Aku jujur jelah. Aku tulis ni sebab aku masih rasa orang lelaki akan pilih perempuan cantik over kriteria2 lain yang seorang perempuan tu ada.
Cantik mesti no satu.
Walaupun dia tak pandai masak ke, tak pandai bergaul ke, malas kemas rumah ke atau kurang ajar dengan orang lebih tua, asalkan kau cantik, dia tutup mata.
And perempuan muka cantik ni selalu sangat tak hargai cinta-cinta yang datang kat diorang sebab dorang boleh pilih and petik jari saja. Boleh demand. Nak laki kaya, kerja apa, muka macam mana, dll.
Aku just nak cerita pasal sepupu2 aku since aku ni sepupu sulung, aku memang nampak trend camni kat sepupu2 aku yang muda.
Kami ni membesar sama-sama. Jenis sedara dekat2. Dah tau sangat perangai masing2. Aku nak cerita pasal anak Mak Uda dan Mak Tam aku.
Pak Uda engineer. Bini cantik. Anak 2 orang perempuan cantik. Mak Ida tak kerja sebab suami mampu. Tapi bukan jenis yang kaya sangat, bolehlah.
Mak Uda aku memang tak masak and tak buat apa ya kat rumah walaupun dia tak kerja. Pak Uda aku tulah yang hantar ambil anak sekolah, beli lauk siap & dorang anak beranak tinggal makan je.
Kerja rumah pun pak Uda aku buat, basuh baju semua sebab memang Mak Uda aku tak nak. Dia tak suka kuku dia rosak.
Akibatnya anak-anak dara diorang (sekarang dah 20an) memang sebiji macam mak Uda. Belajar sampai diploma, tapi semua tak tau.
Masuk dapur pun geli. Kerja depa makeup tebal, pakai tudung lilit2, content & live TT pastu OOTD. Kalau jumpa ramai-ramai, tempat mustahil dorang akan duduk ialah dapur. Diorang panas and tak tau buat apa2.
Masa kecik dulu, aku pernahlah lepak rumah anjang aku sebab aku ngaji dengan dia. Sekali tu, Pak Uda aku datang pas maghrib. Kebetulan kami baru nak makan malam. Aku tengok Pak Uda aku makan selera sangat sampai nampak muka terharu dia.
And haritu aku terdengar yang Pak Uda mengadu kat Pak Anjang aku, dia rasa terbeban perasaan sebab macam semua dia kena beri dalam rumahtangga. Tak ada give and take. Isteri selalu rasa tak cukup & meminta2.
Camtulah lebih kurang, tapi banyak mengadu pasal Mak Uda yang asyik meminta2, takde give and take.
Aduh penat pula tulis. Baru cerita latarbelakang Mak uda kah kah.
Okay sekarang kita cerita pasal Mak Anjang. Pun adik ayah aku. Mak Anjang ni dia paling tak direzekikan muka cantik, and lain sikit dari adik beradik.
Even masa dia nak kahwin, Mak Uda memang gelakkan dia sebab Mak Uda tak boleh terima yang Anjang boleh accept suami dia sekarang.
Anjang aku kerja kerani. Suami dia kerja posmen, gaji kecik je kalau ikut dua2. Rupa suami dia pun sekufu lah dengan anjang. Dan anak2 mereka pun, 3 orang perempuan yang senang cerita Allah rezekikan muka tak secantik anak Pak Uda tu.
Tapi part adab, buat kerja rumah, masak, dan semua memang perfect. Budak bertiga ni pun rapat2 and sampai degree even ada baru grad master. Ngaji pun sedap wakil kampus.
Macam langit dan bumi lah sepupu2 aku dari Mak Uda & Mak Anjang. And kalau kau tanya wife material, ofkoslah aku pilih anak Mak Anjang!
Sampailah tahun ni, dah 2 tahun berturut2 Mak Uda terima menantu dan tayang menantu2 lelaki dia yang kaya raya. Bukan orang jauh pun, sedara dekat yang mak ayah semua saling kenal.
Dan perangai princess2 anak Mak Uda ni pun, semua tau je sebab memang tak disorok.
Tapi dorang tetap pilih anak Mak Uda sebab cantik, walaupun dorang kenal and tau sangat kualiti and wife material anak Mak Anjang. Sorang menantu pegawai korporat, sorang lagi anak tokey syarikat umrah.
Baru ni, semua anak2 menantu dia buat haji PJH yang 200k tu. Mak Uda asyik cakap “tak taulah apa kebaikan yang dia buat sampai dapat rezeki macam ni,”
Masa tu dia cerita kat kami semua. Termasuk lah kat Anjang aku tu. Yelah Mak Uda kata rezeki dia melimpah ruah, anak2 kahwin cepat dengan lelaki mampu, dapat haji mahal, dia rasa ‘hidup diberkati’. Camtulah lebih kurang.
Dan kelmarin,
Anak sulung anjang call aku, dia luah perasaan sedih dia. Padalah dia ni kelakar gila & happy go lucky. Dia kata, dia tak berniat pun untuk rasa di compare. Tapi orang selalu compare dengan anak Mak Uda bila part jodoh.
And dia sampai tanya aku,
“Kalau perempuan tak cantik ni memang kita takkan berpeluang memilih & dipilih oleh orang yang handsome, kaya, kerja baik? Perempuan macam dia ni memang pilihan terakhir ke lepas lelaki2 tak dapat tackle yang cantik?
Perempuan yang tak pernah bercinta macam dia ni, kena accept je ke jodoh yang datang sebab tak pernah pun ada peluang untuk pilih,”
Aku tarik nafas panjang.
Cycle dia berulang. Macam mak ayah depa dulu. Aku tengok muka anak bujang aku yang dah kat sekolah menengah.
Kalau nanti anak aku pilih perempuan Bimbo & takde wife material macam anak Mak Uda, siap kau aku perambat!
So sekarang. Aku nak pembaca jujur jawab dengan aku.
1. Untuk perempuan berwajah awam, kau pernah rasa benda yang sama? Pernah ke kau rasa, lelaki handsome dan kaya hanya untuk perempuan cantik je?
2. Untuk perempuan berwajah swasta & cantik, korang memang menggunakan kecantikan korang tu untuk win over lelaki eh? Walaupun kau takde kualiti lain, yang penting kau yakin dia akan terima & tergilakan kau je sebab kau cantik.
3. Untuk lelaki yang handsome, kaya, berbudi, bervisi tinggi, apa pilihan kau? Anak Mak Uda ke anak Mak Anjang? Huraikan.
Kahkah. Hujung minggu aku kasi korang jawablah assignment aku. Jujur je. Adalah input aku nak bgtau kat sepupu aku Along Wardah tu.
– Esya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa salah nya perempuan rupa biasa-biasa tak boleh pilih yang hesem dan kaya. Kan ada pendidikan yang baik. Gunakan lah untuk cipta kekayaan. Kegembiraan terletak pada memilih suami hensem dan kaya ke?
Sebagai orang yang berwajah biasa2, .. lelaki rupa biasa2 pon memilih nak yang cantik, apatah lagi yang kacak ada rupa..tapi aku tak kisah, just take the opportunity untuk cantikkan diri sendiri, pakai skin care, cuba styling..lastly perempuan yang rupa biasa2 pon boleh jadi cantik bila CONFIDENT dengan diri sendiri.
Byk betul masa ko pk pasal orang dan buat survey..
Pastu aku pun banyak masa ek nk reply kat ko..
Pada aku cantik tu no 2..
Yang lebih penting dari cantik adalah yakin
Jadi utk anak mak anjang tu..ko kena ajar diorg jadi yakin, kalau rasa muka tu hodoh sangat level selipar jepun, try la makeup2 org berpakaian yang menampakkan keyakinan tinggi..
Percayalah sebab aku penah buat, selalu aku sempoi2 pakai sling bag, sekali aku pegi meeting pakai tote bag org terus memandang serius..
It’s about how you bring yourself .aaagitchew
point no 4 xde ke???
4. Lelaki tak hensem, tak kaya, tapi husband material.
kamu sendiri pun lupakan kewujudan kami, sebab kejar sangat lelaki handsome kaya
saya tak tahu la saya cantik ke tak. tapi yang pasti la kalau berkaitan lelaki kita buat salah. kita takkan kena marah.
salah 1 nya.
saya dulu pernah kerja fnb pernah tolak troli penuh barang tak nampak ade customer tgh duduk cari barang kat depan saya langgar sampai berguling ye lelaki tu. mula2 laki tu marah2 cakap tak nampak ke. tapi bila saya datang dekat dia minta maaf. dia boleh tanya saya ok ke.. tak sakit mana2. yg berguling dia. yg dia tanya sakit ke tak.. tu napa. sampai ke kaunter dia asyik tanya saya sakit ke tak.
perempuan cantik selalu dia mudah nk dapat apa dia nak. n mudah dapat perhatian n layanan bak princess.
n saya ada adik lelaki. bila saya tanya ciri pilihan. dieorg ciri2 semua yg cantik tak kisah bam2 ke kurus. tapi cantik.
kalau risau anak dapat perempuan tak reti masak. takpe yang penting perempuan tu nk belajar masak..
ramai je lelaki cari perempuan bimbo. n sanggup cari keje gaji ber k.. n upah org sbb xnak isteri hilang kecantikan.
Owh aku sgt setuju perempuan cantik or lelaki handsome ni ada lah privilege. Kau perangai hauk mcm mana pun.. org keliling auto nak baik/kwn dgn kau. Sentiasa ada org nak dtg tolong. Tak payah cari.
Owh one more. Kalau ada yg ckp diorg tak pandang rupa.. tapi tgok adab dan agama dulu.. ini poyo. Hahaha. Semua org akan judge dulu by rupa ya. It’s a fact. Kau masuk lift jumpa org muka serabai pun kau dah terdetik tak mandi ke apa dia ni~~
Dan aku percaya.. semua org boleh cantik/handsome asalkan ada duit dan rajin. Yg mana mmg baka cantik tu tak payah ckp la. Kau untung la mmg keturunan segak. Aku ni masa sekolah rendah pun kulit gelap. Ye lah dah hari2 naik basikal pergi balik sekolah. Masuk sekolah menengah baru mula pakai skincare. Dekat uni baru consistent guna skincare. Baru lah ada org nak usha2 tapi sebab aku ni muka garang mostly ramai tak berani.
Bff aku zaman universiti mmg cantik. Kitorg selalu pergi mana2 berdua. Tapi org selalu nk tegur dia je. Aku ni mcm tak de je sebelah dia. Mula2 terasa jgk.. dah smpai satu tahap aku malas nak layan semua tu..aku buat bodoh je. Upgrade diri sendiri suda.. tak payah mengharap reaksi dari org lain. Start dari sini aku survive sorang2.
Untuk anak Anjang. Kau tak payah serabut apa org nak ckp pasal rupa tu. Kau pun cantik jgk. Beauty with brain. Pegang tu. Jgn settle for less sbb lelaki yg demand muka cantik. Be confident dan murahkan diri dgn senyuman. Insyaallah you’ll find your soulmate.
Minta maaf, mmg ‘cantik’ itu adalah salah satu ‘kriteria’ utk cari calon isteri, tp yg lbh utama ialah agamanya.. hanya lelaki yg ‘pendek aqal’, atau “bijaksini” shj yg memilih cantik tanpa ada ciri2 agama, dan slalunya hubungan ini x kekal lama, krn bila isterinya dah berumur, dan ‘kurang cantik’, maka dia akn mula mencari2 yg lbh cantik.. tetapi lelaki yg ‘bijaksana’ akn lebih memilih yg beragama, walau pon ‘kurang cantik’, kerana dia tahu, jika betul cara dia mendidik isterinya, insha Allah, mereka akan sama2 masuk Syurga bersama kluarga mereka.. tapi of coz, akan ada bnyak ‘dugaan’ yg perlu ditempuhi, kerana Syurga itu amat ‘mahal’ harganya.. kalau dia hanya harapkn ‘keagamaan’ isterinya sebelom kawin dan kurang menjaga ilmu dan adab setiap ahli kluarga nya, silap2 mrk semua akn ‘hanyut’ bersama arus zaman.. (kerana wanita ini insan yg lemah & senang dipengaruhi oleh org dan persekitaran semasa..) oleh itu, pilih lah yg beragama, taat dan bijak dlm ilmu rumahtangga, di samping itu bimbing lah mereka ke arah kebaikan bersama2, agar mereka tidak ‘tersesat’ dan sama2 menuju ke jalan Syurga.. wallahu a’lam bissawab..
ada ongkos smue bnde boleh dicantikkan dik oit. hidung penyek boleh mancung, kulit itam boleh putihkan, gemok boleh kurus. yg penting duit dik. perangai tu xley dibeli dik. so tipsnya cari yg sopan santun, pandai masak, dengar kata, mne2 yg hodoh tu kita upgrade kan.
cantik tu sebenarnya subjektif. cantik di mata orang yang tepat. kau cerita anak-anak mak uda cantik, tapi mungkin di mata aku biasa-biasa je. cantik bagi aku macam fazura, nora danish. luar negara macam barbara palvin. tu cantik standard mata aku lah
Betul. Lumrah. Ada yang cantik tu, cantik sedap mata memandang. Tapi mostly wanita sekarang “muka awam” tu kategori cantik putih + makeup. Cuba lah perhatikan perempuan-perempuan sekarang, sangat typical ye, putih + makeup. Sebab sekarang macam-macam cara dah dari gelap ke putih melepak, dari biasa-biasa je, letak makeup jadi luar biasa. So zaman sekarang perempuan macam tu normal and ramai sangat dah. Dah jadi macam “typical” dah. Untuk soalan no. 1, betul lah tu lelaki handsome dan kaya untuk perempuan cantik. Dia kaya and mampu, ibarat jodoh cerminan kita? Jaranglah yang handsome dan kaya ni nak cari perempuan yang standard biasa or low. Betul? No.2 tu, for me kalau dah lelaki tu nak dekat kita, so yeah. Dia nak kita sebab apa? itulah yang dia dapat kahkah.
Semua ni berkisar pada jodoh. Dah ditentukan sejak di luh mahfuz pon. Normal je laki kaya nak perempuan cantik, pakej lagi kalu bijak. Dan aku rasa dah ada diploma tu takde la bimbo pon. In the end perempuan tak cantik pon ada jodoh dia, tungu masa je. Sebab personaliti yang baik selalu mengatasi rupa yang cantik. Pendidikan tinggi boleh membentuk personaliti dan attract orang2 yang baik jugak. Lpeas dah kahwin kita akan sedar, lebih baik hidup dengan orang yang kurang rupa tapi baik dari orang yang cantik tapi mulut kerja nak maki hamun, kuat dengki, cemburu tak tentu hala. Konklusinya bersyukur dengan apa yang tuhan dah bagi, dia tahu segalanya apa yang terbaik untuk kita. Dan tak semua benda yang kita nak akan dapat atas duni ni. Sebab kita bukan kat syurga.
Manusia ni dicipta memang fitrah suka dengan benda2 yang cantik dipandang. Tak kisah lah lelaki ke perempuan. Kemudian cantik ni pun ikut mata masing2 juga, sebab tu boleh wujudnya ‘taste’ dan ‘preference’. Ada orang minat orang muka lonjong, ada orang minat orang bibir nipis. Macam saya tak minat dengan orang pipi cekung/high cheekbone tapi itulah yang jadi kriteria kalau nak jadi model. Itu kalau contoh rupa orang. Kalau contoh barangan, ada orang minat design A, tapi orang lain tak minat pun..dia minat design B, F, M..
Cuma jangan lah kita sedih sangat kalau orang tak pandang kita sebab kita ni hanya muka biasa2 @ tak cantik/hensem.. ikut standard Malaysia mungkin tak cantik/hensem. tapi manalah tau kot cantik/hensem kat mata orang luar negara? So kenalah banyakkan berjumpa orang / travel.
Even orang yang cantik/hensem pun ada ujian dia. Ada je orang cantik/hensem tapi forever single atau selalu tak kekal dalam perhubungan sebab dia insecure yang orang nak kan dia hanya sebab dia cantik/hensem. Kot nanti dia eksiden ke muka dia rosak ke, orang tu nak dia lagi ke? Atau buang dia? Dia pula bukan jenis pandai guna ‘kelebihan’ rupa yang dia ada tu untuk ‘manipulate’ orang lain.. Biasanya dorang ni pun ada masalah trust issues sebab orang nak dekat dengan dorang hanya sebab dorang cantik/hensem.
Yang penting cakap dengan anak mak anjang tu, Allah tak pandang rupa kita cantik ke tak, Dia pandang akhlak dan amal ibadat kita.. Jangan dipikir sangat anak2 mak uda tu, dah itu rezeki dorang. Dorang pun nanti mesti akan ada ujian yang akan mendatang dalam rumahtangga.. Kalau orang duk compare dia dengan anak mak uda, nak body shaming ke, face shaming ke, dorang dapat dosa sebab dorang hina kejadian Allah.. Pikir tu sajalah. Nak kejar cinta manusia ni tak kekal, jadi kejarlah cinta Allah hati akan menjadi tenang.