Untuk part I, (https://iiumc.com/bila-tuhan-nak-ambil-aku/).
Berkenaan luahan aku sebelum ini. Apa yang diluahkan tak sampai 10% daripada apa yang berlaku sepanjang hidup aku. Aku hanya luahkan sisi sedih aku sahaja, bukan semua sisi hidupku.
Dan luahan aku bertujuan supaya mereka yang sedang berjuang dengan mental sendiri jadikan ceritaku sebagai pengajaran—supaya tidak tersilap langkah dengan mencari manusia untuk ‘sembuh’, tapi carilah Allah.
Jangan tersilap langkah macam aku, supaya tidak menanggung perasaan bersalah apabila melakukan salah dengan orang lain. Terasa berat dunia, dan semua apa yang aku lalui sekarang, aku anggap sebagai balasan Tuhan kepadaku.
Orang cakap bila buat salah dengan manusia, kita takkan tenang selagi dia tidak maafkan kita. Susah aku nak move on selagi insan tersebut tak maafkan aku.
Terima kasih kepada yang memberi kata semangat supaya tidak putus asa. Terima kasih kepada yang sudi share amalan Qulhu dan Selawat Al-Fateh. Akan ku usahakan.
Sepanjang fasa down teruk aku selama setahun, memang aku sibukkan diri. Cuba buat kerja sana sini sampai malam. Walau tak larat macam mana pun, telanlah painkiller sebanyak mana boleh, aku paksa diri aku kerja.
Tapi biasalah, orang bermasalah macam aku ni, penat macam mana pun malam susah nak tidur, semua overthink, anxiety aku menjengah tiap malam. Seletih mana pun, tetap otak ni ligat berfikir. Tidur entah ke mana, dan hari-hari dilalui dengan lemau.
Untuk Encik Abder yang judge bila mendengar luahan sedih aku tanpa wujud dalam hidup aku, kata aku tak pakai otak, doakan aku hidup panjang menderita dengan perasaan aku, bangangkan perasaan yang aku alami.
Satu je nak cakap, kamu SOMBONG dan tiada adab bila berkata-kata. Mana kamu tahu aku ni tak bersyukur? Kamu ada 24 jam ke dengan aku? Kamu boleh judge aku hanya dengan confession aku, jadi aku pun boleh judge kamu dengan komen kamu. Sebab apa aku cakap kau sombong? Engkau tahu kan hidup ni ujian?
Tiap orang di dunia ini diuji. Engkau diuji dengan perasaan sombong sebab engkau waras dan engkau sombong dengan kewarasan engkau tu, bangganya mengutuk orang yang bermasalah macam aku ni.
Aku pun diuji dengan perasaan dan mental yang tak stabil. Hanya orang ‘sekasut’ je boleh faham. Mental disorder yang aku alami ni, aku sendiri ke yang buat?
Dalam agama kita, ada dinafikan ke apa itu GERD, anxiety disorder, panic attack, fobia? Aku hadap benda ni sejak umur 7 tahun tanpa apa-apa pengetahuan dan rawatan lanjut. Aku berjuang sendirian dengan sakit aku sendiri tanpa ada siapa yang tahu. Kau tahu betapa aku benci diri aku disebabkan tekanan mental ini?
Tapi dalam masa yang sama aku juga bersyukur. Dengan perasaan dan mental tak stabil ni lah aku letak pergantungan hidupku pada Allah saja.
Jika aku takut, aku nangis, aku overthink, aku luahkan dan minta pertolongan dari Allah. Setakat ni aku bersyukur Allah banyak beri pertolongan dan kemudahan kepada aku. Apa yang aku doa, Allah makbulkan walau tak semua.
Dengan keadaan mental aku sebegini, aku hidup dalam keluarga yang tak seperti keluarga yang semua baik-baik. Aku pernah dicabul, dibuli, aku pernah dirawat disebabkan masalah ‘gangguan’. Cukup sampai sini saja diceritakan.
Aku diuji lagi dengan kesakitan fizikal. Mana tahu aku tak OKU? Aku ni hampir saja lumpuh. Tapi hari-hari aku menangis berdoa dekat Allah, supaya kembalikan kesihatan fizikal aku supaya aku tak susahkan sesiapa.
Belum lagi kesakitan lain. Kewangan aku sifar, berhabis demi kesihatan. Tapi sakit aku masih sama. Sebab apa aku nak Tuhan ambil aku cepat? Sebab aku takut aku menyusahkan orang sekeliling, jika aku tak boleh bergerak.
Dalam tempoh setahun, aku menangis hanya pada waktu malam. Aku sibukkan hari aku bekerja dari pagi sampai malam. Tapi bila masa nak tidur, otak aku mula bekerja tak nak bagi aku tidur.
Aku menangis dan hanya mampu doa moga Allah lembutkan hati insan tersebut untuk maafkan kesalahan aku. Jika kesedihan ini yang membuatkan aku dekat dengan Tuhan, aku sanggup hidup dalam kesedihan hingga ajal menjemputku.
Sekarang ni, aku cuba cari ketenangan yang hilang. Cukup hanya Allah tempat aku bergantung sebelum aku dijemput pulang~
TQ admin jika approve.. Maaf andai ada terulang-ulang..
– Aku ni hina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Takpe TT.. jangan putus kebergantungan kepada Allah.. Saya pernah dengar ust cakap, takpe kita ‘menderita’ di dunia tapi masih ingat Allah, tak putus asa dengan rahmat Allah, insyaallah di akhirat nanti kita tak ‘menderita’…
Semoga TT dikurniakan segala kebaikan dan dijauhi segala keburukan..