(https://iiumc.com/seorang-diri-banting-tulang/)
Salam raya uols. Cikedis ni banyak dah baca kisah yang sama macam kat atas tu tapi nak share tu amik masa sebab tak berapa ada masa.
Cuma baru² ni je rasa teramat penat dah dok melayan kerenah orang dan terbaca confession kat atas tu rasa boleh la sekali harung tempek kisah Cikedis kat sini. Korang ambik la pengajaran apa yang patut.. harap² adalah ye, hehe..
Cikedis ni ada adik-beradik ramai tapi kali pertama ni nak cerita pasal seseorang dalam keluarga yang ambik kesempatan baru² ni terhadap kemurahan hati Cikedis dan suami.
Ini cerita masa hari raya ke-2 Cikedis balik kampung Cikedis. Hanya ada abang & sorang anak kat situ. Cikedis sampai petang raya ke-2 dan sebelum sampai kampung Cikedis singgah dulu rumah sedara untuk beraya.
Sampai kampung dah kenyang jamu kat rumah sedara dan malam tu Cikedis, suami dan anak² pegi beraya rumah kawan pulak. Jadi pagi sampai ke malam tak masak.
Esok pagi tu Cikedis anak-beranak sibuk cari beras nak masak sarapan. Tuan rumah pulak tak ada pegi solat subuh belum balik².
Anaknya umur 18 tapi tidur tak bangun² matahari dah meninggi. Akhirnya sebab segan nak menggeledah dapur orang, Cikedis kirim suami belikan beras, bawang dll.
Bila tuan rumah dah balik, Cikedis tanya beras simpan kat mana? Jawabnya sepanjang bulan puasa tak makan nasi kat rumah jadi beras memang tak ada. Tuan rumah dan anak iftar di masjid.
Cikedis pelik jugak semalam dah raya, derang ni makan apa? Pegi open house dari pagi sampai malam ke nak isi perut? Cikedis nak balik kampung pun dah cakap awal², kenapa tak beli beras siap²?
Abang ni memang macam ni ye.. sebab dah terbiasa menerima jadi dia harap Cikedis balik Cikedis lah yang kena beli semua. Memang dah selalu macam tu sampai adab menerima tetamu tu dah tak ada. Selalu bila Cikedis balik, Cikedis lah yang kena beli, kena masak, kena bagi dia makan.
Cikedis ni sebab kenangkan anak ramai, tak nak lah susahkan orang. Jadi Cikedis siapkan semua. Sampaikan dah masuk dalam aturcara pulak pegi jalan pun kena kaut dia sekali. Kalau jenis pemurah tak pe jugak. Ni jenis berkira.
Dah kita bawak jalan, kita jugaklah yang belikan dia makan dll. Semua belanja atas kita. Langsung tak hulur duit minyak/tol. Dia 1 sen pun tak keluar kut lah nak belanja anak Cikedis air balang pun tak ada.
Duit raya RM1 pun takut nak bagi. Takut rezeki makin kurang agaknya kalau bagi RM1 kat anak sedara sendiri. Tiap² kali balik kampung Cikedis kena macam ni. Lagi² balik raya kan belanja keluar banyak.. balik kampung sendiri pun kena sembelih.
Bulan² Cikedis ada bagi duit belanja kat dia. Rumah dia tak ada barang pun Cikedis belikan sebab kesian tapi dia ni macam langsung tak rasa malu ke? Dah dibelikan barang tapi tak jaga. Cikedis tengok rasa sedih barang rosak padahal baru je beli.
Dia ni orang susah sebab tu Cikedis tolong tapi bila adab dah tak ada, budi bahasa dah hilang buat Cikedis rasa letih layan orang macam ni.
Tiap² kali nak balik rumah Cikedis, Cikedis mesti bagi dia duit poket sebelum tinggalkan kampung. Teringin nak dengar dia cakap ‘tak payahlah.. simpan untuk anak² sekolah’ tapi mimpi ajelah.
Dah belikan barang dapur, dah masakkan makan, dah bawak jalan, dah belanja makan, dah bagi duit poket sekali dengan barang dapur yang beli tu pun Cikedis tinggal kat dia.. tetaplah RM1 pun kedekutnya nak bagi kat anak² Cikedis yang jumpa mungkin setahun sekali.
Nak kata hidup dia susah sangat tak lah jugak sebab ada adik-beradik lain yang hulur jugak kat dia bulan².
Itu kes Cikedis balik kampung duduk rumah arwah parents.. kira rumah dia lah sebab dia duduk situ.
Baru² ni dia datang rumah Cikedis sebab ada sedara masuk hospital. Baru je seminggu lepas raya masa orang baru mula puasa Syawal. Dia duduk 4 hari dengan anak dia. Ingatkan datang rumah orang adalah rasa malu sikit kan tapi tak jugak. Makan kat rumah semua adatlah kita tanggung.
Tapi sampai kat luar rumah pun dia harap kita jugak yang tanggung. Punyalah kedekut. Dia dan anak tu keje tidur sampai pukul 12. Keluar bilik untuk mandi dan makan je. Makan pun orang dah siapkan. Langsung tak tanya apa. Lepas tu dok dalam bilik balik.
Solat subuh pun kita kena kejut walhal umur dah 50-an. Sahur pun kena kejut. 24jam tengok fon tak ada alarm ke kat fon tu. Belakang rumah Cikedis ada surau. Punyalah bergegar rumah Cikedis orang azan, dia sikit pun tak terjaga.
Cikedis penat dari sebelum subuh dah bangun anak² nak pegi sekolah, suami nak kerja, kemas rumah, petang nak masak untuk berbuka puasa lagi dan berkejar² ke hospital melawat sedara.. dia anak-beranak langsung tak ambil tahu.
Sebab Cikedis, suami dan dia puasa Syawal jadi kami bawak makanan berbuka di hospital. Hospital tu tak ada kantin. Ada kedai tapi tak jual nasi.
Suami Cikedis jenis makan nasi jadi bawak ajelah nasi ke hospital. Makan ramai² dengan sedara lain yang sama² puasa. Pakat beli sorang sikit tapi yang sorang ni punya tebal muka langsung tak keluar duit. Air mineral sebotol pun tak beli. Sudahnya air kosong Cikedis jugak dia togok.
Yang dia tahu makan dan tidur. Guna bilik air pun tak tahu bersih, bau hancing sampai ke dapur. Kami yang di dapur habis lari duduk tempat lain. Jenuh suami Cikedis bersihkan.
Tapi boleh pulak buat balik kencing hancing tak siram. Bukak je pintu semerbak bau.. nak langkah setapak pun tak lalu. Tuala sangkut dalam bilik sampai bau hapak. Kalau dah 4 hari takkan tak hapak.
4 hari dia dok rumah Cikedis memang rasa penat sangat. Pulak rumah Cikedis baru habis ubah suai bulan puasa hari tu memang tak habis² berkemas. Bila ditanya bila nak balik kampung. Katanya tak tau lagi.. alamak macam tu pulak.
Datang rumah orang tak reti balik. Boleh mereput tanggung derang anak-beranak macam ni. Cikedis cakap nak belikan tiket balik pun dia tak bersuara. Nak hulur duit tiket memang tak lah. Cikedis belikan tiket pun langsung dia tak cakap nak bayar balik.
Tiket bukannya murah.. beratus jugak untuk 2 orang. Bukan Cikedis nak duit dia pun tapi kenapa la tak ada budi bahasa langsung. Kurang² boleh je cakap bayar cukup bulan nanti ke.. memang Cikedis tak kisah pun tapi geram sebab tak de adab.
Macam tu lah senang² je orang ambik kesempatan kat Cikedis. Apa² yang Cikedis bagi atau nak belikan memang dia tak pernah menolak.
Sebenarnya teringin nak dengar dia cakap ‘tak yah lah.. anak² awak kan sekolah lagi nak guna duit banyak’ tapi tu lah.. bila budi bahasa dah tak ada, bila adab dah ke laut, bila akhlak tak jaga.
Cikedis kadang rasa dah malas nak balik kampung. Terasa Cikedis ni tetamu yang tak diraikan. Ye lah.. setakat beras kampit kecik 5kg tu pun tunggu Cikedis beli. Padahal baki beras tu nanti jadi hak dia jugak kalau dia beli.
Uols rasa macam mana yang sepatutnya Cikedis layan dia? Kalau lepas ni dia nak datang rumah Cikedis, apa yang patut Cikedis buat?
– Cikedis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
You already know what to do. Kalau dia nak datang rumah, tolak je la. Hadoi. Learn to set boundaries.