Hangat aih isu maki kat kaunter. Pihak ni kata pihak tu, sama-sama tunding jari dan macam biasa netizen jadi juri. Zaman sosial media ni, semuanya di hujung jari.
Tak rajin nak ulas panjang lebar, cuma nak bagitau. Tak puas hati dengan kakitangan awam, kalau rasa diri jenis malu nak maki guna la saluran yang betul. Boleh adukan pada Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau) melalui aplikasi Rakyat Responz, laman web (www.pcb.gov.my), emel, surat, hadir ke pejabat BPA dan pelbagai cara lagi.
Boleh rujuk carta alir penerimaan aduan. Nak cepat boleh pakai laman web/emel. Terus lompat pi ke ‘Keputusan Ketua Pengarah’, kan senang. Tak payah pening kepala nak isi duit minyak pergi pejabat BPA mengadu. Kalau tak tahu buat ayat, boleh hubungi aku. Caj perkhidmatan akan dikenakan hahahaha
Nasihat aku, sediakan semua maklumat penting dan terperinci supaya memudahkan pihak BPA dalam menjalankan kerja diaorang. Hati pun kena kental juga, hang nak tuduh orang biar bukti semua cukup. Jangan main petik bulan bintang dah la.
Jangan risau, ikut pada pengalaman aku yang masih panas lagi ceritanya, setakat ni pihak BPA sepantas kilat memberi maklum balas. Cekap, efisien, amanah dan berkecuali. Komunikasi diaorang dengan orang awam pun terbaik. Macam aku cakap tadi, semua maklumat yang kita nak bagi perlu lah cukup.
Selain kerja nak buat aduan jer, mana kakitangan awam yang buat kerja bagus dan amanah kita rajin-rajinkan lah diri bagi penghargaan dekat diaorang. Bukan aku suruh bagi gula-gula yer, cukup kita tulis penghargaan untuk diaorang melalui aplikasi Rakyat Responz tadi. Kot asbab kita punya penghargaan tu, memudahkan kenaikan gaji dan pangkat dia kan. Moga menjadi pemangkin untuk dia bekerja lebih cemerlang. Dia dah mudahkan kerja kita, kita pun sama2 la mudahkan hidup dia. Gituu..
Terima kasih aku ucapkan pada pegawai BPA Puan H yang banyak membantu dan tak lokek memberi penerangan dan maklumat. Moga segala jasa Puan dalam memudahkan aduan saya menjadi pemudah pula dalam hidup Puan.
Sekadar pengalaman. Aku tak dibayar pun nak promote BPA ni. Mana yang baik kita war-warkan, supaya yang lain pun boleh dapat manfaat. Sekian…
– Kaki Adu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit