Pergi sana orang kutuk surirumah. Pergi sini orang kutuk surirumah. Entah jarang kan orang mengata pasal isteri yang bekerjaya? Saya pun pelik.
Tapi ada juga isteri bekerjaya terpaksa menampung keperluan keluarga dan membiayai biawak hidup pula.
Yes, benarlah hidup kita memang tak sempurna sentiasa ada ujian di mana-mana.
Kadang suami baik, isteri pula yang bermasalah. Kadang isteri baik suami pula yang teruk nauzubillah dan ada juga suami isteri yang saling membahagiakan.
Namun begitu, Alalh dah beri kita akal untuk buat keputusan dan pilihan sebelum berkahwin.
Perkenalkan saya seorang surirumah yang bahagia. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab adanya seorang suami yang memahami.
Sebenarnya sebelum saya berkahwin, saya bekerja. Selepas berkahwin saya jadi surirumah sepenuh masa tapi alhamdulillah setakat ni belum dapat tekanan lagi sebab adanya suami yang saling melengkapi dan tidak memaksa buat itu ini.
Dia seakan faham menjadi surirumah bukanlah perlu hari-hari basuh baju, lipat kain hari yang sama selepas angkat jemuran, menyapu bagai nak rak dsb.
Jadi surirumah tak perlu untuk menjadi terlalu sempurna. Cukuplah ada suami yang sama-sama bantu dan faham.
Kalau si suami tu tak boleh bantu, janganlah paksa isteri untuk buat kerja rumah 24 jam dan rehat cuma 1 jam saja? Di mana tahap ihsan seorang suami?
Isteri yang sering membebel, memberontak datangnya dari suami yang tak menyelami hati isteri. Suami saya tahu je saya akan tidur waktu bila, rehat waktu bila, kemas rumah ke tak, dan sebagainya.
Sebelum kami kahwin, saya pernah ingatkan pada suami “Ingat ya saya bukan maid. Saya seorang isteri. Layan saya sebagaimana awak nak saya melayani awak.”
Dari sini kita lihat apa jawapan dia. Kalau sebelum kahwin da beri red flags, sila lah angkat kaki.
Ayat itu saya cuba hadamkan dalam otaknya agar dia tahu saya bukan maid untuk buat kerja rumah sepenuh masa dan terlalu sempurna.
Saya tetap akan buat kerja rumah akan tetapi bukan tahap orang gaji.
Saya juga menerangkan kepada suami yang suami perlu tolong isteri sekali sekala. Jangan biarkan emosi isteri meracuni rumahtangga yang sedang mulai bahagia.
Sebagai seorang wanita yang inginkan terbaik dalam hidup dia, perlu tapis lelaki sebaiknya. Jangan main kaut tanpa bertanyakan soalan-soalan cepumas dan dari sini kita boleh lihat apa jawapan dia. Jawapan matang atau jawapan redflags.
Pentingnya dalam heart to heart dengan lelaki sebelum berkahwin. Tanya dia apa niat dia kahwin.
Mencari isteri atau orang gaji? Berapa nafkah dia akan beri sebulan? Kalau kita penat, apa dia cuba buat? Kalau kerja rumah tak sempurna adakah dia akan mempertikaikan?
Di sini segalanya bermula. Dari jawapan dia, kita boleh tahu nak teruskan hubungan atau tak. Ingat, rumahtangga bukan sekadar s3ks dan travel bersama.
Ianya lebih kepada berkorban menerima kekurangan dan cuba membahagiakan antara satu sama lain kerana Allah, bukan kerana nak tutup umur yang makin berusia.
Orang akan kaitkan surirumah ni pemalas, di rumah kerja dia tidur dan tidur, mesti layan netflix, mesti jarang basuh baju walhal 24 jam ada di rumah. Susah betul nak buang mentaliti masyarakat yang macam ini.
Memang jadi surirumah tak boleh tidur langsung ke? Tak boleh tengok netflix sambil berdengkur? Tak boleh makan jam 10pagi ibarat kerja dengan swasta pula?
Janganlah samakan surirumah dengan orang yang bekerja. Surirumah kerja dia kat rumah tak ada rule apa2 dengan majikan suka hati dialah nak tidur jam berapa, nak makan sampai kenyang ke sampai tak boleh berehat langsung? Asalkan dia tetap buat kerja dia.
Kerja dengan majikan, jam 8pagi atau 9pagi dah punchcard masuk pejabat, perlu ke nak samakan dengan surirumah? Suka hati dialah nak mula buat kerja jam berapa asalkan dia TETAP BUAT KERJA RUMAH.
Kenapa ya suami susah nak faham?
Orang gaji je yang buat kerja ikut jadual tuan dia, so nak tanya isteri ni orang gaji abang ke? (Emosi pulak kita).
Saya juga surirumah walaupun saya sentiasa di rumah, tidaklah saya terlalu nak jadi perfectionist.
Cuma saya akan pastikan semuanya teratur, rumah nampak kemas walaupun bukan setiap masa perlu nak vacuum, just nampak sedap mata memandang dan selesa untuk tinggal di dalam rumah itu.
Kebiasaannya kalau saya jemur baju, suami yang tolong angkatkan. Kemudian saya akan melipat kain pada waktu lain (waktu yang saya ada mood untuk melipat).
Saya takkan melipat pada hari yang sama kain diangkat. Ini bermakna saya tetap buat kerja rumah tapi bukanlah memaksa mental untuk buat dalam keadaan mood malas.
Begitu juga dengan basuh baju, di rumah saya, seminggu dalam 2kali saja mesin basuh tu berputar.
See. Sebenarnya jadi surirumah laa paling best sekali sebab tak terikat dengan mana-mana peraturan dan majikan. Tapi si surirumah itu jadi burn out atas sebab perangai suami yang menghambakan si isteri.
Dari segi nafkah pula, wahai sekalian suami, isteri itu penat juga membanting tulang untuk pastikan suaminya gembira, apa salahnya beri nafkah yang sepatutnya pada si isteri? Orang gaji pun dapat gaji setiap bulan kenapa dengan isteri nak berkira?
Dah suruh isteri berhenti kerja demi menjaga ruamhtanggakan, isteri dah berkorban untuk lepaskan kerjaya yang dia minat, kenapa tak balas ihsan isteri dengan memberi dia nafkah yang cukup?
Fahamilah hadis indah ini dari sabda Rasulullah SAW:-
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Senang jaa suami nak dapat pahala yang berganda, banyakkan bersedekah kepada isteri dan anak-anak. Isteri dan anak-anak inilah pembuka rezeki kalian. Sangatlah rugi kalau mensia-siakannya.
Hadis seterunya ini membuktikan bahawa seorang isteri darjatnya tinggi. Si suami kalau nak hidup senang, nak dapat rahmat Allah, jadilah suami yang baik.
Akan tetapi si isteri pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan suami. Salinglah bertoleransi dan ihsan antara satu sama lain.
Dari Abu Hurairah RA. bahwa Rasûlullâh SAW telah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada istrinya.” (HR. Muslim)
Orang kata jadi surirumah boring tak dapat hirup udara segar, hari-hari pandang dinding. Nak tahu sebab apa? Sebab suami itu sendiri tak cuba gembirakan isteri dan anak.
Suami saya bekerja. Dalam seminggu dia akan pastikan kami anak beranak keluar jalan-jalan walaupun cuma ronda di kawasan kampung, taman permainan dan sebagainya.
Kadang-kadang selepas balik kerja petang, dia akan bawa kami meronda naik motorsikal sebab suami tahu isteri dia sehari suntuk duduk dalam rumah.
Jadi surirumahlah yang paling best sekali kalau ada suami yang memahami dan ihsan terhadap isterinya.
Yang belum kahwin, doa sungguh-sungguh dapat suami yang bertanggungjawab, ada belas ihsan dan pemurah terhadap isteri. Sebelum kahwin teliti si dia betul-betul. Minta petunjuk Allah.
Selepas sahaja bernikah itulah jodoh kita. Tapi nak jodoh itu kekal sampai Syurga, tetaplah juga berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan dan berdoa agar mendapat sakinah, mawaddah & warrahmah.
Kuncinya adalah suami dan isteri kembali kepada Allah. Rajinkan solat berjemaah bersama suami & isteri serta anak-anak.
Saya doakan yang terbaik untuk para wanita baik isteri mahupun bujang, mudah-mudahan mendapat yang terbaik dalam hidup. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Semoga bertemu lagi.
– Natrah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit