Assalamualaikum semua pembaca. Terima kasih sekiranya confession ni disiarkan. Nama aku Rose Mawar (of kos bukan nama sebenar), seorang kaki tangan awam, usia lewat 30an, berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang telah meningkat remaja.
Seperti tajuk di atas, birthday aku baru berlalu minggu lepas tanpa aku meraikan ya, notification birthday pun aku off di fb. Betapa aku tak suka orang wish birthday untuk aku. Sejak bila?
Aku tanya, aku jawab, sejak aku tau yang aku hanyalah anak angkat kepada ma dan abah. Aku mempunyai 2 orang abang. Abang sulung beza umur 19 tahun lebih tua dari aku, abang ke2 beza umur 15 tahun lebih tua dari aku.
Aku tak pernah tahu yang aku anak angkat kerana ma dan abah melayani aku sama seperti abang-abang ku, tak kurang sedikit pun, malah berlebihan lagi kerana abah kata aku anak perempuannya seorang dan anak bongsunya.
Abang-abang aku pun melayani aku dengan sangat baik sehingga aku tak sangka aku hanyalah anak angkat. Lagi pun surat beranak juga tertulis nama ma dan abah sebagai nama Ibu dan Bapa. Aku tak curiga sikit pun.
Waktu aku masih kanak-kanak, aku cukup tak suka bila ada seorang makcik datang ke rumah aku. Makcik tu selalu hulurkan aku duit yang banyak (RM50-RM100 tu cukup banyak bagi aku pada tahun 80an dan 90an). Duit aku ambk, tapi dia aku tak suka.
Setiap kali dia datang, mesti dia nak jumpa aku. Aku tengah seronok main baling selipar dengan kawan-kawan dipanggil balik hanya kerana makcik tu datang. Tak suka sangat!
Last makcik tu datang masa aku form 2, lepas tu dia tak pernah datang dah smpai sekarang. Aku pernah tanya ma, siapa makcik tu, selalu datang rumah kita. Ma kata, makcik tu saudara jauh, datang nak tengok aku.
Setelah aku meningkat remaja, tetiba sepupu aku pernah tanya aku, betul ke aku ni anak angkat. Aku tak terkejut pun, malah dengan yakinnya aku kata tak lah.. Kat surat beranak nama ma dan abah.
Nenek aku pula selalu kata muka aku ikut abah (abah kulit hitam manis, sama macam aku, ma putih macam cina, sama macam kedua-dua abang aku).
Hinggalah satu hari, aku bersembang dengan makcik Senah (Jiran aku merangkak bff ma). Makcik Senah bagi tau aku yang aku adalah anak angkat ma abah. Aku betul-betul terkejut, tergamam.
Dan makcik yang selalu bagi duit banyak kat aku tu adalah mak kandung aku. Sekali lagi aku terkejut. Tapi aku balik rumah, tak berani nak tanya ma atau abah. Aku takut untuk terima kenyataan sekiranya ma sendiri mengaku aku adalah anak angkatnya.
Aku diam-diam mencari bukti. Aku selongkar beg-beg lama ma abah, selongkar almari lama, tapi aku tak jumpa apa-apa bukti aku anak angkat.
Cuma aku perasan, abah mengelak dari bersentuh dengan aku sekiranya dia berwuduk. Kat situ aku rasa lain macam. Tapi aku diam, tak berani tanya.
Sehinggalah aku bertemu dengan suami aku, bercinta, kemudian merancang untuk berkahwin. Aku tanya suami (masa tu pakwe), Kalau aku anak angkat, adakah dia masih sudi nak kahwin dengan aku. Dia kata dia terima walau siapa pun aku.
Aku pun bagitau ma yang aku nak bertunang. Baru lah ma berani berterus terang dengan aku bahawa aku adalah angkat. Ma ambil aku kat hospital lepas sahaja mak aku melahirkan aku.
Aku tanya mengenai surat beranak aku, ma kata, surat beranak boleh buat kalau kenal orang dalam. Dan ma cerita yang mak kandung aku selalu datang jenguk aku dulu, tetapi ma tak tahu kenapa dia dah lama tak datang.
Aku tanya, kenapa ma tak berterus terang bahawa itu adalah mak kandung aku, ma kata dia takut aku nak ikut mak kandung aku kalau aku tau itu adalah mak kandung aku, menangis tak berlagu ma nanti. Aku pun terima kenyataan secara rasional.
Aku tanya ma, kenapa mak kandung aku serahkan aku kat ma. Ma kata sebab mak aku tak mampu nak bela aku kerana dia kerja sebagai orang gaji di rumah orang kaya, ayah aku pula dah meninggal. Sebab tu mak aku cari orang yang sanggup bela aku.
Maka dengan status aku sebagai anak angkat, perkahwinan aku berwalikan hakim. Alhamdulillah, suami terima aku seadanya. Cuma, suami aku selalu sebut supaya aku cari mak aku, dia nak kenal mak kandung aku. Sedangkan hati aku berat nak cari mak kandung aku.
Setelah 7 tahun kahwin, suami aku desak sangat-sangat nak cari mak kandung aku, Maka aku terpaksa bagitau ma abah yang suami nak jumpa mak kandung aku.
Maka mencarilah aku mak kandung aku dengan bantuan abang aku no2. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku.
Aku ingatkan mak kandung aku akan peluk aku setelah berbelas tahun tak jumpa, rupanya tidak… Dia sudah berkahwin lain dan mempunyai 2 orang anak Perempuan.
Kepada suaminya, mungkin dia tak bercerita mengenai kewujudan aku, anak Yang pernah dikandung dan dilahirkan. Masa aku pergi ke rumahnya bersama ma, suami dan anak-anak aku, dia bagitau suaminya bahawa ma adalah kawan lama dia.
Mak kandung aku jamu kami lunch di rumahnya. Semasa dia sedang memasak di dapur, aku mendekatinya dan bertanya sedikit sebanyak mengenai asal usulku. Namun dia enggan memberi jawapan, alasannya-lupa.
Aku tanya mengenai kubur ayah aku, aku tanya rupa ayah aku, semua jawapannya, lupa dan tak ingat. Mungkin tak nak ingat kisah lalu. Tak apa lah.
Lepas peristiwa itu, faham lah aku, mungkin mak kandung aku tak mau suaminya tau mengenai kewujudan aku. Aku OK je, kerana bagi aku, Kasih sayang ma abah dah berlebihan untuk aku.
Sehinggalah ma dan abah meninggal beberapa tahun kemudian, Ibu saudaraku (adik beradik mak kandung aku, aku panggil maklong) call aku dan bagitau berkenaan mak aku dah maklumkan kat maklong yang aku dah pergi cari mak.
Aku menjemput maklong dan mak aku sekeluarga ke majlis kenduri aqiqah anak aku. Tiba harinya, maklong saja yang datang, mak aku tak datang, maklong kata mak ada hal.
Aku OK je. Aku kirim gulai aqiqah untuk disampaikan kepada mak. Seterusnya aku buat lagi kenduri aqiqah anak aku yang ke-3.
(Anak ketiga aku meninggal masa umur 5 hari, tapi masih kena buat aqiqah), aku jemput lagi mak dan maklong ke kenduri aqiqah, masih juga maklong yang datang, mak tak datang, masih dengan alasan ada hal.
Kemudian, maklong ajak aku sekeluarga ke rumahnya untuk lunch. Dia kata akan ajak mak aku sekali untuk join lunch, untuk berkenalan dengan anak, menantu dan cucu. Aku pergi ke rumah maklong aku, malangnya, mak aku tak dapat datang juga.
Aku dalam hati rasa sedih sangat-sangat, mungkin mak tak nak jumpa aku dah. Takpe lah, aku redha. Kat rumah maklong, aku kenal atuk aku (ayah kepada mak aku).
Atuk aku peluk aku erat-erat, cium pipi aku bertalu-talu sambil mengalir air mata. Maklong pun minta maaf kat aku Sebab mak aku tak dapat hadir. Aku kata, takpe lah, lain kali boleh jumpa lagi.
Dan Sejak hari itu, aku tak pernah lagi aku jumpa mak aku. Takpe lah, aku terima je sekiranya mak betul-betul nak hapus kan aku dari kisah silamnya. Aku tak tahu apa yang berlaku antara mak dan ayah, mungkin ada kisah pahit antara keduanya.
Terima Kasih mak kerana mngandung dan melahirkan aku. Terima Kasih ma dan abah kerana menyayangi aku sebanyak-banyaknya. Terima Kasih suami kerana menyayangi aku tanpa syarat.
Setelah abah meninggal, beliau ada meninggalkan sedikit simpanan, alhamdulillah abang-abang aku tidak lupa menghibahkan untuk bahagian aku walau pun aku sebenarnya tidak layak menerima pusaka.
Begitu juga dengan tanah dan rumah, tetap ada bahagian aku walaupun aku tak layak, tapi abang-abangku sangat baik hati.
Terima Kasih semua.. Maaf Kalau tulisan ini tak menarik. Aku bukan orang bahasa, aku orang Sains yang dah lama tak mengarang.
Kerana itu aku tak suka sesiapa wish birthday aku, kerana aku anak yang tak diraikan kehadiran oleh Ibu kandungku sendiri. Tapi anak sulung aku yang remaja tu jadi 1st person yang wish birthday, dia tak tau mama dia tak suka orang wish birthday.
Sekian…
– Rose Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit