Buli Itu Punca Depression

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan warganet sekalian. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan confession aku ni. Terima kasih kepada awak yang sedang baca saya punya intro ni. Jangan exit ye dan teruskan scroll ke bawah sampai habis, hehe.

Nama aku Z (bukan nama sebenar) dan aku berumur 17 tahun. Aku adalah budak baik, soleh dan skema (please, jangan judge aku dulu.) Tapi sifat tu makin pudar dari diri aku disebabkan penyakit yang aku alami iaitu depression.

Apa yang aku nak luahkan ialah remaja depress yakni diri aku sendiri. Aku kurang ingat punca aku menghidap depression ni sebab stress yang makin menghilangkan tahap ketajaman minda dsn mental aku. Mana taknya, hampir tiap hari aku makan hati dan stress atas sebab yang aku tak boleh ceritakan (Sorry).

Tapi aku yakin banyak peristiwa yang menjadi punca aku jadi macam sekarang ni cuma aku kurang ingat satu persatu.

Salah satunya ialah dulu aku kat sekolah, aku selalu kena buli dengan kawan2 lelaki aku. Diaorang tak buli aku secara fizikal malah tak pernah sekali pun tapi diaorang buli secara psiko. Paling kerap, diaorang “paw” duit aku time rehat sampaikan aku nak beli makanan untuk diri aku langsung tak dapat. Aku tak mampu melawan time tu sebab tak ada siapa nak back up aku pun.

Kalau aku melawan, diaorang lagi bertindak. Pernah satu kali tu, ramai2 pegang aku kat belakang kelas and then ambil semua duti dari dalam poket pakaian aku sampailah dalam dompet aku. Habis semua dikebasnya. Itulah duit yang mak aku bagi aku untuk survive diri. Sampai sekarang, aku berdendam dengan diaorang.

Selain tu, kalau waktu balik sekolah, diaorang paksa aku untuk bawa beg2 diaorang letak kat pagar. Kalau beg tu berat2, terpaksalah aku bawa sampai lah sakit belakang aku. Kalau tak dibawanya, beg aku disorokkan, kasut aku diaorang curi dan macam2 lagi perkara negatif diaorang buat kat aku.

Jangan kata aku tak elakkan diri, aku sentiasa elakkan diri dan berseorangan tapi setiap masa aku berseorangan, diaorang datang kat aku dan buat onar kat aku.

Pernah sekali tu, buku2 kerja aku basah habis sebab diaorang buang buku2 tu dalam longkang depan mata aku. Nak tak nak, aku ambil juga buku tu sebab terlalu banyak homework dalam tu aku dah buat. No me time kalau aku berada di sekolah, aku sentiasa diburu.

Aku benci diri aku sebab walau aku banyak disakiti, setiap masa mereka dalam kesusahan aku sentiasa tolong mereka. Aku tak peduli walaupun orang tu banyak buat jahat kat aku tapi lepas aku buat baik, aku kena bali balik. Bodohnya aku berharap mereka akan baik dengan aku. Kadang2 aku tak paati sama ada aku tolong orang sebab aku takut atau aku ikhlas.

Aku elakkan diri daripada dipuji cikgu atau rapat dengan cikgu sebab bila aku rapat dengan cikgu dan dipuji cikgu. Siap sedia lah, lepas habis kelas memang beg aku kat luar kelas, meja aku kat belakang kelas, kerusi aku kat kelas sebelah dan sebagainya.

Akhirnya, aku penat dengan kehidupan aku. Aku mula menjadi pemarah walaupun aku bukanlah seorang yang pemarah. Aku mula jadi bukan diri aku. Aku dah berani marah mereka tapi bila aku marah, aku dikutuk sebagai “lemah mental”, aku dibuli lebih teruk lagi and then difitnah bila cikgu mula masuk campur.

Di rumah, aku kerap marah abang2 aku bila diorang buat salah sikit je. Kenapa ahli keluarga pun aku marah2? Sebab abang2 aku bukanlah orang baik2. Diorang salah satu punca aku depress. Aku kerap kena buli dengan abang2 aku memandangkan aku anak bongsu.

Bila aku mengamuk baru2 ni, mak ayah aku asyik salahkan aku walaupun punca salah datang dari abang aku. Aku berdoa abang aku yang pergi ke kerja akan mengalami kemalangan.

Kalau dulu, aku sentiasa senyap dan cuba untuk bersabar disebabkan aku takut untuk melawan abang2 aku yang lebih disayangi oleh mak ayah aku. Aku sentiasa tunduk tapi sekarang tak lagi. Walaupun salah seorang dari abang aku adalah seorang yang ego, tapi aku dah berani melawan. Puasnya aku.

Bila lepas aku marah orang, aku tak ada rasa apa2 kalau dulu, aku selalu rasa bersalah lepas marah orang. Sekarang aku dah berubah.

Aku minta keluarga bawa aku untuk pergi ke doktor pakar mental. Tak ada siapa peduli sebab bagi diaorang “Depression is not exist” maybe? Lagi2 aku seorang budak lelaki yang berumur 17 tahun dan mesti2 lah malu2 kalau ada kawan/adik beradik yang “gila”.

Sekarang, aku prefer untuk sentiasa berseorangan dan renggangkan diri dari bersosial. Yes. Aku rasa tenang dan kenal diri aku. Malas nak dengar kata2 negatif lagi. Dengan perangai mak aku yang “boleh tahan” kata2 nya membuatkan aku lebih negatif pada diri aku.

Bila aku gaduh or luah perasaan secara mengamuk, memang bukan aku lah orang yang akan dibela malah aku di-provoke balik. So, dalam rumah pun aku berseorangan. But, aku rasa bahagia dam senang hati lagi2 ada al quran bersama aku.

Dalam bab berkawan, aku akan asingkan diri dan elakkan untuk bersemuka. Kenapa macam tu?Entah. Aku pun tak pasti. Makin hari makin aku rasa bahawa semua orang sekeliling aku jahat2 belaka.

Dan sekarang ni aku rasa,

-“everyone, please leave me alone. “-. Aku tak percaya pada keluarga, kawan atau sebagainya. Mereka semua “kaki torture”.

Aku ada kawan yang baik dan layan aku dengan baik, tapi sifat dia yang selalu “play victim” buatkan aku lagi stress sebab aku selalu rasa bersalah walaupun dalam sesuatu hal tu walaupun bukan lah punca dari aku. Aku yang kena pujuk dia dan aku terpaksa mengakui itu salah aku.

Aku rasa keputusan untuk hidup berseorangan adalah terbaik dalam hidup aku. Aku pun tak akan sakitkan hati orang dan tak tersakiti. Betul tak?

Aku hanya fokus pada impian aku yang aku sedang usaha untuk capai dan aku harap ia nya tercapai suatu hari nanti. Aku minta korang semua doakan aku je menara gading. In Sha Allah. Aamiin

Ok sekian terima kasih!

– Mangsa buli (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *