Hi semua. Terima kasih admin IIUM Confession sebab post confession aku. Ini pertama kali aku nak cerita dark side of family aku.
Aku ada tiga orang adik-beradik. Aku ada seorang adik perempuan (A) dan seorang lelaki (aku namakan B). Alhamdulillah, kami dibesarkan dalam keluarga yang selesa.
So, nak buat cerita ini pendek, parents aku agak tegas dengan aku dan A—bab exam kena score dalam UPSR, PMR, dan SPM di sekolah. Sehingga masuk universiti pun, mereka yang tentukan kena masuk course apa yang sesuai.
Berbeza dengan B. Seingat aku, memang dari kecil lagi kami tak sehaluan. Ada saja benda nak digaduh antara kami berdua dengan si B. Tapi, macam biasa, parents aku akan backup si B.
B punya habit dari sekolah rendah asyik main game dan tengok TV. Bila kami adik-beradik ada salah faham, yang selalu kena adalah kami berdua, membuatkan aku rasa B ni dimanjakan sangat sehingga biadab dekat kakak-kakak dia.
Permulaan B start ada masalah behaviour ialah apabila pakcik van sound mak aku yang si B ni mencarut hanya kerana pakcik van tu ambil ramai budak. B rasa sempit dan kepanasan, tiba-tiba naik angin dekat pakcik van. Sejak dari itu, mak aku yang hantar dan ambil si B dari sekolah.
Satu hari, si B start melawan cakap mak aku. Bila balik sekolah, kalau B penat atau tak cukup rehat, dia akan tengking mak aku. Pernah sekali, B sepak seat belakang (dia duduk di belakang) kereta waktu balik sekolah hanya kerana mak aku menegur dia.
Perangai B—kena disuruh makan, disuruh mandi, solat, dan sebagainya. Kalau tak, dia akan duduk dalam bilik main game 24/7. Sanggup tak tidur untuk main game sampai berhari-hari.
B akan melenting bila orang paksa dia stop main game. Tapi B ni takut dekat bapak aku sebab dia tahu dia akan hilang ‘privilege’ kalau tak respect bapak aku.
Setakat ini, apa yang B nak, semua bapak aku tunaikan. Bila aku dan A perlukan sesuatu, kami kena usaha dulu baru dapat. Tapi bila B minta, bapak aku terus bagi ‘greenlight’.
Fast forward, B ada perangai yang dia selalu rasa diri dia lebih hebat dari aku dan A, walhal kami semua sama saja. Dia akan memperbesarkan benda yang bagi aku remeh. Contohnya, B rasa SPM aku biasa saja, tapi sebenarnya result dia lagi rendah dari aku.
Satu hari, kami gaduh besar dengan si B. Tiba-tiba si B naik angin sampai sepak terajang kami, kemudian dia ambil pisau dengan cubaan nak mencederakan aku dan A.
Parents aku pun bertindak merampas pisau, tapi si B mengamuk, baling semua barang dalam bilik sampai tingkap pecah, almari hancur berkecai.
Mak aku sampai kena panggil polis suruh bawa si B pergi hospital sebab dia berkelakuan sangat pelik. Aku dan A mengurungkan diri sementara tunggu polis sampai.
B didiagnosis bipolar jenis fasa mania dan hampir empat tahun masih dirujuk dengan pihak psikiatri. Sejak dari itu, parents aku jadi lebih protective dengan si B.
Memandangkan dia ada masalah bipolar, masuk universiti pun bapak aku sanggup jumpa lecturer untuk inform tentang keadaan si B.
Masa intern pun, majikan yang ambil si B aware dengan condition dia, jadi si B dapat privilege untuk WFH sehingga tamat belajar. Sekarang, si B tidak bekerja dan hanya duduk di rumah, berkurung main game dalam bilik.
Rutin si B masih sama macam dulu—perlu disuruh untuk makan, mandi, dan solat.
Bila dia nak sesuatu, bapak aku akan segera tunaikan. Kalau tidak, si B akan melenting dan bertindak di luar kawalan, contohnya sepak terajang dinding dan cari gaduh dengan kami adik-beradik.
Aku dan A sampaikan malas nak bertegur sapa dengan si B. Pantang ditegur, terus naik kaki main sepak terajang.
Kini, aku dan A tinggal berasingan (keluar dari rumah parents) demi menjaga mental health. Kami hanya datang sekali-sekala jenguk rumah parents.
Sekian,
– Cik Mayo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salah didikan, perangai seorang anak akan jd sgt teruk himgga boleh hancurkan masa depan & kehidupan si anak jgk. Klau x mengganggu kehidupan & perasaan adik beradik lain x ngapa jg kn. Tp of course, dh duduk serumah kn.. hadap je la. Yg plg teruk, anak yg trlampau dimanjakn begini, akan jadikan mak ayah ‘bank: dia, tempat hambur kemarahan di sampai satu maaa dia dh mati atau mak ayah yg ‘pergi dulu.
Punca narsisistik dan bipolar ni banyak salah mak bapak mendidik anak.Dari kecik selalu masuk belah anak,x tegur salah anak,menangkan anak kesayangan dlm smua situasi sampai luka hati anak2 lain yg patut dibela..
Bila membesar jadilah manusia yg perasan bagus,lebih bijak dr org walhal bkn cerdik pun cuma perasan…
Koala dah jmpa spesis ni dpn mata iaitu adik beradik sendiri.Hdp aku amat merana beb..dia di layan sgt special oleh mak koala walau dia salah pun tetap x ditegur maka jd la manusia besar kepala..x hormat org lain..biadap dgn koala sbg kakak..mkn hati sgt..harapkan mak masih hdp je.andai mak dah mati..koala akan bwk hakuan sendiri xnk peduli dah adik mcm ni..banyak ganggu mental koala.
Hukum alam tu ada..org mcm ni..1 hr nanti Allah akan temukan dia dgn org prngai sama mcm dia wktu tu tahu la buku bertemu ruas