Birthday Terakhir Mama

Aku Ana. Sejujurnya aku rindu sangat dengan arwah Mama. Hari ni, 17/7. Hari ni adalah hari lahir arwah Mama. Cakap pasal tarikh ni, aku nak buat satu perkongsian about arwah Mama.

Mama aku dulu kan masa dia hidup, masa tu aku umur dalam 8 tahun, adik aku pulak yang kembar tu usia 5 tahun, Mamakan… Dia start kerja keras tau. Orang lain mungkin tak nampak tu, tapi aku as anak sulung dia, aku akui usaha Mama memang super.

Mama aku ni dia belajar tinggi, tapi after dia kahwin dengan Papa, dia banyak lepaskan banyak peluang like career dia sebabkan anak-anak.

Aku bukan nak cakap Papa aku tak ada effort ke teruk, tapi Papa aku ni dia selalu busy dengan kerja, kawan-kawan dia, main bola, aktiviti persatuan macam tu.

Jujur cakap as anak, aku terasa ya. Bayangkan masa umur aku 5 tahun macam tu lah, Mama and Papa hantar aku masuk taska. Lepas tu setiap bulan kan… Ada jer kawan-kawan yang sambung birthday kat taska.

So parents diorang datang taska and celebrate sama-sama siap bawak kek, hadiah, and macam-macam lah. Birthday aku bulan 8, and dalam bulan tu ada aku and dua orang lagi budak yang sambut birthday sama.

Seminggu sebelum birthday aku tu aku adalah cakap kat Mama and Papa pasal birthday and celebration kat taska. Mama aku jer yang dengar. Papa aku sibuk dengan tengok bola kat tv. Aku ingat dia dengar, rupanya tak.

Masa hari birthday aku tu pulak, masa tu dalam waktu subuh macam tu, aku pergi dapur sebab aku dengar bunyi macam Mama tengah masak. Then aku tengok Mama tengah sibuk bake and masak makanan untuk bawa ke taska.

Aku ingat lagi masa tu Papa datang dapur and cakap macam ni, “buat apa masak banyak-banyak? Membazir tu. Ingat gaji abang ni besar sangat ke?”. Terus aku tengok air muka Mama berubah.

Bila Papa dah pergi, aku tanya Mama why Papa cakap macam tu. Then Mama cuba cover apa yang Papa cakap tu. So that aku tak lah terasa sangat.

Then masa hari kejadian, aku nampak Mama jer datang. Dia bukan naik kereta sebab Mama tak ada lesen pun, dia naik motor. Dia naik motor dengan penuh bakul and padle motor tu dia sangkut bungkusan jajan untuk bagi kat kawan-kawan.

Walaupun Mama bake sendiri kek tu and tak secantik kek birthday celebration kawan-kawan yang lain, and Mama just masak nasi goreng and bihun goreng serta bawak jajan apa semua, aku still bersyukur sebab ada Mama yang celebrate birthday aku.

Aku tak ingat sangat about birthday celebration masa umur 5 tahun ke bawah, banyak makan semut mungkin. Then masa birthday adik-adik aku pun Mama buat yang sama. Semua bake and masak sendiri, tak adanya dia beli.

Start umur aku 8 tahun, Mama start ikut mak su aku berniaga. Kalau Mama ikut maksud, kami bertiga pun gatal-gatal nak ikut. Warung maksu berniaga tu tak jauh dari rumah and tadika aku. So after Mama ambik aku dari tadika, dia terus ke warung maksu.

Duit upah apa semua Mama simpan and dia buat simpanan untuk kami tiga beradik. Then aku ingat masa umur aku 15 tahun. Aku nak buka PMR masa tu, tapi buku tu satu jer dah dekat 10-15 ringgit. Masa aku mintak tu sebenarnya lepas adik-adik aku mintak kasut baru.

Diorang mintak dekat Papa directly, tapi Papa kata pakai jer yang mana boleh pakai. Then masa aku mintak buku PMR tu tiba-tiba Papa naik angin. Yelah bulan yang sama aku mintak dia bayar duit untuk aku ambik tuisyen. So terbatal niat aku untuk teruskan bodek ke apa.

Lusanya aku dengan adik-adik dapat apa yang kita orang nak kan. Mama yang bagi tapi dia kata tu guna duit Papa bagi. Automatik aku happy lah sebab aku ingat Papa tak care pasal aku and adik-adik.

Sekali bila aku borak ngan Papa and cakap thanks apa semua, Papa macam pelik. Kat situlah aku tahu yang tu sebenarnya duit Mama.

Then benda sama repeat and repeat again. No kata maaf dari Papa. Dan sepanjang aku membesar, birthday Mama ke anniversary ke semua tak pernah sambut kecuali bila aku dah start kerja after SPM sebab time tu jer aku ada duit yang aku usahakan sendiri.

Papa memang tak pernah wish birthday Mama ya dari aku kecik sampai aku besar. Masa aku masuk Uni pulak Mama bagi duit simpanan tabung aku untuk aku guna.

Setiap bulan Mama bank in sebab after kerja dengan Mak Su sampai bisness Mak Su kembang, Mama start buat bisness dia sendiri pulak.

Now dah setahun Mama tak ada dengan kami 3 beradik. Nak kata Papa berubah… Hmmm entahlah. 2 bulan lepas Papa decide kahwin dengan janda anak dua.

Yang pelik birthday anak-anak janda tu and janda tu dia celebrate. Kenapa masa Mama ada dia tak celebrate? Kenapa masa kami kecik dia tak buat macam tu?

Sekarangkan… Aku and adik-adik plan nak pindah rumah. Tak nak dah duduk dengan Papa and Mak Tiri aku. Birthday Papa pun kami stop wish or celebrate.

Bukan terasa hati, tapi bagi aku memang patut pun. Dia tak hargai kami and arwah Mama. So why kita orang nak hargai dia kan? Lagi pun dia dah ada family baru.

Kita orang memang sangat-sangat penat ye untuk ingat semua ni. Dah lah kubur Mama, Papa jarang nak ziarah kononnya sibuk. Haiiishhh, dosa apalah Mama buat sampai Papa macam tu? Then, sanggup ye Papa buat macam tu.

Korang rasakan patut ke aku terus “buang” Papa? Kadang kesian jugak, tapi dia yang pilih untuk jadi macam tu. Tak perang letak effort untuk fix relation anak beranak dia.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. ‘Mama’ ialah jambatan/bridge antara anak2 dgn ayahnya, apabila seorang ayah tidak membina ‘hubungan’ anak-ayah dgn baik. Once bila jambatan tu telah tiada, anak2 & ayah ..hilang arah tuju, & masing2 akan mencari kebahagiaan masing2 diluar. Ituyang berlaku dlm keluarga Ana. Lagilah Ana & adik beradik akan rasa jauh diri pabila si ayah berkahwin baru.. seolah2 ayah tidak memikirkan perasaan Ana & adik beradik Ana. Sis faham situasi Ana. Sis doakan Ana & adik beradik sabar menempuh ujian ini..

  2. btl, setuju komen atas ni.. layan anak mcm musuh.. xpelah, ana duduk lah jaga adik2 elok2.. bahagia tu milik korg bila korg bersama.. mama mesti happy kt syurga sbb anak2 dia baik2, dia pun sehabis baik utk family dia.. semoga ana, adik2 dan mama bersama di syurga nnt..

    bab ayah tu abaikan je, dh ade mak tiri n adik2 yg hargai dia kannnnnnnnnnnn.. buat biasa2 je, esk tua mula lah berbunyi tu nnt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *