Assalamualaikum,
1st nak ucap terima kasih kepada IIUM Confession sebab publish pengalaman kerja aku ni. Aku harap hasil dari artikel ni dapat bagi sedikit kesedaran kepada yang bergelar pegawai (ada anak buah masing-masing).
Aku tak nak mention samada pegawai aku nak ceritakan ni lelaki atau perempuan sebab sebelum ni aku dah bekerja dengan kedua-dua jantina ni yang mana hubungan kitorang ok je, tak pernah ada masalah pun. Malah dorang sangat professional.
Aku PA, sifat kerjaya aku adalah neutral sebab kerja aku jaga bos aku je. Ye, kena ambil tahu pasal unit-unit yang ada dalam bahagian ni tapi aku tak berhak dalam mana-mana unit sebab aku di bawah bos aku sendiri.
Bos aku ni serius tak banyak kerenah pun, lagipun kerja dia hanya tulis “U.T.S’ / “Hebahkan” / “Sila Lapor” dan aku cuma edar je jadi bila aku ada masa lapang aku tolong unit-unit lain yang memerlukan khidmat aku, tak kira pasal hal komputer ke, menaip surat ke, tolong faks surat ke waima fotostate ke sebab aku faham jabatan ni busy. Kerja kadang-kadang bertindih bukan sebab dorang melambat-lambatkan kerja tapi sebab memang banyak kerja (untuk unit-unit ni la).
Kerja aku yang paling complicated adalah buat mesyuarat tapi kalau tajuk mesyuarat tu berkaitan projek pegawai A, pegawai tu jugaklah yang kena set up mesyuarat dari A-Z walaupun bos aku yang chair. Jadi involvement aku dalam mesyuarat semua adalah atas arahan bos aku. Bos aku kalau nak arahkan aku untuk set mesyuarat, dia biasa guna ayat “Tolong aturkan satu mesyuarat dan agenda mesyuarat nanti blablabla pencatit minit, siapa?” aku jawab “Saya”. Setiap kali bos nak arahkan aku buat kerja, dia akan panggil aku personally dan bincang. Itu memang perangai dia. Tapi korang bayangkan bos, diulangi, BOS. Bos aku bagi arahan kat aku guna perkataan ‘TOLONG’.
Aku tak pernah berkira pasal kerja, pegawai lain nak minta tolong pun aku susah nak tolak. Pernah tiba-tiba ada satu pegawai ni datang kat aku cakap “Saya ada beli nasi bungkus utk mesyuarat pagi ni. Tapi boleh tak sediakan air untuk bos?” Dia minta buat air untuk bos je, tapi aku sediakan cawan, pinggan, sudu garfu, siap tisu lagi untuk semua ahli mesyuarat. Dah settle mesyuarat, aku tolong kemas pulak. Padahal awal tadi dia cuma minta tolong buatkan air untuk bos je. Walaupun ayat pegawai tu tak ada perkataan ‘TOLONG’, tapi sebab dia cakap baik-baik dengan aku, aku tak kisah.
Tapi lain pulak dengan yang sorang ni, bos arahkan dia untuk buat mesyuarat. Mula-mula tu cantik dah, “Nanti tolong saya buat surat panggil mesyuarat, tarikh and masa tolong tanya PA Datuk bila free, ahli mesyuarat sekian2” Okay, aku fikir anak buah dia busy tengah setting kursus so, aku tolong. Dah buat surat, dia tak cakap banyak dia serah bulat-bulat untuk aku edar (padahal bawah dia ada despatcher) on the way dia nak keluar pejabat, singgah pejabat aku pesan “nanti dapatkan senarai kehadiran eh”. Aku okay lagi. Minggu nak bermesyuarat tu dia outstation tapi habis dia angkut anak-anak buah dekat pejabat. Yang tinggal cuma yang jaga pentadbiran dengan despatcher je. Yang jaga pentadbiran ni pulak tak tahu apa-apa pasal mesyuarat. Part ni aku dah geleng kepala….kau kena buat mesyuarat, kau tak deligate tugas awal-awal ke kat anak-anak buah yang lain?
Memandangkan yang nak chair tu pun pangkat tinggi lagi dari bos aku, secara tak langsung aku kena jaga air muka bos. Bos dah risau, yang kena setting mesyuarat ni outstation pulak, jadi siapa kena handle? AKU LAH! Kuih pun aku tolong belikan, lepastu? “Alah, sedia pinggan, cawan je pun..” Dey, kalau mesyuarat dalaman je boleh la aku hidang pakai cawan sumbing kat kau. Itu semua kena pinjam dekat bilik mesyuarat pengarah. Kau ingat ambik macam tu je ke? Ambik borang, tunggu kelulusan, dah lulus baru boleh pakai. Masa aku terbuang kat kerja remeh macam tu padahal aku boleh buat kerja lain, sebab apa? Sebab pegawai tu tak reti nak deligate tugas.
Tengah setting bilik mesyuarat, kuih baru siap hidang, tiba-tiba pegawai ni bersama-sama dua orang ‘anak emas’ dia, lalu depan aku dan tanpa eye contact cakap “Awak nanti masuk meeting catit minit” aku terdiam. Terkedu aku dengar arahan macamtu dari bukan bos aku. Heh. Pandainye kau bagi arahan kat aku buat itu ini, anak-anak buah kau kemain kau jaga ye? Aku tak ambik port. Aku duduk diam-diam dalam pejabat buat kerja dan bos aku pun beransur masuk bilik mesyuarat sambil tunggu kedatangan Datuk. Tiba-tiba salah seorang anak emas dia call cakap “Nita, masuklah bilik mesyuarat sekarang, amik minit” aku cakap “tak nak, suruh Jue masuk” dia kata “Saya tak tahu, saya tak berani nak ingkar arahan bos” dan aku pun senyum. Kau rasa bos aku bagi arahan kat aku macamane? Bullshit la, itu arahan pegawai kau, bukan bos aku. Serius aku tak suka berkira hal kerja. Nak minta tolong, mintalah cara baik. Susah sangat? Belajar cakap baik-baik. Tak reti jugak? Masakla macamni!
Dah habis mesyuarat, pegawai ni personally message dengan orang paling rapat dengan aku dalam pejabat ni, kau cakap “biadap sungguh adik kamu tu ye”. Celaka orang macamni. Aku dah bersusah payah setting mesyuarat untuk kau, tapi kau ‘terima kasih’ pun tak. Kau bawak balik anak-anak buah kau untuk apa? Sorang jaga slide, lagi sorang? Kau bawak dorang ke hulu-hilir jadi urusetia kursus pun dorang buat apa je? Duduk belakang koyak kertas? Nak jaga anak buah, kau ajar dorang buat kerja. Bukan manjakan macam kau bela kucing! Cukup time, makan. Geram pulak aku!
Disebabkan dia kata aku ‘biadap’, hari yang sama aku message dalam group whatsapp aku cakap ‘Saya minta maaf atas apa yang berlaku hari ni. Saya rasa underappreciated dan rasa dipergunakan. Saya tahu tugas dan tanggungjawab saya, dan saya berharap pihak lain juga tahu tanggungjawab dan amanah masing-masing. My presence in this group has been misunderstood, therefore I believe it’s better for me to leave’ titik! Bila ‘terima kasih’ itu terlalu payah nak diucap, orang lain pun naik malas nak bekerja dengan kau.
Aku tak faham, orang lain buat mesyuarat tak pernah minta aku catit minit. Kau? Heh.. Gaya kerja orang macamni, parah. Semua serah bulat-bulat kat orang lain dan kau tak ada effort langsung. Berkeras nak aku jugak ambil minit mesyuarat sebab apa? Senang nak ‘cuci tangan’. Pastu mengadu dengan bos kata aku tak nak bagi kerjasama. Tak cukup dengan tu, kau tag team dengan semua staff dalam pejabat ni untuk boikot aku. Aku tak ada masalah, sebab kerja aku jaga bos aku je. Orang lain dengar cerita kau pun dorang kata tu ‘cerita dongeng’ termasuklah makcik cleaner.
Sehingga ke hari ni, lalu depan pejabat aku pun pegawai ni tak nak sampai sanggup tempuh ‘laluan tikus’ nak ke pejabat dia. Bertembung dengan aku dekat hallway pun dia sanggup patah balik. Yang paling kelakar, dia tiba-tiba belok masuk pejabat orang lain yang dia tak pernah singgah pun selama bekerja kat pejabat ni sebab tak nak tengok muka aku. Aku PA je pun, bukan bos yang kau selalu nak elak. Benci sangat ke? Serius, perangai macam tu sangat tak profesional.
Tolonglah kepada yang berjawatan sebagai pegawai ni. Be professional, know you responsibility and do your work with integrity. Jangan nak main pass-pass kerja kat orang lain. Kalau kau bagi kerja kat anak buah kau sendiri tak apa then kau monitor, ni bagi kat orang lain yang tak ada kena mengena pun dengan kau. Jangan buat yang pelik-pelik. Boleh tak?
– Nita
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit