Biras Yang Gedik

Assalamualaikum & hi semua.

Aku nak cerita pasal kakak aku. Sebenarnya kakak ipar. Isteri kepada abang aku. Dorang kahwin dah 10 tahun. Anak sorang. Aku sayang je kat kakak ni, kita panggil dia “akak” ye. Kat anak buah pun aku sayang sangat.

Abang aku ni bermasalah. Perangai pun macam syaiton bila dengan bini. (Bukan la sepanjang masa.. Ada la pasang surutnya) Dengan aku dia ok je. Tapi aku tahu je segala masalah rumahtangga dia. Macam mana aku tahu?

Takda rahsia pun, si akak ni cerita ja kat family kami. Kat mak aku pun selalu akak mengadu kat whatsapp macam2. Kat status fb akak ni selalu up yang membuatkan semua orang pun tahu je dia ada masalah rumahtangga.

Bukan mak ayah aku tak tegur abang aku tu. Dah berbuih mulut dah. Macam-macam air penawar dah. Dan aku, walaupun tu abang kandung aku, tak pernah pun aku back up abang aku.

Aku selalu menyebelahi akak. Simpati sangat dengan nasib akak sebab dapat suami macam abang aku tu. Huhuuu…

Akak ni bagus je dalam keluarga kami. Balik rumah mak, dia selalu masak. Tak pernah berkira bawak macam2 makanan macam sayur, buah. Akak ramai adik-beradik. 10 orang kot. So memang dah biasa hidup dalam keluarga besar.

Kami adik beradik, tak la seramai tu. Dan walaupun kami kamceng ja sesama adik beradik, kami masih hormat privacy masing-masing. Jenis aku, lebih rapat dengan abang berbanding kakak. Jadi kalau melawak kasar dengan lelaki tu aku no hal la.

Dengan perempuan, aku lebih selesa jaga tutur kata dan jaga hati sebab perempuan kan sensitif sikit. Apa pun, aku tak suka provoke sapa2 pun dalam dunia ni, baik lelaki mahu pun perempuan.

Ok apa yang aku nak cerita. Dulu husband aku kerja jauh so jarang la balik kampung belah aku. Kiranya dulu kami pjj la. Sekarang dah balik duduk sini, so agak kerap la sikit balik kampung aku. Husband aku ni jenis bapak yang penyayang. Suka layan anak-anak.

So ada sekali ni, si akak tu (dia biras la dengan my husband..paham kan) puji melambung-lambung my husband.

Katakan la husband aku nama Z. Dia puji2 la kata Z ni bagus, layan anak2. Masa tu aku just cakap alhamdulillah dan anggap dia nak perli suami dia sendiri la yang selalu marah anak.

Jauh di sudut hati ni meluat la jugak dengar. Sebab melampau sangat pujian tu, macam kagum sangat. Dan sebagai isteri, aku ja tahu apa kekurangan suami aku. Suami dia sendiri bukan main lagi keji, suami orang puji sakan. Tapi aku buat bodoh je la, nak buat apa kan.

Dulu akak ni pernah je dok up status konon minat kat seseorang. Entah la mungkin dia tengah cakap pasal perempuan, tapi ayat tu macam tengah in love dengan lelaki.

Aku fikir dia saja buat macam tu sebab nak sakitkan hati abang aku. Aku baca je takda komen apa2. Tapi tak manis la, status2 dia tu semua mak aku boleh baca kot.

Sekarang dia macam nak buat macam dia suka husband aku pulak. So memang aku terasa la. Husband aku kot.

Waktu lain pun, bila kami balik, aku perasan je akak ni akan cuba cakap personal dengan Z. Aku malas nak ambil tahu sangat, sebab bila aku dekat je dia diam. Tapi aku yakin dia tengah mengadu masalah rumah tangga dia. Dan yeah, aku buat bodoh jugak.

Then ada satu hari ni kami buat makan2. Kena bakar sate dan sebagainya. Tempat letak makanan tu jauh sikit dari rumah, kiranya apa yang dibuat kat situ, kami dalam rumah takkan nampak la.

Anak aku yang girl ni manja bapak dia sikit.. aku pulak sibuk kat dapur. So anak aku ni merengek la nak bapak dia. Aku cari Z tak jumpa. Aku pun naik la kat tempat letak makanan sana tu.

Tengok2 si akak ni tengah bersembang dengan Z. Bila aku datang, dorang diam, seolah-olah aku ganggu la. Aku bagitau la anak cari Z. Yang membuatkan aku terasa giler, Z tak nak ikut aku weiii.. Dia macam nak jaga hati akak la cara tu. Sampai hati.

Dua tiga kali aku ajak dia turun, sebenarnya aku nak dia lepaskan diri daripada dengar cerita akak yang tak pernah habis tu. Tapi tak bersambut. Dia bagi alasan nak jaga makanan, takut kucing kacau. Perlu ke dua orang jaga makanan?

Kejadian tu memang buat aku terasa giler. Setiap kali teringat dorang dok berdua-duaan, aku nangis. Yeah dorang sembang je takda buat apa pun.

Tapi perlu ke sembang kat tempat yang tak berapa cerah tu? Masa tu malam k. Aku ambik masa nak move on dari rasa sakit hati dengan perbuatan dorang.

One day, aku cakap terus-terang dengan Z. Aku tak suka dia buat macam tu. Dia menjawab, tak mengaku salah. Dia kata kan ada anak kami yang sulung. Masa tu anak sulung aku 4 tahun kot. So tak dikira berdua-duaan la. Kepala b@pak dia. Eh tak pasal2 pak mertua aku pun terlibat.

Aku pendam benda ni dari family, sebab aku rasa mesti dorang anggap aku yang lebih-lebih cemburu (korang pun sama kan?) Bagi dorang, kita kan dah jadi family.. biasa la tu sembang2.

Aku tak kesah nak bersembang, tapi perlu ke berdua dan senyap setiap kali aku ada? Penting sangat ke nak sembang dengan biras lain jantina berdua?

Jap, to make it clear. Aku pun selalu je sembang dengan akak tu. Rahsia rumahtangga pun aku tahu je walaupun tak semua. So nak kata akak ni tak selesa dengan aku, macam mustahil. Cuma dia nak jugak cari husband aku untuk cakap. Luah dan cerita masalah dia.

Husband aku ni, jenis dengar je. Tak jawab apa pun. Tapi bila bincang dengan aku tentang rumahtangga akak, sebenarnya husband aku lagi banyak menangkan abang aku (dia menangkan kaum Adam).

Berbeza dengan aku yang selalu rasa abang aku banyak buat silap sebagai ketua keluarga. Tapi depan akak, dia tak pernah cakap apa. So akak ni selesa la luah macam2 kat Z tu, padahal Z bukan setuju pun dengan dia.

Sebenarnya banyak lagi ayat2 dan perbuatan si akak ni yang macam sengaja nak sakitkan hati aku. Aku tak tahu la kot aku ada buat salah silap ke.

Tapi caranya, dia akan guna Z untuk buat aku sakit hati. Kadang2 benda yang simple je, benda yang boleh cakap direct dengan aku, tapi dia pilih untuk cakap dengan Z.

Selalu aku sakit hati, tapi depan dia aku buat bodoh je macam biasa. Tapi kadang2 aku tak tahan, aku bangun tahajud cerita kat Tuhan.

Ada sekali tu kami p kenduri keluarga akak. Aku dan Z makan gilir-gilir. Z makan dulu. Lepastu aku bangun la p ambik nasik. Masa tu akak ada, so aku tegur la akak..”akak baru makan ke?” dia tak jawab apa2.

Aku husnuzon mungkin dia tak dengar. Kami ambik lauk sama2. Akak tak cakap dengan aku sepatah pun. Aku tak kisah sebab fokus nak ambik gulai daging. Ahahaha

Pastu aku letak pinggan kat meja, p la basuh tangan. Dalam tempoh aku basuh tangan tu, tiba-tiba akak datang kat Z cakap sesuatu.

Kiranya time aku sampai meja tu, akak cepat2 blah. Aku meluat tapi malas nak tanya apa. Lantak hang la. Pastu Z yang bagitau kata akak suruh ambik lauk bawak balik.

Yelah, memang suruh ambik lauk tu tak boleh cakap dengan aku. Wajib cakap dengan Z. tapi macam biasa la, aku buat bodoh je.

Yang buat aku trigger nak send confession ni, baru-baru ni aku balik kampung. Masa tu time makan malam. Z sibuk uruskan anak-anak. Anak aku kurang sihat, jadi merengek lebih la.

So Z pun masakkan mi segera untuk anak aku. Masa tu aku tengah makan kat meja makan, ramai-ramai la..ada mak & kakak ipar yang lain.

Masa tu akak ni dah puji-puji Z. Bagus la Z layan anak-anak. Akak duduk je tengok kami makan. Aku ni fikir nak makan cepat-cepat sebab nak jaga baby pulak. So tak makan la serentak dengan Z. Kira kami makan gilir-gilir la.

Oleh kerana akak ni duduk je tengok kami makan, aku berkali-kali jemput akak makan sama2. Tapi dia tak nak. So takpe la, aku makan je la.

Lepas Z siap masakkan mi segera kat anak, kami semua faham yang Z akan makan nasik pulak. Masa tu cepat-cepat si akak ni ambik pinggan & nasik, duduk di meja makan. Padahal kami semua dah siap makan, Z sorang je yang tak makan lagi.

So nak tak nak Z pun akan makan dengan dia la. Aku taip ni pun masih sakit hati.

Mula-mula aku fikir, Z akan ambik lauk kat meja makan, dan makan dengan anak-anak. Tapi tak. Dia duduk kat meja makan tu dengan akak. Aku dah siap makan, so apa function aku kat meja makan tu? Dan aku memang niat nak layan baby pulak. Huhu..

Aku lalu belakang Z, saja aku cuit sikit belakang dia. Moga dia paham hint yang aku bagi. Tapi dia buat bodoh je. Sakitnya hati aku. Last baby aku biar mak ayah jaga, aku p ambik wuduk, solat sambil nangis. Dorang makan berdua kat meja makan.

Ye mak ayah aku ada je dekat-dekat situ. Tapi perlu ke? Perlu ke?

Aku tahu akak ni sengaja nak sakitkan hati aku. Sebab dia memang jenis macam tu. Dia sendiri gelar diri dia menantu hantu. Nak kata akak bodoh, tak dia tak bodoh. Dia lepasan degree beb. Takkan bab ikhtilat tak faham.

Aku frust sangat akak buat macam tu kat aku. Tapi frust aku berganda 10000 kali sebab Z pun suka melayan. Walaupun aku dah bagitau aku tak suka dia layan lebih2 si akak ni. Nabi saw sendiri cakap, ipar itu maut. Ni kan pulak biras.

Dengan abang aku yang lain (ipar kepada akak) takda pulak dia suka dok berdua macam tu. Sembang biasa ja. Takda pun tunggu abang lain nak makan baru dia pun cepat-cepat ambik nasik. Takda.

Aku ni selalu kesian kat akak. Selalu simpati dengan nasib dia. Tapi dia selalu buat macam ni. Ni baru sikit tau, banyak lagi yang aku tak cerita.

Aku rasa macam kena buli pun ada, memandangkan aku selalu buat bodoh. Aku saja taknak cakap apa2 sebab taknak putuskan silaturrahim. Aku jarang nak kata kat orang, tapi sekali aku kata ayat aku pedas2. Tapi bila aku diam, dia buat aku macam ni.

Mungkin bagi korang benda ni takda apa pun. Aku je yang overthinking. Tapi kesan daripada benda ni, aku asyik nangis. Aku nangis setiap kali solat, setiap kali ngaji. Setiap malam sebelum tidur. Setiap kali teringat. Aku tumbuk dinding sebab geram sangat. Aku tahu aku bodoh.

Bab akak tu lantak dia la, memang dia sengaja buat macam tu. Tapi yang aku geram si Z ni. Aku geram sangat. Berkali-kali aku fikir nak mintak cerai. Sebab kalau dia sayang kat aku, dia takkan buat benda yang aku tak suka.

Ya, aku tak suka dia layan si akak tu.

Kalau orang lain takpa. Sebab orang lain tak gedik.

Tapi takkan nak mintak cerai sebab ni.. huuuu dah la anak2 semua manja dengan bapak.

Ikut hati aku nak terajang ja Z ni 50 kali. Sebab suka melayan. Seronok la akak tu pun.

Ada tak tips ke doa ke untuk aku move on? Hati aku sakit.

– Minah senget (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit