Cerita ini bukan untuk mengaibkan tapi hanya pengajaran buat yang lain. Saya student dan duduk menyewa bersama 5 orang lagi kawan. actually yang lain tu baru lagi menyewa. so barulah nampak the true colour of them.
Bimbo is someone who looks attractive, cantiklah kononnya tapi diaorang tak reti guna akal. this is from my own perception and experience. so nak dijadikan cerita adalah beberapa orang housemate yang layak digelar bimbo ni. fortunately lah ada yang normal kalau tak memang tepu habis saya dalam rumah tu. thanks for being normal.
saya gelar dia orang ni bimbo pasal dia orang boleh dikategorikan sebagai cantik memang menarik dipandang, tetapi pengotor, pemalas dan tak ada nilai malu dalam diri. Dan yang paling menyedihkan ialah dia orang ni bertudung labuh, insta-famous yang caption islamik memanjang.
saya mula perasan yang dia orang ni pengotor pemalas bila ada suatu masa cuti sem yang saya balik kampung tapi diaorang ni tak balik. bila habis cuti balik rumah sewa balik memang terkejut tengok keadaan rumah. lalang tinggi, daun-daun kering tak bersapu. totally macam rumah tinggal. bila masuk rumah lagi terkejut tengok dapur yang tunggang langgang. dalam fridge makanan yang membusuk. masa tu masih lagi blur agaknya tak nampak lagi realiti so tak tegur pun diaorang pasal benda tu. dengan rajinnya pergi kemas rumah sengsorang cabut segala lalang.
Tiada nilai malu dalam diri yang saya maksudkan adalah dia orang ni tidak menjaga bila masuk bab jemur baju. sesuka hati jemur pakaian dalam secara terang terangan dekat luar rumah. saya tidak tahu bagaimana norma masyarakat di kawasan ni sama ada perkara ni tak menjadi masalah atau tidak. tapi bagi saya benda ni sangat memalukan terutama kalau orang lelaki yang perasan benda tu. sangat malu. perlu ke tayang bagi orang tengok. jemurlah dalam rumah ke dalam bilik sendiri ke. ingat ya adik-adik kakak-kakak, biarlah muka tak lawa mana tapi biar nilai malu dalam diri tu kita julang tinggi.
so sepanjang duduk dengan dengan diaorang ni saya banyak senyap hanya memerhatikan saja. bersangka baik, saya menganggap dia orang ni sibuk sangat agaknya dengan fyp. ehh macam saya tak ada fyp pulakkan. api kemarahan mula membara bila ada yang tegur berkaitan rumah. sangat sangat sedap ayat yang digunakan. masa tu mulalah rasa nak membunuh tu kuat sangat. nasiblah masih berbaki iman.
Dengan berbekalkan kesabaran yang ada saya pun bincang dengan manusia lain yang normal tu. dan kami buat senyap je masa tu tapi ada lah rasa nak belikan cermin besar bagi sebagai hadiah. dan menyedihkan selepas kejadian itu keadaan rumah semakin teruk. rumah yang kami anggap tempat kami berselesa berteduh ni jadi tempat yang paling panas yang rasa taknak masuk lagi.
apa yang teruk? ini yang teruk. okay selama ni yang selalu mengemas rumah adalah saya dan manusia normal yang lain. perkara ni sangat jelas bila suatu masa tu kami dengan sengaja taknak ikat sampah dan buang. mula-mula ada satu saja bungkusan sampah yang diikat dan diletakkan bawah sink. esoknya jadi 3 bungkus sampah dekat bawah sink tu. kami tunggu lagi. masih tiada yang angkat dan buang ke luar. lastly memang kami juga lah yang buang. kalau tak memang sampai sepuluh bungkus agaknya. sampai satu tahap sampah tu berulat. masa tu satu rumahlah jadi saksi tempikan raksasa.
lepas kejadian tu, saya ambil keputusan untuk tegur. sayang. sangat sangat sayang. tak jalan pun teguran tu. bukan jadi lebih elok tapi lebih buruk. taktahu lah kalau memang macam ni perangai dia orang. nak memberontak ke apa tak tahu lah. dan sekarang saya masih berfikir sama ada perlu tendang keluar makhluk bimbo ini atau tidak.
saya seorang yang pandang tinggi pada nilai labuhnya tudung seseorang, purdah yang menjaga wajah seorang wanita. dan sayangnya bila saya berdepan sendiri dengan segelintir golongan yang merosakkan nilai Islam yang tinggi ini. sedih sangat sedih. ya saya tahu. pakaian tidak melambangkan Islamnya seseorang.
saya. hanya seorang wanita yang sayang akan tingginya martabat wanita lain.
– maryam sufiyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit