Bila Tua Sombong, Dah Tua Mencari Kembali

Hi semua warga IIUM Confession. Perkenalkan sedikit mengenai aku, Hayati, berumur 29 tahun.

Macam tajuk confession ni, aku nak tanya kamu semua lah yang mungkin pernah mengalami pengalaman macam aku.

Yang di mana, mak ayah kerja biasa sahaja, tak ada pendidikan tinggi, adik beradik pun start dari aku baru masuk universiti. Abang abang setakat SPM sahaja, kerja sendiri.

Bila balik berkumpul dengan sedara mara masa kecil, keluarga jadi bahan ketawa oleh sedara mara terutamanya mak.

Anak anak bila bermain dimarah sesuka hati oleh mak dan bapak sedara sebab yelah, anak orang biasa tak pernah ada apa yang mereka ada. Bila balik berkumpul dikampung, mak jadi macam orang gaji.

Membuat air, memasak, yang lain pandai makan je. Nenek pun melayan anak dia balik macam raja. Yang duduk dikampung perlu melayan, aku rasa ramai kot yang faham apa yang aku nak cakap ni.

Situasi keluarga selalu menjadi bahan lawak ialah bila sedara mara setiap kali berkumpul akan attack mak aku cakap mak aku gatal Kahwin muda, walaupun masa tu umur mak aku dah 40 an..

Mak aku jenis memang ikhlas kahwin, menjaga mak mertua dan bapak mertua dia sehingga akhir hayat. Jadi bila benda ni aku nampak dari kecil, aku jadi macam sangat sangat kuat melindungi keluarga aku.

Bapak, mak sedara lain membawa hala tuju masing masing mengejar cita cita, berkahwin, dari dekat semua seperti mahu hidup bersama keluarga mereka sahaja..

Aku tak kisah langsung benda ni. Sebab aku tahu je, mungkin diorang tak nak kami menyusahkan mereka. Bila ayah aku start buat business, dapat jaga sendiri nenek aku semua kehidupan kami lebih baik, mak bekerja.

Tapi masih menjadi bahan lawak bila berkumpul. Bentuk badan kami, kulit kami menjadi bahan lawak, suara kami seperti mak kami pun dijadi bahan lawak.

Masa itu lah aku perasan, hina nya mereka pandang mak aku sebab mak kami setakat SPM je. Kerja bukan pegawai, anak anak pun tak ada nak dibanggakan.

Bila salah sikit, ada je ayat ‘ikut perangai bapak kau la tu, ikut perangai mak kau la tu’. Tak tahu apa yang mereka sakit hati sangat.

Masa orang cakap mak aku gatal Kahwin muda depan depan muka tu. Mak aku lah menjaga nenek aku a.k.a mak mertua dia sehingga meninggal atas riba, ada siap sesi nenek aku minta maaf dengan dia.

Sedang anak anak lain? Sibuk ke Bandar mengejar harta, membina keluarga sendiri, balik raya 2 3 hari, mengejar karier, menjauhkan diri takut orang minta tolong.

Balik pun ayah aku yang bagi makan, tu pun mengata lagi. Sempat datang pun masa dah meninggal nak kebumikan dah, ini lah yang kamu nak. Meninggal semua, senang hidup dengan keluarga kamu sahaja.

Bila aku dah besar, masing masing mencari balik anak sedara yang dimarah Marah, dipandang hina dulu suruh melayan, mengambil air, menghidang makanan, membawa pusing ke kampung, memancing, pergi ke pasar.

Mana anak anak kamu? Kenapa nak mengharapkan kami melayan anda seperti kami melayan mak kami?

Cemburu kah kami melayan mak kami macam mana dia melayan kedua ibu apa serta mertua dia? Terasa apabila kami tidak mengangkat telefon, bertanya khabar.

Anak anak kamu tak boleh ambil cuti bawa balik kampung ke layan kamu?

Bila dah start duduk rumah seorang seorang menangis menangis nak balik kampung nak dijaga oleh anak sedara, sehingga meninggal kan amanat untuk dijaga, disayangi, ingat ruang kampung ni penjagaan warga emas ke?

Walaupun selalu dinasihat oleh mak aku supaya jangan berdendam, ikhlas.. Tapi masih berbekas dihati ni. Bila muda gagah sombong, bila dah tua mula mencari kami.

Anak anak entah hilang kemana, disuruh belajar sampai menara grading mencari harta sehingga lupa dekat kamu, kahwin, bawa keluarga ke luar negara, jauh jauh. Masa dah tua tiba tiba baru mencari erti hidup, kesunyian.

Disebabkan benda benda ni jadi lah, aku dapat tengok kami adik beradik bila berkumpul ayah akan pesan pasal harta, pasal hubungan.

Jangan berpecah, layan anak sedara sama rata. Ipar jangan bergaduh, aku dapat tengok dan aku happy sangat sangat.

Mak aku layan mak mertua dia sampai akhir hayat, kak ipar aku layan mak aku macam mak dia betul. Aku sangat terharu, aku hadiah macam macam dekat anak sedara aku.

Aku tak nak keluarga aku, keturunan aku rasa benda aku rasa dulu. Abang long aku hati lembut, dia menitik je air mata kalau ingat balik.

Aku sedar benda yang dah lama tak boleh diputar kembali. Tapi boleh diambil pengajaran, mungkin apa yang aku nak sampai kan ni tak berapa jelas dan akan ada juga lubang lubang seperti ntah ntah diorang bagi duit, ntah ntah itu ntah ntah ini..

Apa yang aku mampu cakap, sesiapa yang baca ni.

Jangan beza beza kan adik beradik kami, anak sedara kamu..

Kalau merantau nak cari rezeki, balik lah ke kampung jenguk mak ayah.. Yang penting, cari lah makna hidup kita diatas bumi ini… Kepuasan hidup dan makna hidup itu berbeza..

Sekian.

– Hayati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *