Bila Suami Tawar Hati

Thanks iiumc sebab share confessions aku yang tak seberapa ni. Hi, nama aku maryam, aku dah kahwin dengan suami aku dah nak masuk 8 tahun dan masih belum ada rezeki anak, tapi aku dah ada 2 anak syurga. Sepanjang tempoh ni kami ok je hidup berdua tanpa anak. Masing-masing buzy, aku buzy kerja suami aku buzy kerja dan belajar.

Aku nak cerita pasal krisis yang aku tengah hadap. Mana tahu korang ada solusi atau nak tegur dan kecam. Its up to you. Ok meh aku ringkaskan cerita aku.

Lelaki selalu cakap perempuan rumit, nak itulah nak inilah ala-ala cerita dalam lagu faizal tahir tu. Aku mengaku sebab aku kahwin pun umur aku muda, baru 22. So, aku masih sangat banyak kelemahan. Tapi time to time aku makin kenal suami aku dan aku cuba ikut tune dia, sebab suami aku ni anak sulung yang ego nya setinggi awan. Dulu masa awal kahwin aku nak dia faham banyak pasal aku, tapi lama-lama aku dah malas and rasa tak penting pun untuk dia faham apa yang aku nak. Aku rasa aku boleh jadi flexible dan cuba faham apa yang suami aku nak.

Waktu berjalan, turun naik kehidupan. Apa je ujian yang datang walau kadang aku tergelincir aku cepat-cepat imbang balik waras aku. So kalau aku utara kan apa yang aku rasa jadi masalah pada aku, aku jugak yang akan mintak maaf juga pada suami aku. Pada aku, i will never let our problems to solved more important than him, which is my syurga.

Suami aku baik orang nya, tak romantik, kalau dia kata A dia buat A, kalau dia kata B kadang dia buat C. Suami yang felxible, tak kuat cemburu, bijak, bertanggungjawab dan kurang sensitive. Dia juga tipikal lelaki masih ada masa kantoi text flirt dengan perempuan lain which is aku masih ok untuk deal dengan semua benda tu. Kita manusia, ada masa buat salah tanpa alasan munasabah. Plus, kebaikan dia lebih banyak dari silap dia.

Allah uji macam tu dan aku terima tapi gila aku tak naik hantu bila dapat tahu, tapi selalu sekejap je. . lepas sejam dua aku boleh sembang and gelak gelak balik dengan suami aku. Kenapa kejap je aku marah sebab aku faham, aku pun penah je layan ex aku lepas kahwin tapi tak adalah sampai keperingkat yang tak boleh diterima. Aku gitau suami aku apa aku buat. Aku dah tak buat dah. Setakat ni aku sayang suami aku je(haha).

Suami aku ni banyak diam, aku yang dulu banyak cakap pun dah jadi pendiam. Dulu aku selalu gak gaduh pasal tak communicate ni tapi asyik gaduh benda sama aku letih, last nya aku biar dia senyap. Aku cuba sedaya mungkin buat suami aku selesa dengan kehidupan dia tanpa aku ubah hidup dia sebelum dengan aku, walaupun sebenarnya bila dah couple and kahwin ni hidup kita akan berubah secara keseluruhan. Tapi aku cuba bagi dia buat apa je yang dia selesa, dan aku mampu berHAHA jelah kekadang.

Aku bukan isteri yang cantik, bergaya, baik apatah lagi boleh dibangga suami. Tapi aku selalu berharap dengan aku cuba semua ni suami aku senang hati dan redha dengan aku sebagai isteri.

Weih, seburuk mana suami, selagi dia suami dan dia tak suruh kau buat maksiat korang kena taat, Rasullullah penah pesan pada Fatimah, ”wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu”. tu anak nabi, kita ni anak siap (haha). Aku kadang terlebih limit gak masa bercakap dengan suami tapi aku akan cuba mintak maaf. Aku takut dia tak redha dengan aku.

Bila dah lama kahwin ni sebenarnya dah jarang gaduh hal besar, banyak hal remeh. Kadang dia senyapkan, aku pun sama. Kalau aku rasa tak ada manfaat aku nak gaduhkan, aku akan tutup mata je. Tapi kalau tutup mata tu masih terbayang bayang better aku cakap terang-terang. Aku pulak bukan jenis perempuan yang senyap dan suruh suami aku terkulat kulat fikir apa salah dia. Aku memang akan bagitahu apa aku suka atau tak suka. Aku bukan nak buat drama, aku nak masalah selesai je.

Kalau tak nak pujuk aku pun aku tak kisah, yang penting dia respon apa yang bersarang dalam kepala otak aku. So aku boleh end up apa yang jadi penyakit dalam hati and kepala otak aku. Tapi kalau yang aku cakap terang pun tak nak layan, selalu memang makan jiwa jugak.

Nak dijadikan cerita hidup aku yang berliku liku dan berlekok ni, dalam minggu lepas aku ‘ter’ triggered something pada suami aku pasal aku tak berapa suka dia pegang phone masa masa yang tak berapa nak ada dengan aku dengan harapan aku boleh dengar suara dia. Aku faham kitorang buzy tapi aku selalu rindu nak dengar suami aku bercerita and gelak. Aku bukan nak dia mengadap muka aku 24 jam, tapi bila aku stress, penat. . pandang and dengar suara dia je dah buat aku release.

And aku dalam fasa recover lepas dia kantoi flirt. So, my bad aku suka pegang and check phone dia randomly. Bila aku rasa insecure aku akan check, untuk puaskan hati sendiri. Kita gaduh dengan perasaan sendiri otak kata dia tak buat tapi hati kata dia buat, jalan nya aku akan check bila hilang suspicious tu, aku senang hati dan aku tak adalah fikir bukan bukan. Bukan lah setiap hari aku buat, ingat aku syco ke?! Aku cuba sedaya upaya kawal jelous aku, aku tak nak nampak bodoh dengan jelous tu. Tapi tulah, aku kadang tergelincir dan aku menyesal. Terkedek kedek mintak maaf.

Dalam fasa aku tengah recover dan suami aku pulak tengah stress kerja and belajar, nak melayan perangai aku, kadang dia pun tak kuasa and yes menambahkan beban dan penat. Aku jadi dilema antara jaga hati aku dan jaga hati suami aku.

Suami aku terus meletup dah dia cakap dia dah tawar hati and tak sanggup nak tahan. Mungkin 8 tahun dia pendam perangai bingai aku yang aku sendiri lupa dah apa yang aku dah buat. Dan dia buat aku speechless bila dia mentioned dia dah lama sabar dengan perangai aku and aku ganggu study dia. Aku memang ada alasan dan dia tahu kewarasan alasan aku yet sepanjang study itulah kali pertama dan terakhir aku say no to his thought pasal study dia, tapi aku kenal suami aku.

Kalau aku ingatkan dia kenapa aku buat semua tu dia mesti tak terima. Waktu-waktu crucial mcmni juga bukan lah masa paling sesuai untuk aku ingatkan dia kebaikan apa yang aku pun penah buat. Aku decide untuk diamkan dan aku menangis.

Aku tak menangis sebab sedih atau geram. Tapi aku rasa Allah bagi aku menangis untuk kurangkan beban hati aku. Aku nampak suami aku tak bahagia. Dia tak bahagia dengar suara aku, kalau suara pun menyakitkan dia. . apatah lagi kewujudan aku depan mata kan. Ada nampak daddy happy ke??

Sejak dari tu aku diamkan diri, tapi aku masih cuba buat apa aku boleh untuk dia tanpa aku perlu expose diri aku depan mata dia. Aku tidur asing sebab aku tak nak paksa dia untuk stay dah. Aku boleh stay seribu tahun untuk dia sebab aku rasa aku boleh cuba lagi untuk jadikan diri aku lebih baik, tapi aku tak boleh paksa suami aku.

Mesti korang rasa aku ni cakap je nak cuba sehabis baik, bila benda jadi macam ni aku tidur asing and macam give up. Sebenarnya aku lebih fikir kan apa suami aku rasa dari hati aku, aku diam sebab aku tak nak dia irritating dengar suara aku. Aku tak nak dia depress tengok muka aku. Aku tengah bagi dia masa dan aku pun perlu masa untuk reflect silap aku. Mesti banyak silap aku yang dah menyakitkan dia tanpa aku sedar.

Aku rasa aku patut biarkan dia pergi untuk kejar cita-cita dia. Aku ikut dia masa daftar sambung belajar tu, dan untuk setiap detik dia dalam fasa belajar ni aku harap toleransi yang aku cuba bagi akan jadi sebahagian kecil sokongan aku dalam melihat dia berjaya menggenggam kejayaan, hadiah untuk his parent.
Korang doakan dia berjaya habiskan belajar dia ok?

Aku tulis panjang panjang bukan untuk raih simpati netizan. Aku pun boleh agak suami aku tak baca confession aku ni. Tapi aku perlu meluah, aku sakit simpan sendiri. Aku tak nak meluah pada orang yang kenal kitorang, aku tak nak orang pandang and judge marriage life kitorang.

Aku tahu jodoh ketentuan Allah, dan aku cuba sedaya upaya aku untuk sustain my marriage as far as i could. Tapi aku tak boleh jalan sendiri dan heret dia berjuang dengan aku. i’m not goin to be selfish, aku memang kahwin lillahi taala. Aku nak dia bahagia walau bukan dengan aku.

Korang yang ada suami, yang suami masih pandang dengan kasih sayang. hargailah. Memang perangai kadang laknat tapi dia masih stay dan nak berjalan seiring.

Aku ni kalau kena cerai, dah tak ada sape. Raya kena backpack sorang travel la jawabnya. Dan benda paling sedih kalau aku kena cerai adalah aku tak ada alasan untuk dapat jumpa dengan mak mertua kesayangan aku. Nak share mak mertua dengan biras lain pun sedih inikan lagi dah bukan menantu(crying). Doakan aku ok!#prayformaryam

To my husband. Thanks untuk semua moment pahit manis bersama. I will always love you and may Allah bless you sayang.

– Maryam

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *