Aku ada bipolar disorder ke?
Assalamualaikum dan hai..aku adalah salah seorang peminat IIUMC ni..pernah juga beberapa kali confess dekat sini. Ada yg diaccept, ada yg tidak..hehe..cuma aku harap admin tak reject confession aku ni…sebab aku perlukan bantuan.
Nak tanya korang..macammana ya nak pergi jumpa psikatri? Macammana eja pun aku tak tau. Haha. Bukan apa, aku takut kalau aku ada bipolar disorder. Sebab simptom yang aku baca, takde yang takde pada aku. Maksudnya, aku ada semua simptom-simptom tu. Aku nak jumpa doktor..nak mengesahkan yg betul tak aku ada benda tu. Hari demi hari aku rasa aku macam makin teruk. Effect nya dekat orang2 sekeliling.. Tolong aku..aku taknak jadi macamni…hmm
Sekarang ni aku dalam kebuntuan yang teramat. Sebelum ni aku ingat aku ada depression yg selalu org cakap tu. Tapi macam tak. Pastu aku fikir, aku ada OCD or obsessive compulsive disorder. Tapi macam tak juga. Lepastu aku terjumpa FB kementerian kesihatan tak..dorang post pasal bipolar disorder..masa aku baca aku macam ehh..aku ada semua ni. And aku mula buat research. Baca artikel-artikel, pengalaman-pengalaman orang, haa masa ni aku yakin..aku rasa aku memang ada benda ni. Sebab tu aku nak jumpa doktor. Tapi aku tak tau macammana.
Aku kesian dengan kawan-kawan aku yang selalu jadi mangsa. Aku selalu marah dorang. Yang paling aku selalu marah ialah kawan yang paling rapat dengan aku. Aku takut nanti dia taknak kawan aku lagi. Sebab perangai aku macamni. Aku sayang dia. Aku taknak berpisah dengan dia . Tapi aku tak boleh nak kawal rasa tu. Aku cepat rasa tersinggung, marah. Bila aku tak dapat nak tahan, aku akan buat something yang menyakitkan diri aku. Contoh, tumbuk dinding. Hentak kepala kat dinding. Or lukakan tangan sendiri. Baru aku puas. Aku terlampau emosi. Kadang-kadang sampai nangis jerit-jerit sorang diri. Bila aku happy pula, aku akan jadi terlampau-lampau happy. Apa-apa yang aku rasa, benda tu over. Semua benda yang ‘terlalu’. Susah aku nak explain macammana. Huhu.
Pernah juga aku taknak pergi kelas sebab nak orang cari aku. Aku tak contact orang. Aku nak diorang risau. Aku nak tau apa yang diorang rasa bila aku takde. Kisah ataupun tak. Kadang2 diorang tanya juga. Kenapa aku tak pergi kelas. Okay ke tak. Bila dapat mesej macamtu baru aku puas. Kadang2 aku cari pasal dengan orang, dan aku nak dorang minta maaf dulu..aku nak diorang rasa bersalah, walaupun ternyata aku yang salah. Aku tak tau kenapa aku buat macamni. Tak ada faedah pun. Tapi aku tak boleh nak kawal perasaan nih. Kadang-kadang benda yang tak ada apa-apa pun boleh gaduh tau, dan lepastu aku akan buat karangan mengungkit-ungkit benda yang lama. Aku tak suka buat orang macamni. Dan aku taknak buat macamni dekat orang. Tolong..bantu aku..Bukan aku nak benda tu datang. Perasaan ni tak dibuat-buat. Dia datang sendiri..
And aku orangnya sangat-sangat boros. Baru-baru ni aku beli handphone baru walaupun handphone yang sedia ada boleh pakai lagi sebenarnya. Aku belanja kawan walaupun aku tak ada duit sangat. Kau nak apa ambik je aku belanja. Nak makan apa cakap je. Mak aku kata aku berlagak kaya. Takkk…aku tak berlagak.. Cuma aku tak tau kenapa aku rasa macam duit tu tak ada apa-apa. Kadang-kadang aku naik grab or uber yang nilai biasanya rm7. Hari sibuk, high demand, harganya boleh naik sampai hampir rm20. Aku bayar je. Kawan-kawan cakap aku membazir. Memang, aku tau membazir. Tapi aku taktau kenapa walaupun aku sedih duit tak ada sangat tapi aku tetap bazirkan duit macamtu. Bukan aku berlagak kaya…tak korang.. Susah aku nak explain..
Pastu…aku selalu rasa nak bunuh diri. Selalu sangat-sangat. Kadang bila aku terlampau stress, aku akan ambik pisau, letak dekat bahagian nadi tangan kiri. Masa tu aku akan nangis-nangis, terasa macam ada suara yang paksa aku buat benda tu. And ada suara kata jangan. Last-last aku buang pisau tu. Kadang-kadang aku keluar kelas, pergi dekat tingkap dekat luar kelas dekat fakulti aku, nak terjun. Tapi sebab tingkap tu letaknya berdepan dengan tandas, aku selalu batalkan niat sebab orang asyik keluar masuk. Pernah juga aku nak terjun dari bumbung library universiti aku yang dipanggil CAIS. Tapi malangnya dekat situ tak boleh pergi. Terkunci. Dulu mungkin tak kunci sebab kawan aku pernah pergi. Mungkin atas faktor keselamatan..so pintu menuju ke situ dikunci kot. Kecewa aku. Belum lagi pasal perasaan rasa bersalah yang melampau dekat orang. Benda yang takde kaitan dengan aku pun aku cepat rasa bersalah. Sakit sangat bila ada perasaan tu.
Ini semua tanda2 bipolar. Tolong aku. Aku perlukan bantuan. Banyak lagi benda yang aku rasa sebenarnya tapi aku taknak cerita. Kalau cerita semua sampai esok tak habis. Haha. Aku nak buat apa? Aku buntu lah. Tolong aku korang…
– Insan yang lemah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit