Bina Kehidupan Bersama

Assalamualaikum. Hi everything! Nama aku Papadom. Kalau siapa yang ingat, aku pernah buat confession sekali kat sini pasal salah letak priority mengejar kesenangan hidup instead of fokus pada benda yang jauh lagi penting iaitu family.

5000 share jugak post tu. Bangga kita awak (flip hair). “Its the little thing” tajuknya, (https://iiumc.com/its-the-little-things/).

Harap banyak la umat yang dapat pengajaran dari kisah aku tu dan tak ulang kesilapan aku. Aku recap sikit first confession aku.

Secara ringkas ceritanya, aku dapat kerja, pastu aku kahwin, pastu aku dapat anak, pastu aku sibuk gile kejar duit dan harta, pastu bini sedarkan aku, pastu aku insaf, last-last aku berubah. The end.

Ok tapi itu topik lain. Aku tulis sebab nak bagi input untuk confession kongsi perbelanjaan keluarga. Aku tengok ramai betul kaum wanita melenting. Aku tak salahkan dorang. Sebab i’m not in their shoes. I’m in no position to judge.

Episod hidup kita tak sama dengan orang lain. Ada yang happy, ada yang sedih. Macam sinetron la. Take it with a grain of salt. Ok, Aku straight to the point.

Bagi aku, untuk ubah kehidupan rumah tangga kearah yang lebih cemerlang dan terbilang dan boleh pergi jauh,

Aku sangat galakkan suami isteri telus antara satu sama lain berkenaan kewangan dan berkongsi segala perbelanjaan dan (keuntungan) hingga ke akhir hayat.

Rilek, orang perempuan jangan marah dulu. Nasihat aku ni datang dengan 2 kaveat (syarat).

1. Bini setuju.

2. Tiada rahsia antara suami dan isteri.

Kalau salah sorang tak boleh penuhi 2 syarat ni, boleh abaikan post ni. Kata sehidup semati, slip gaji pun tak berani tunjuk pasangan, apoooo.

Aku dan isteri memang sejak dari mula kahwin terus terang pasal kewangan masing-masing. Tiada rahsia.

Kami tahu berapa gaji bersih, masing-masing, berapa komitmen masing-masing etc. Kitorang berdua penjawat awam. Gaji selesa la, tapi bukan boleh kaya pun dengan gaji kerajaan.

Tapi masa fasa aku mengejar duniawi tu (confession pertama), memang aku ada impian nak hidup senang.

Jadi aku ada target yang hendak dicapai, berapa simpanan cash, berapa simpanan emas, berapa hartanah aku nak. Tapi aku tahu, kalau setakat pakai gaji aku, tak boleh pergi jauh.

Jadi soalan aku pada isteri aku, “Awak, nak hidup senang tak?”. Sang isteri pun menjawab “mmmm, mauk, mauk, tapi gimana sih?” “Gini dong”. Aku pun bentang plan aku macamana nak capai target aku.

Fast forward, dalam 9 tahun, kami ada 8 buah hartanah (bukan rumah low cost eh, sebelum dicop kapitalis), ASB suami isteri dah penuh (banyak daripada penjualan hartanah) dan simpanan emas 150 gram(hak milik mutlak isteri).

Sebelum ni, aku cerita sisi gelap masa zaman aku nak capai impian aku ni dimana aku memang ada abaikan family. Yang tu jangan diikut.

Cuma point aku disini, semua ni dapat dicapai sebab kami kongsi semua perbelanjaan, komitmen, dan seterusnya keuntungan la.

Masa fasa permulaan, aku tau isteri aku agak berat hati nak kongsi. Aku tahu masalah orang perempuan, takut suami cari lain la, takut lepas tanggungjawab la. This is legit cause for concern la untuk orang perempuan.

Apa yang aku buat, aku hilangkan kerisauan isteri aku tu dengan aku serahkan kesemua pendapatan aku kepada isteri untuk diurus dan kesemua aset aku dibahagi dua dan nama bersama dengan isteri, manakala aset isteri fully atas nama dia saja.

Jadinya kat sini, kalau aku buat taik, aku la yang rugi. Isteri aku yang kaya raya. Haha. Jadi dia tak risau la. Lagi suka adalah gamaknya.

Cuma pesanan aku, duit yang ada ni, nak buat apa buatla, cuma ingat, kita ada target nak capai, so berpada-pada la.

Dia pun sangat faham. Takde la pulak dia ambil kesempatan joli sana sini sebabnya antara kitorang takde rahsia. Susah sama-sama, senang pun sama-sama la.

Dia pun tahu apa yang aku buat untuk keluarga. Mungkin ada yang pertikai, suami kan ketua keluarga, suamilah yang tentukan perbelanjaan keluarga. Tapi kalau kongsi sama-sama, dapat pergi jauh, why not?

Provided kita suami isteri sehidup semati la. Sebab tu aku letak kaveat, hanya buat kalau yakin dengan pasangan dan tiada rahsia antara satu sama lain.

There is no judgement here. Bagai pasangan yang ada trust issue antara satu sama lain, teruskan dengan apa yang korang rasa yang boleh protect diri korang daripada dianiaya. Aku faham banyak orang jahat sekarang.

Dalam family aku pun ada biawak hidup yang mana isteri kerja banting tulang, laki makan tidur makan tidur.

Tapi bagi pasangan yang tiada masalah, saling mempercayai, apa kata kita berganding bahu membina kehidupan bersama-sama? Dalam semua aspek la, kewangan, rohani, emosi.

Bagi aku, instead of bahagikan role separately macam suami kerja, bayar bil, manakala isteri masak, jaga anak, apa kata semua buat sama-sama? Kan berdua itu lebih manis.

Okla, untuk last confession aku ni, aku doakan kita semua dapat apa yang kita impikan di dunia dan juga akhirat. Calo Bette!!

– Papadom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *