Binti Abdullah

Assalamualaikum semua, dah lama tak menulis, last confession aku bila pun aku dah tak ingat.

Beberapa hari ni, air mata aku mencurah macam air terjun. Tak dapat dibendung rasa pedih di hati.

Bertahun aku hidup, hari2, aku cuba rasa redha dengan dosa-dosa lampau ibu aku.

Tapi hari ni, aku rasa sangat sakit dan pedihnya ‘ignorance’ dari seorang ibu.

Bismillah, the moment confession ni disiarkan, makan terbukalah pekung di dada aku. Dan, kalau ada yang dapat meneka, itu aku ke? Yee itu aku.

Long short story, aku adalah ALN yang berbinti kan seorang strangers, kenapa tak nak berbintikan abdullah?? Atas alasan ibu dan makcik2 aku “supaya masa depan aku terjamin”.

Alhamdulillah, terima kasih dan syukur atas nikmat yang allah berikan. Tetapi, macam mana jaminan untuk jiwa aku? Cerita bermula, semasa proses aku nak isi borang nikah.

Ditakdirkan waktu tu, ibu aku jatuh sakit di mana, keadaan beliau terpaksa berkerusi roda.

Dengan situasi yang sedikit rumit, aku cuba juga bawa ibu aku ke pejabat agama kerana aku akan bernikah di tempat di mana aku dibesarkan, bukan ibu aku tinggal.

Sampai di kaunter, masalah 1 bermula .

Ruangan wali kosong, borang tiada tanda tangan kariah (ni memang betul2 misslead information. Ye lah, aku tanya orang yg bernikah di luar kariah. Kui2).

Detik cemas bermula semasa akak kaunter tanya, kenapa ruangan wali kosong? Jadi aku pun panggil penjaga aku explain.

Masa ni, semua dah tersangkut dekat tekak. Maka penjaga aku explained, aku ni anak tak sah taraf, harini datang bawak ibu kandung aku untuk selesaikan permohonan wali hakim.

Maka, masuklah aku dengan ibu kandung aku dalam bilik siasatan.

Dengan itu, unexpected part pun bermula. Ustazah tanya; puan, boleh saya dapatkan detail tentang bapa kandung anak perempuan puan? Nama/ umur/ tempat tinggal.

Out of sudden ye, ibu aku menangis, melalak ‘saya memang tak ingat dan tak nak ingat siapa dia, yang saya tahu, S (merujuk kepada nama singkatan aku) ni anak saya, dia je yang saya ada.

Saya tak nak dia ambil S daripada saya. Ustazah tu, tanya lagi, puan tak ingat apa-apa langsung ke?

**baca balik ayat yang sama. Lalu, dia pun keluar pergi fotokopi ic ibu aku.

Setengah jam ye, aku syak dia pun bingung, aku masa ibu aku menangis, meraung tu, aku cuma tenung je dia, dengan rasa bingung.

Satu per satu bait-bait ayat dia terngiang di fikiran aku, dan aku bingung. Aku bukan budak tadika lagi. “Tak nak dia ambil S dari saya?”

Daripada aku kecik dia dah tinggalkan aku dalam jagaan penjaga. Aku dah kerja, dah besar di mana aku boleh buat keputusan untuk diri aku.

Dan pada waktu itu, aku dapat rasakan, urghh, I cannot.

Maka, ustazah tu minta untuk aku isi ‘tiada maklumat’ pada ruangan -suami-wali-saksi. Pendaftaran nikah aku tergendala.

Dan, cerita ni aku akan sambung selepas aku selamat bernikah.

Sebab banyak lagi tragedi pilu.

Mata aku ni, sikit lagi nak terkeluar dari soket asyik menangis je.

Aku cuma nak minta doa kalian untuk mudahkan urusan nikah aku, insyaallah pada bulan december ni.

Adios!

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *