Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan luahan hati saya. Saya akan share link ini kepada suami sendiri sebab saya dah penat untuk menegur benda sama.
Saya boleh dikategorikan ‘bini dayus’ ke sebab biarkan suami berterusan buat kerja haram, berterusan tinggal solat, berterusan main nombor ekor, berterusan lepak tengok result nombor dari azan maghrib sampai isyak?
Jujur saya akui, saya sebelum berkahwin memang solat tidak cukup disebabkan faktor keluarga dan diri sendiri. Ngongak sana sini. Dalam diri ni berazam konon suami inilah bakal penuhi segala rongak rongak tu.
Tapi malang, sekadar angan-angan. Tunjuk baik, berlakon solat depan mak ayah semata-mata nak ambil hati.
Bila dah kawen baru tahu perangai sebenar, sebulan sekali pon susah nak nampak, apetah lagi solat jumaat. Berdesup hilang pergi lepak dengan member.
Hampir beberapa tahun kami bergelar suami isteri, tidak pernah sama sekali dia mengimamkan saya, apetah lagi solat bersama.
Rasa macam ditipu hidup-hidup. Konon dulu janji kita solat sama-sama ya, nanti salam tangan abang. Ceh. Sekadar sembang.
Saya dari zero tak tahu apa apa mengenai nombor ekor, sekarang dah pakar.
Dengan bangganya suami bercerita harini nombor apa, rumah apa, segala benda haram tu. Tak cukup dengan main nombor ekor, dia jadi collector nombor ekor pula.
Kutip duit dari kawan-kawan tak guna dia, hantar pada tauke nombor, dapatlah komisen sepuluh dua puluh. Setiap hari tanpa miss. Jangan sangka nombor ekor ni rabu sabtu ahad sahaja. Ada rumah lain yang dorang main hari hari.
Bayangkan waktu azan maghrib bergema, 5 6 orang berhimpun depan phone kat kedai kopi, tengok result. Lepastu bersorak macam kera, kalau tak kena terus maki hamun.
Balik balik anak bini jadi mangsa. Jantan tak guna. Saya jadi benci pada kawan-kawan dia. Jijik nak tengok muka orang-orang ni. Kalau boleh maki dan herdik, memang saya maki. Tapi saya masih menjaga air muka suami.
Bukan saya tak tegur, setiap hari bergaduh benda sama. Sampaikan tak ada masa untuk saya sebab terkejar kejar nak jumpa member, nak kutip duit nombor, nak tengok result nombor.
Bila ditegur akan ungkit, duit nombor ni lah boleh bayar komitmen kita. Sampaikan nak keluar makan di kedai tak boleh. Siap letak syarat, nak keluar boleh, sebelum 6pm kena balik.
Ya Allah. Deritanya rasa. Bukan saya tak boleh keluar sorang, berdikari tapi dia tak izinkan.
Dulu dia tak seteruk ni. Tapi sekarang, hanya air mata je jadi saksi sakit hati ni. Keberkatan rumahtangga kami dah hilang. Tak ada seri.
Ada hikmah Tuhan belum bagi kami zuriat. Sebab Tuhan tahu kami belum sedia nak didik zuriat yang soleh solehah.
Astaghfirullahhalazim. Astaghfirullahhalazim. Astaghfirullahhalazim.
Berdosa ke saya sekiranya saya hilang hormat pada suami.
Berdosa ke saya tinggi suara bila bergaduh disebabkan dua benda ni.
Dayus ke saya untuk memejam mata melihat tingkahlaku suami yang durjana ini.
Cerai. Ya saya fikir itu penyelesaian terbaik. Untuk apa saya pertahankan hubungan yang tidak meletakkan Allah sebagai yang utama.
Untuk apa saya berterusan pujuk diri, pujuk hati bahawa suami akan berubah.
– Bini dayus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit