Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession.
Aku perkenalkan nama samaran aku Mihan berusia 30an dan belum berkahwin. Aku seorang Bipolar Mood Disorder survivor. Aku menulis ni secara spontans dan agak berterabur sama seperti hidupku yang carca merba.
Background family aku baik nak kata alim sangat tu taklah, sederhana dari segi agama. Tapi aku ni ibarat Black Sheep of Family.
First aku nak cerita macam mana aku survive dengan Bipolar tu. Ak detected as Bipolar masa aku semester 2 kat universiti.
Aku gagal urus masa aku dengan baik disebabkan aku ada masaalah terlalu terliti dari segi kebersihan dan solat. Its good to be hyangiene but aku too much! sampaikan nak bersihkan lepas ke tandas aku amik masa sejam atau lebih.
Aku tak dapat tick point dimana aku harus berhenti dari membersihkan sesuatu. Meleret leret was was dari soal kebersihan sampai solat, tekan kalkulator dan imaginasi yang nonsences.
Contohnya aku rasa aku ada kuasa supernatural sampai bila apa yang aku makan Bawang Putih aku boleh ubah suhu dunia. Entah ape ape lagi benda pelik pelik yang aku fikir dulu.
Dan mesti kebanyakan orang cakap pesakit ni mungkin sebab aku jauh dengan tuhan. Untuk orang lain mungkinlah jugak.
Tapi bagi situasi aku, aku try my best untuk jadi hambaNYA, solat 5 waktu, tutup aurat, melabuhkan tudung, pakai stokin, qiamulaill.
Cuma aku sekarang tau kesilapan aku sebab aku terlalu berlebihan. Aku masa zaman sekolah seorang yang easyangoing person, happening, friendly dan ceria.
Dan pergaulan aku nak kata sosial tu taklah. Tapi lebih selesa berkawan dengan boys. Aku couple pun bukan buat yang bukan bukan. Cuma masa sekolah aku suka pakai simple macam remaja kebanyakan.
First sampai universiti aku tengok kakak senior fasilitator yang pakai tudung labuh nampak tenang je. Hari kedua orientasi aku follow terus labuhkan tudung aku. Haha kiranya aku culture shock sikit.
Memanglah perubahan tu bagus tapi macam terlalu drastik!. So it led to kecelaruan diri. Internal tak sama macam luaran. Itu yang aku dapat simpulkan tentang jiwa aku masa tu.
Masa aku terlalu obses dan drastik berubah tu, aku jumpa jugak kaunsellor universiti tentang masaalah aku. By the way kaunsellor tu cantik macam model zaman study dia belajar Psikologi kat California. (hehe saje nak gitau)
Dia cakap masaalah aku tu istilahnya Obsessive Compulsive Disorder(ocd) dan atas nasihat pihak universiti aku diberi ‘”Study leave” selama satu sem. Family aku bawa aku ikhtiar berubat secara tradisional. Banyak tempat diorang bawak pusing satu malaysia.
Aduhh panjang nya nak cerita. End up aku undur diri dari universiti sebab aku memang dah macam dah putus wayar kat otak aku. Masatu dah macam tak de harapan lagi then family aku jemput dari universiti bawa balik ke kampung.
Sedih wey!kawan kawan hantar aku kat kereta abang aku dan aku hanya terpinga pinga nak dibawa ke mana. Sampai rumah kat kampung macam macam benda pelik aku buat.
Malas ahh nak cite sebab sangat tak masuk akal.
Okay, honestly jalan terakhir family aku bawak aku jumpa Doktor Psikatri. Aku macam tulah, meracau dengan doktor, lawan cakap doktor tak boleh terima hakikat aku tak habiskan study aku. Kecoh satu bilik doktor tu.
Doktor tu layan kan je ape yang merepek repek aku cakap. End up aku masuk ward Tanjung Rambutan. Kat sana aku tempuh hari hari baru yang sangat asing. Macam kandang Kucing pun ada.
Semua pesakit kat sana dok dalam dorm besar dan dari pelbagai tahap mental condition. Aku kat sana ada kakak kakak layan aku macam puteri sebab aku rajin sembang.
Ada yang dandan rambut aku. Ada sorang cute chinese girl tu sembang pasal minat kami yang sama iaitu pasal Putera Harry dan pasal PMR dia straight A’s. Tapi admit sebagai pesakit kat situ.
Ada sorang sister chinese tu jugak bekas accountant. Aku tanya, macam mana boleh masuk situ. Dia cakap dia ada dengar suara di telinga dia suruh pasal agama.
Ada sorang MakCik tu tua dalam 70 an, dia kencing dalam seluar. Masa tu aku sedih, fikir mana anak anak dia tinggalkan mak dia kat tempat tu. Ada sorang Makcik lagi dia bergaduh dengan pesakit lain menangis, aku pujuk dia tendang perut aku. Aduhhh Makcik!
Ada sorang tu Gadis India bekas Model sambilan. Dia datang dari broken family. Mak dia selalu marah dia dan pukul dia. Indian girl ni memang cantikla. Ada sorang lagi tu suka kacau patient lain. Tapi dengan aku dia takde kacau pun.
Dan aku agak samseng kat situ sebab aku macam kaklong kawasan hahaha. Aku once ada ugut letak stepler kat nadi lengan aku pada pegawai yang jaga sampai akhirnya aku kena ikat tangan kiri kanan kaki kiri kanan terlentang.
Ada staff kat situ tonyoh tonyoh muka aku dengan bantal sial!kene suntik ubat penenang padahal aku bukan agresif pun. Bodoh tul.
Seminggu aku kat sangkar tu aku hari hari tengok langit doa kat Allah supaya aku cepat keluar dari situ.
Bila turn aku jumpa kat Doktor tu aku behave elok elok dari segi percakapan dan tingkah laku supaya aku dapat keluar dari situ…. panjangnya nak citee..
Akhirnya Doktor dah dapat priscript ubat yang sesuai dengan aku iaitu Clopixol injection which kena amik setiap sebulan. Start dari situ, aku dah sikit sikit recover.
Aku built life aku dari mula, so first thing first aku sambung blaja kat IPTA yang dekat dengan family aku. Aku berjaya habis Diploma dan Degree aku setelah semua pengorbanan family dan aku sendiri.
Ada jugak rakan atau orang lain persoalkan kenapa aku dah berusia sambung blaja, lebih baik kerja dapat duit. Hmm, setiap orang ada their own desire dan impian.
So, lastly aku nak bagi nasihat kot ada lihat kawan kawan yang ada masaalah jiwa dan seangkatan dengannya, ikhtiar sampai sembuh.
Ingat, dunia ni satu perjalanan. Aku stop aku punya cerita kat sini. Maaf kalau penulisan aku carca marba.. hihi kalau ikutkan banyak lagi nak share tapi panjang nanti.
– Mihan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit