Biras aku ni suka bersaing dengan aku. Aku biasa je. Mula-mula aku ignore jer tapi bila diam makin melampau plak.
Puncanya dia ajak jemaah lain membenci aku dan suka sangat sabotaj kehidupan aku. So aku decide untuk confront dia. Macam biasa dia takkan mengaku dan play victim.
Aku dijadikan bahan tohmahan dia. Macam biasa kita dilabel suka cari pasal dengan orang, berlagak bila kita confront manusia macam ni.
Kalau diam makin menjadi pula.
Contoh, aku further study epjj degree. Niat aku nak sarung jubah degree dan upgrade kerjaya aku. Itu impian aku, takde niat pun nak bersaing dengan siapa-siapa.
Dapat certificate tu macam satu kepuasan. Tapi biras sabotaj aku. Dia buat sampai mil aku mula benci aku. Bila aku ada class sebulan wks 1, wks 3 sabtu ahad.
Masa aku ada class dia gatal buat family gathering, pi makan-makan, pi waterpark, pi picnic, pi shopping baju raya, kenduri yasinan, mestilah tanpa kehadiran aku sebab ada class sabtu ahad pagi sampai petang.
Jadual kelas aku dah share kat group family takkan laa depa tak tau kan??
Sekali dua, mil aku okay bila aku tak join, tapi bila lama-lama bengkak hati dia. MIL Siap sound aku kata, biras aku tu pun bijak pandai ada diploma tapi event keluarga tak pernah missed!
Kau jangan sombong sangat tak bercampur orang. Aku macam what??? Ini mesti ada angin yang goyangkan pokok. Tiber jer ni dah kenapa???
Aku tak mengadu kat suami sebab nanti aku kena marah balik. So bila aku balik kampung, sebelum nak tuduh melulu kena ada collect evidence.
Aku beli camera kecik yang guna sdcard aku letak kat celah-celah tin milo kat dapur kawasan aktiviti membawang.
Memang sah, biras aku punya kerja, macam-macam dia kutuk ya, kata aku tak suka balik kampung, menantu derhaka, berlagak sombong.
So apa aku buat, aku post kat group family. Aku tuntut penjelasan daripada dia. Dah ada bukti pun berani kona baring minah ni.
Aku cakap dah ada bukti pun nak play victim, kalau tak suka aku cakap terang-terang.
Settle. Minta maaf pun tak. Mil aku back up menantu kesayangan dia. Aku cakap fikirlah sendiri bukan aku buat cerita, dah ada bukti.
Menangislah biras aku dari neraka tu. Tagih simpati.
Suami aku mula-mula speechless, lepas tu dia ajak aku balik rumah sebab dia marah kan kak ipar dia tu. Tahan diri. Suami aku cakap sorry dia tak tahu jadi macam ni.
Dia cakap bila saudara mara tanya aku mana, tak balik kampung ke suami jawab aku ada class.
Dia pun akui rimas nak kena explain kat semua orang. Sebab orang suka buat andaian masing-masing. Aku cakap takpelah at least suami back up aku.
Aku ada join dropship bagi menambah income. Dapatlah cover sikit duit yuran. Dah dia jual juga barang yang sama.
Bila balik kampung suami aku menjual la kat orang kampung sana, dah dia caras pelanggan aku. Tapi rezeki aku ada tempat lain. No worries.
Dua tahun lepas aku dah graduate, setahun lepas tu dapat job offer yang lebih baik. Alhamdulillah rezeki.
Biras aku pun ada cuba nak belajar sambil bekerja tapi dia tak berapa kental semester dua dah bungkuih.
Baru dia tau ingat senang ke keja sambil belajar dengan ada komitmen keluarga ni. Aku takde doa yang tak baik. Aku hidup macam biasa je.
Tu je la nak luahkan, kalau nak cerita kejadian lain kang melalut-lalut.
Sekian terima kasih.
– Bukan siapa-siapa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit