Bilas Badan Sebelum Berenang

Disclaimer: Penulisan ini hanya sekadar untuk ingatkan kita supaya #kitajagakita.

Bismillah. Sebelum bermula, saya ada mengepilkan mengenai hukum mandi di kolam renang dari website Mufti Wilayah:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2708-irsyad-al-fatwa-260-hukum-mandi-di-kolam-mandi-terbuka

Baiklah. ramai antara kita yang suka berenang, atau sekurang-kurangnya berendam di dalam kolam renang?

Tetapi, pernahkah anda terfikir, kenapa papan tanda ” bilas badan sebelum masuk kolam renang” wujud?

Pada awalnya, saya menyangka ia hanya sekadar membantu kita menyesuaikan diri dengan suhu air.

Akan tetapi, setelah saya menonton sebuah dokumentari mengenai kolam renang, ia lebih dari itu sebenarnya.

Untuk permulaan, kolam renang memerlukan Kuantiti klorin yang sesuai, agar selamat untuk kita berenang dalam kolam yang bersih.

Jika terlebih, badan kita akan mengalami iritasi. Jika terkurang, kita akan mandi di kolam renang yang bersih.

Badan kita pula, terutamanya jika peluh contohnya menghasilkan ammonia.

Apabila ammonia bercampur dengan klorin yang dalam kolam renang tadi, ia menghasilkan bahan yang bernama chloramine.

Hal ini menyebabkan kuantiti klorin dalam kolam renang berkurangan, menyebabkan kolam renang jadi kurang bersih.

Selain itu, kita juga tidak tahu apakah kesan bahan chloramine ini pada badan kita. Ada yang mengatakan, ia boleh menyebabkan jangkitan dan iritasi pada badan.

Walaubagaimanapun, untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web berikut:

http://www.chloramine.org/chloraminefacts.htm#:~:text=Chloramine%20can%20cause%20bleeding%20lips,further%20damages%20the%20surrounding%20tissues.%22

Menakutkan, bukan? Akan tetapi, jangan risau. Masih ada langkah untuk mengurangkan kesan yang tidak baik dalam penggunaan kolam renang:

1. Amalkan kebersihan asas.

2. Pastikan BILAS BADAN SEBELUM dan SELEPAS masuk ke kolam renang.

Jadi ingat? BILAS SEBELUM BERENANG boleh membantu #kitajagakita.

Nota: jika mahu melihat dokumentari yang dimaksudkan, jemput tekan pautan yang diberi:

https://www.mewatch.sg/watch/Talking-Point-2020-2021-E44-Thu-25-Mar-2021-Whats-Really-In-Our-Pools-206456

– FN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *