Saya Nora. Ni saya cuma nak meluahkan dan ambil pendapat.
Habis pengajian degree di sebuah universiti beberapa tahun yang lalu, saya menetap di rumah. Dan sebenarnya saya tak berapa gemar pun dengan course degree yang saya ambil. Beberapa attempts untuk tukar course dari asasi hingga degree, tak tukar pun.
Jumpa dengan counselor, dia suruh bertahan. Jumpa dengan academic advisor, suruh try few semester dulu. Bagitahu mak pun, suruh saya bertahan juga. So, ended up graduated juga tapi hari ni saya tak pursue pekerjaan dalam bidang degree. Saya meniaga tepi jalan.
Bermulalah satu perjalanan yang agak rumit. Mak saya tak berapa suka, plus, mak saya pun dari background educated dan professional. Ada imej yang mak perlu jaga.
Awal-awal masa saya decide untuk berniaga, ada ibu saudara yang cakap, “Kau ni belajar tinggi-tinggi, last2 meniaga tepi jalan.”
Mak pun ada suruh saya cari kerja yang lebih ber-prestij, kerja kerajaan atau paling2 pun kalau desperate sangat, jadi cikgu. Sale perniagaan saya pula dari RM900 per month, sekarang (2025), boleh mencecah RM12K-RM13K sebulan dengan 3 orang pekerja.
Sekarang saya jaga perniagaan saya selama 1-2 hari je, selebihnya pekerja jaga. Boleh run on semi-automation. Balik kampung pun pekerja boleh run. Duit still masuk.
Tapi bila ada masalah dalam perniagaan, mesti mak akan cakap, “Kalau kerja makan gaji, hujung bulan dapat duit, mesti takde masalah macam ni.” Dari dulu, sampai sekarang. Macam tunggu masa je untuk bisnes ni jatuh, kemudian time tu nak attack vulnerable point kita.
Mak saya jenis overthinking sebab selalu jadi uncertified counselor untuk random people yang dia bantu. Ade hari pergi dengar kisah single mom, ade hari pergi dengar cerita dari si isteri yang takde kerja.
Terlalu banyak kisah negatif yang mak dengar and then balik rumah, jadi paranoid pastu fikir, mungkin kisah-kisah yang dia dengar tu jadi ke anak2nya pula. Kisah isteri tak kerja sebab suami tak bagi kerja. Pastu mak saya berkeras, “Kalau kahwin, suami tak bagi kerja, goodbye je lah kat dia.”
Saya balas, saya dengan bakal suami dah berpuluh2 kali bincang, ok bagi kerja nak kerja takpa, tak nak kerja pun takpa. Yang redflag tu kalau bakal suami wajibkan kita isteri ni bekerja.
Mak dengan overthink tu balas, “Mak dia tak kerja kan? Saudara2 dia belah perempuan semua banyak tak kerja kan? Entah2, dia pun tak bagi kamu kerja.”
Pening..
Kadang-kadang dengan saya pun overthink juga sebab susah sekali nak dengar benda yang positif dari mak. Time aku tengah kenal2 dengan bakal suami, pun sama dahsyat juga tentangan yang aku terima dari mak. “Takde yang kulit cerah sikit ke?” Saya cakap, saya suka yang gelap/brown.
Soal pekerjaan lelaki tersebut, bergaduh jugaklah dengan mak. Ingat lagi masa tu kat meja makan, ada je point yang rasa tak puas hati. Mak cakap, “Kamu tak malu ke pilih lelaki tu? Kalau saudara-saudara (yang elit2/kaya) tanya dia kerja apa? Nak jawab apa nanti.”
Saya balas, “Saya yang akan kahwin dengan dia. Pandangan saudara mara tak penting pun.”
Sedih sebenarnya. Ada banyaakkkk topik insecurity yang timbul lepas saya sembang dengan mak. Saya jadi overthink, sesak dan lemas. Itu tak termasuk lagi hal rumah.
Kalau cerita hal baik je antara saya dengan bakal suami, mak akan cakap, tak duduk serumah lagi memang la elok. Bila cerita hal tak okey, benda tu jadi macam point ‘oh tak sekufu kut’, ‘dia tak okey kut untuk kamu.’
Laki tu dia sebenarnya ada rasa malu kalau pekerjaan dia tak okey. Dia tahu bila berkahwin nanti dia akan ambil anak orang ke pangkuan dia.
Tahun lepas, dia dapat kerja ofis di negara jiran. Gaji dia 3 kali ganda currency Malaysia. Bila mak tahu, mak diam. Laki tu pula tengah mengikat perut sebab hujung tahun ni plan nya nak kahwin. Simpan duit.
Ada time, mak okey. Ada time, bila balik dari mendengar kisah hidup orang lain, mula lah overthink. Haduhh.
Baru-baru ni, time saya tengah menghirup kopi di pagi hari, slow morning gituu (awal2 dulu dah berhempas pulas), mak datang ke meja makan. Risau sangat pasal saya tak kerja. Bagi mak, berniaga ni bukan satu pekerjaan. Bagi mak, perempuan wajib kerja. Kena kerja. Kerja.
Ada juga pekerja saya datang dari orang yang mak bantu. Tahun lepas mak tanya bisnes saya, “Ade perlukan pekerja tak? Bagi la si Ani ni kerja. Bantu bantu dia sikit. Sian dia suri rumah, harapkan suami je kerja. Zaman sekarang sorang kerja mana cukup.”
Ok. Saya bagi kerja. Siap setiap 6 bulan saya akan bagi reward kepada semua pekerja. Makan kat hotel (hujung tahun) atau cash gift (bulan 6).
Nak jadikan cerita, si Ani ni berhenti kerja sebab kena jaga mertua dia. Mak jadi paranoid and cuba kaitkan dengan satu point yang vulnerable, “Ambil pengajaran dari hidup Ani ni. Isteri tak kerja. Apa semua susah. Isteri kena ade kerja dari awal.”
Kemudian terkaitlah dengan saya, “Si (bakal suami) tu bagi kamu kerja tak? Memang saudara2 dia perempuan semua tak kerja. Patutnya kamu kena ade kerja (makan gaji) sebelum kahwin. Nanti kamu pindah ke JB sana takkan tak kerja kut.”
Berpuluh2 kali dah mak tanya. Berpuluh2 kali tu juga saya jawab benda sama. Botak kepalaa. Ada beza antara soalan untuk mendapatkan kepastian vs soalan untuk menghasut.
Semalam saya bertegas, “Mak kalau nak overthink, mak overthink sorang2. Hari-hari mengadap mak punya overthink, saya pun jadi overthink juga!
Saya pernah bergaduh dengan dia sebab saya terfikir2 apa yang mak cakap. Kami pernah bergaduh sampaikan dia fikir saya ni sesuai ke tidak untuk dia sebab saya asyik fikir buruk!”
Mak balas, “Ohhh, ada bergaduh jugak…”
Nak menangis saya masa tu. Kopi yang ada di tangan saya masa tu, tak minum habis pun. Saya terus bangun dan hirup habis kopi masa berjalan ke dapur untuk basuh cawan. Kopi pun tak terasa pahit, pahit lagi apa yang mak cakap.
Bila sembang dengan kakak saya pasal ni, mesti kakak pun akan cakap, “Laki-laki ni, time sebelum kahwin cakap lain. Dah kahwin, cakap lain.” And benda ni jadi rumit.
Laki-laki kalau request dia nak isteri wajib kerja, redflag. Kalau dia cakap, nak isteri tak payah kerja, redflag. Kalau dia cakap, isteri nak kerja lepas kahwin pun ok, tak kerja pun ok, ini menipu je entah2 esok cakap lain. Halahhhh, pening nya.
Bakal suami ni pernah cakap, “Siapa lah yang menghasut awak benda2 yang buruk ni. Kawan awak ke? Siapa? Saya teringin nak jumpa. Saya teringin nak tahu apa masalah dia.”
“Awak kalau nak sambung belajar ke, nak kerja luar negara ke, saya lagi suka. Pergi Jepun ke, UK ke. Awak kan baru habis master. Try apply kerja kat Jepun. Boleh explore. Saya pun dulu merata2 pergi untuk kerja. Pergi Thailand, masuk ke Laos, Vitenam, Indonesia. Luaskan fikiran.
Awak kata nak upgrade bisnes, fikir pasal bisnes tu. Jangan fikir pasal benda2 negatif macam ni. Awak belajar tinggi2, mesti harapan dan keinginan.
Saya tak kisah nanti kerja gaji awak lagi tinggi dari saya, yang penting buat tanggungjawab masing-masing. Kurangkan ego. Di luar kita kerja sebagai pengarah ke CEO apa, kita masuk rumah sebagai suami isteri. Tinggalkan jawatan kerja di luar rumah.”
Berpeluh saya tulis benda ni. Kalau nak overthink sampai ke sorga, macam2 boleh fikir. Fikir nanti suami kahwin dua, suami meninggal, tak dapat anak (TTC), in laws tak okey, suami sakit, macam-macam.
Kadang-kadang kita duk terfikir possibility orang lain buat taik kat kita tapi entah-entah kita yang taik sebenarnya.
Tolong bagi saya kata-kata penenang. Nasihat dan motibasi. Saya perlukan back up nyetizen. Hahaha.
– Si Bulan Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit