannya. Kalau nak cakap banyak lagi benda yang aku terasa. Macam mana keluarga abaikan perasaan aku demi jaga perasaan yang lain. Kadang tak menjawap bukan penakut tapi takut perkataan “derhaka” dan “tak sedar diri” keluar dari mulut mereka.

Bila perkataan nie keluar je dari mulut diaorang confirm hati aku dah berkecai. Silap-silap tengok muka diaorang pun dah taknak. Kadang positifkan diri je. Terima dan percaya jalan hidup yang Allah dah tetap kan.

Cuma tulah aku nak cakap, mungkin tahun ni aku akan mendapat title ‘Jahat’ disebabkan aku pentingkan diri sendiri demi menyelamatkan mental health aku. Aku pun tak lah nak minta korang setuju apa yang aku buat ni. Cuma nak cakap. Tak semua orang diam tu dia baik-baik je.

Kadang yang diam nie lah banyak simpan dan tiba masa ia meletup mungkin kau dah tak akan nampak dia diam tapi nampak dia jahat. So korang kurang-kurangkan lah berfikir untuk memberi keselesaan untuk orang lain dengan menghadkan keselesaan sendiri sebab tak semua nampak effort kau.

Kalau ada keluarga baca ni, haa ni lah luahan hati Nuna kalau ma ayah and semua baca, Nuna tak meminta sebab sedar bertapa susahnya cari duit. Tapi tak susah untuk ma ayah keluarkan duit untuk lain. Mungkin susah untuk Nuna sebab ma ayah nampak Nuna banyak duit kan. Its okay Nuna kaya, HAHAHA.

Nuna pun tak pernah minta barang yang mahal-mahal cukup lah sama adil dengan yang lain. Kedudukan Nuna di hati ma ayah paling bawah ke? ke tak ada dalam hati langsung? Kalau Nuna luah pun semua tak pernah amik serious malah menganggap Nuna mengada. Tapi takpe Nuna pun dah besarkan.

Pandai lah Nuna rawat hati Nuna sendiri, cuma Nuna risau bila Nuna rawat hati Nuna sendiri ia mengakibatkan Nuna lagi jauh dari keluarga. Disebabkan semua yang terjadi ni, Nuna take a serious at my life. Nuna nak stop pikirkan keselesaan dan menjaga hati perasaan korang,

Nuna dah taknak sakit lagi, Nuna taknak benci keluarga sendiri dan Nuna taknak menangis sendiri tiap malam atas katil. Bukan tak ada yang baik, ada banyak yang baik, tapi disebabkan simpan dan pendam yang baik tu pun ibarat air di sungai, mengalir dan hilang Assalamualaikum.

– Nuna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. I like your writing dik. Menusup.
    I hate your parents. Buta mata dan hati. Tapi tu lah..sape kita nak benci mak ayah sendiri.
    What i would like to suggest is, kalau berkemampuan, move out. But still be in contact with family. Cuma menjauhi untuk menjaga perasaan sendiri. Tegaskan bil perbelanjaan harus beralih tangan. Hulur mana yang patut. Jangan sombong but avoid to be around a lot.
    Its just my two cents. At the end of the day, keputusan ditangan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *