Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada pihak IIUM Confessions sebab sudi siarkan artikel ni.
Sebelum aku mulakan cerita, elok aku kenalkan diri. Nama aku Natrah (bukan nama sebenar). Aku telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Suami aku sangat menyayangi aku dan anak-anak aku.
Boleh dikatakan apa sahaja yang aku minta, kalau dia mampu pasti diturutkan. Suami aku mempunyai seorang abang, adik perempuan and ibu.
Ayah mertua aku dah lama meninggal dunia. Aku memang tak sempat nak kenal ngan ayah mertua aku. Mak mertua aku pun baik. So far kami dah kahwin 5 tahun, aku tak pernah lagi terasa hati apa-apa.
Yang aku nak cerita adalah pasal biras aku. Yang sangat banyak menyakiti hati kami dengan perbuatan dia.
Lebih kepada meluat dan amat menjengkelkan. Dia dan suaminya merangkap abg ipar aku. Tapi aku lebih menyampah dengan dia.
Pernah dengar tak orang kata, suami adalah cerminan isteri. Eh ke terbalik.
Biras aku biar aku namakan sebagai Aleya. Dia ni seorang yang wanita berpurdah. Boleh jugak nak dikatakan ramai followers. IG and FB dia memang ada dalam 8-9K followers. Aku pun tak paham asal orang follow dia.
Tapi aku sedar, orang follow sebab dia memainkan watak wanita muslimah yang chill, sempoi dan baik agamanya. Phuiii. Realitinya, hanya kami yang tahu.
Mesti korang terfikir apa lah yang menjengkelkan sangat yang aku sakit hati. Lama dah aku pendam.
Biras aku ni kan. Anak dia 6 orang dan rapat-rapat. Setiap kali balik kampung mertua di Ijok, dia kan duduk terperuk dalam bilik main hp.
Dia memang sangat addict ngan phone. Sebab tu dia selalu buat content and ramai followers. Kalau balik rumah mak mertua, tak pernah nak tolong.
I mean, sangat jarang aku rasa boleh bilang dengan jari kot. Sebelah tangan pun tak sampai. Setiap kali wey.
Kau bayangkan yang nak makan tu anak kau yang 6 orang gak. Mak mertua aku dah tua. Mana lah larat sangat. So aku lah membanting tulang kena tolong.
Dia buat apa? Kat bilik main phone atau duduk ruang tamu tengok TV ngan laki dia. Laki dia? Takut bini. Langsung tak tegur. Panas hati wey.
Bayangkan, time raya, time kami buat majlis makan2 semua pun sama. Dia langsung takde rasa simpati nak tolong. Padahal imej berpurdah. Hati dia memang kering. Dia selfish gila!
Tahu tak kenapa aku kata dia selfish. Setiap kali dia keluar kan, contohnya dia beli starbucks. Dia akan beli untuk dia sorang then bawak balik minum depan kitorang. Bukan tu je lah banyak benda lagi. Langsung takde nak pelawa.
Ok tu malas nak amik port sangat walaupun awal2 dulu aku cultural shock tengok dia. Bayangkan kalau dia beli choc atau mainan, dia akan beli untuk anak2 dia je. Pastu nanti anak aku merengek nak gak.
Yelah budak kan. Aku kalau beli tak pernah lupa anak2 buah aku padahal dorang lima kot. Memang terasa lah.
Lagi perangai dia kan. Dia suka keluar dating berdua ngan husband dia tinggal anak2 6 orang kat rumah setiap kali balik rumah mertua.
Bayangkan if kitorang balik mestilah nak bawa mak mertua beli barang keperluan rumah atau bawak makan luar. Then kena lah bawak anak2 dia kan.
Yang tu tak kisah lagi in fact aku happy dapat belaja anak2 buah aku sebab anak2 aku pun memang suka bila dorang ada. Tapi yang mengjengkelkan, dorang akan marah kalau dia tahu kitorang bwk anak2 dia keluar.
Habis tuh, kau tinggal anak2 kau ingat kitorang balachi ke. pastu kau pergi berdongdang sayang ngan laki kau kat luar. Alasan dia apa taw, takut jadi apa2 kat anak2 dia. Seriously??!!!
Raya baru ni bila ikut beraya rumah sedara-mara belah mertua. Dok sorang2 tak bercakap. Ngadap phone. Seriouslah kau ni. Beraya nak rapatkan silaturrahim.
Dia sangat ignorance and selfish. Aku tengok posting dia kat social media dengan perangai sebenar sangat lah contradict.
Kadang nak je komen supaya satu dunia tahu perangai dia. Dengan pukul anak. Biar anak umur 8 tahun gosok baju sendiri. Neglect pasal anak.
Kadang aku rasa dia ni nak hidup ngan laki dia je kot. Kat FB konon cam sayang anak sangat. Padahal realiti?? Anak kurus kering makan tak jaga.
Aku memang meluat. Selagi aku boleh elak, aku memang nak elak jumpa. Cuba share kalau korang jadi aku, apa korang buat. Ke aku yang jealous. Please korang advice.
– Natrah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit