Bila Sikap Timbang Rasa Itu Dah Hilang

Apa yang aku share ni is apa yang aku perhati sepanjang trip aku ke Penang baru-baru ni.

Well, 29 Julai baru-baru ni aku bawa family (isteri & 2 orang anak) aku bercuti ke Penang. Dah lama tak ke Penang so, ambil kesempatan ke sana.

Budak-budak excited nak naik cable car (funicular) so salah satu itenary is pergi ke Bukit Bendera. Kami tiba seawal 8.30 pagi sebab takut orang ramai. Tapi sangkaan kami salah sebab pukul 8.30 pagi tu memang dah ramai orang.

Tapi teruskan juga sebab dah book tiket online. Masa menunggu untuk dipanggil masuk tak lama dalam 30 minit. Tapi yang azabnya, masa menunggu dan masuk ke ruangan departure.

3 jam lamanya baru boleh naik funicular tu! Nak patah balik, dah separuh jalan and budak-budak dah excited. So kita layankan aje.

Budak-budak ni ada hiburan dia sendiri walaupun menunggu, so tak ada lah diorang bosan sangat. Yang bosannya kami yang dewasa. Jenuh woo menunggu..

Sebab ramai sangat dan tak kira bangsa dan usia. Cuma kami kesiankan dekat mereka-mereka yang bawak baby dan warga emas.

Pihak pengurusan pun tak sediakan banyak tempat duduk sepanjang lane menunggu. So agak kesian bila tengok warga emas berdiri lama menunggu.

Oh ye, kami guna normal lane bukan fast lane.. kami ni marhaen je… so bayarlah tiket untuk normal lane, azabnya, menunggulah kita.. tapi apa boleh buat, dah pilih yang ni, so hadap aje.

Bila dah ramai2 menunggu ni, salah satu yang boleh buat rapatkan silahturrahim… borak-borak dengan jiran depan, jiran belakang, jiran kiri dan jiran kanan..

Masing-masing cakap benda yang sama pengurusan tak sediakan tempat duduk yang banyak terutamanya golongan yang memerlukan.

Betul, memang kesian tengok. Ada warga emas yang masa mula-mula baris pun excited nak naik funicular tu, terus berubah muka bila berdiri terlalu lama.

Pastu ada yang ajak nak berpatah balik sebab tak larat nak menunggu. Mungkin bagi mereka juga ni adalah pertama kali nak naik, tu yang ada sanggup menunggu walaupun tak larat berdiri lama.

Mungkin juga, diorang seperti aku yang memang tak jangka situasi jadi macam ni, sebab dah terlalu lama tak datang ke Bukit Bendera.

Aku yang tengok warga emas ni berdiri lama-lama memang auto jadi kesian. Sebab tahu situasi mak dan ayah aku yang juga warga emas.

So bila ada certain point di lane yang ada disediakan tempat duduk, aku terus suruh makcik yang beratur di belakang aku duduk di situ (anak dia pun assist walaupun makcik tu kata tak pe).

Boleh nampak anak makcik ni setiap kali ada tempat duduk, akan suruh mak dia duduk.

Boleh nampak jugak, sikap pengunjung-pengunjung yang dah berdiri lama-lama ni, akan utamakan golongan-golongan ni (wanita bawa baby, warga emas dll) untuk duduk terlebih dahulu.

Cuma yang jadi tak bestnya bila dah naik funicular. Sebab situasi dekat situ dah padat, jadi nampaklah geng-geng yang pentingkan diri sendiri muncul. Oh ye, geng-geng ni yang bayar fast lane.

Aku berpisah dengan makcik yang di belakang aku. Aku naik bahagian 2nd last dari belakang, makcik dan anak2 dia naik part last funicular tu.

Geng-geng ni jenis pakai baju t-shirt seragam kaler pink-purple lebih kurang (maaf aku ni lelaki, mata memang nampak kaler macam tu, kaler spesifik aku tak tahu).

Geng-geng ni terus meluru masuk part yang last tu pastu terus duduk dan conquer bahagian belakang. Padahal boleh masuk orang lagi.

Pastu ada jugak 2 ekor beruk ni jugak terus duduk.

Bahagian ni banyak warga emas, kebanyakkanya dah duduk kecuali makcik ni tadi. 2 ekor beruk ni memang obvious nampak makcik ni tapi buat tak tahu.

Aku yang tengok ni naik angin tapi tak boleh buat apa sebab aku di bahagian yang lain. Aku mampu tengok sahaja dari bahagian aku. Tapi dalam hati memang sumpah seranah 2 ekor beruk ni.

Agaknya Allah tak bagi aku sumpah banyak-banyak kot, anak makcik yang lelaki ni sempat minta tolong salah sekor untuk bagi mak dia duduk sebelum funicular tu bergerak. So makcik tu selamat duduk sepanjang perjalanan.

Sampai di puncak memang ambil masa berjalan-jalan sebab dah lamakan berdiri. So aku dan family berehat jugak ambil angin sejuk di puncak.

Ternampak jugak geng-geng pink purple ni, kali ni lebih jelas sebab nampak tulisan yang dicetak di baju, Ha******** Company Trip.

Dalam hati berdoa agar tak terserempak dengan puak-puak ni sebab dah nampak dah situasi tak menyenangkan masa naik tadi.

Tapi tulah Allah nak tunjuk, aku tersempak lagi dengan geng ni (tapi dengan orang yang lain) masa nak balik. Allah jugak takdirkan aku terserempak dengan makcik tadi dan anak-anak.

Masa beratur nak naik tren balik, aku boleh nampak pekerja-pekerja concern dengan golongan ni, sebab dia suruh makcik tadi naik bahagian tengah (tak perlu turun tangga or naik tangga).

Aku dan family pulak bahagian atas, bersebelahan juga dengan bahagian makcik ni. Makcik ni naik berdua dengan anak perempuan dia dekat bahagian tengah sebab aku nampak anak lelaki makcik ni dengan family dia di bahagian 1 lagi.

Aku berdiri jugak kali ni sebab nak tengok jugak apa yang jadi selepas situasi naik tadi oleh geng yang sama walaupun orang yang berbeza.

Masih ada sikap timbang rasa or still sama? Makcik tadi berdiri jugak. Dari yang aku nampak seat tu muat 3 orang. 2 orang tu wanita yang pegang anak dan maybe pregnant.

Yang sorang lagi tu lelaki, maybe suami kepada wanita yang pegang anak. Dari apa yang aku tengok, lelaki ni hanya pegang stroller baby.

Makcik ni berdiri depan dia dan mustahil dia tak nampak. So dia pun ambil sikap yang sama macam beruk-beruk yang aku nampak di awal tadi. Buat bodoh dan tak nak give up seat.

Anak perempuan makcik ni maybe malas nak cari gaduh dengan beruk ni sebab terang-terang mak dia depan beruk ni.

Dan bagi aku it is a common sense bila nampak golongan-golongan ni, keutamaan tempat duduk harus diberi kepada mereka dan bukannya pentingkan diri sendiri.

Trip aku ke Bukit Bendera berakhir dengan aku bukak kisah ni dekat anak-anak dan isteri aku.

Aku ajar anak-anak aku agar bertimbang rasa bila berhadapan dengan warga emas tak kira bangsa atau agama. Anggap warga emas ni ibarat nenek atau datuk bila jumpa.

Bayar harga tiket mahal, tak semestinya sikap timbang rasa tu harus hilang dalam diri. Honestly, aku tahu perbelanjaan company trip ni macam mana sebab pernah oranganize this kind of thing.

Majoritynya ditanggung oleh company especially tiket. Ni baru guna duit company, dah hilang sikap timbang rasa. If guna duit sendiri, agaknya lagi terbang tinggi ke langit dan tak pandang ke bawah.

Dalam perjalanan ke tempat seterusnya, aku istighfar banyak-banyak sebab dah banyak sangat aku maki hari ni. Moga aku dan anak-anak tak jadi seperti spesis-spesis yang aku nampak tadi.

Sekian..

– Kumbang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *