Assalamualaikum. Kita semua ada ‘suara’ dalam diri kan? Kadang nak buat baik. Kadang nak buat nakal. Kadang sepi takde apa-apa suara. Pernah terfikir tak suara2 tu berasal dari mana? Adakah suara2 tu pemikiran kita, ilhm dari Allah, atau ruh, atau nafsu, atau syaitan?
Saya nak share pengalaman dan pemerhatian tentang suara hati yang saya alami. Tapi tulisan ni bukanlah kajian ilmiah, mohon jangan didebatkan. Saya alu2kan pandangan psikologist
kalau ada yang baca luahan ni.
Seingat saya, paling awal saya ingat suara hati saya bercakap tentang pernafasan. Masa tu saya kecil lagi pakai singlet lubang2, entah berapa tahun. Tapi saya impressed tengok badan nenek naik-turun bernafas macam saya. Suara hati saya kata ‘oh, rupanya orang lain pun tarik nafas macam aku’.
Sepanjang membesar, suara dalam diri saya aktif bercakap. Tak banyak yang saya ingat. Cumanya saya selalu bersendiri dan cuma bercakap dengan diri sendiri dalam hati. Bila sedih atau bermasalah, saya tanya diri ‘apa nak buat ni?’. Duduk termenung lepas tu dapatlah advice yang saya rasa sangat sesuai dengan jiwa.
Kadang saya tanya pendapat orang lain tentang masalah saya tapi tak ada yang sesuai dengan pemikiran dan situasi saya. Endingnya saya akan termenung berfikir dan ‘bermesyuarat’ dengan diri sendiri. Cari maklumat yang diperlukan untuk solve masalah. Kemudian bertindak ikut keputusan yang saya fikir sesuai.
Saya lahir bulan 9. Mungkin ada benarnya Dr.Fadhilah Kamsah kata orang bulan 9 jenis memikir dan pandai motivate diri sendiri. Tapi kesannya saya kurang berkomunikasai dengan orang lain. Jadi kurang pandai bergaul, socially awkward dan cepat rimas berada dalam kebisingan.
Satu masa, saya mengalami depresi sebab pekerjaan & keluarga. Perasaan saya berkecamuk dan tak dapat berfikir dengan betul.
Suara dalam diri saya kejap cakap benda baik ikut ilmu agama yang dipelajari, dan selalunya suggest benda2 tak baik yang bertentangan agama. Suruh bunuh parent, suruh mengamuk baling barang. (Parent saya jenis baran dan suka mengamuk baling barang.) Mujur pada waktu tu ada kawan yang memahami, dia advice saya pergi dapatkan rawatan ruqyah.
Bila pergi rawatan ruqyah, saya lalui pengalaman baru bilamana saya mengamuk dalam keadaan sedar tapi sangat susah nak kawal diri sendiri. Dalam satu sesi ruqyah, saya pernah pecahkan gelas dan genggam serpihan kaca dan mengancam akan bunuh diri jika ustaz baca lagi. Suara hati saya masa tu kata ‘tak sakit. Tikam je badan kau.’
Lepas tu saya fikir berdosa bunuh diri, saya campak kaca tu. Sesaat kemudian saya kutip balik dan suruh tikam badan. Begitulah suara hati saya silih berganti sampai ustaz datang ramai2 pegang saya dan ambil kaca dari tangan. Saya sedar dan nampak tangan berdarah tapi langsung tak sakit. Saya cuma rasa marah meluap2 pada mereka.
Di luar sesi ruqyah, amukan dalam hati saya menjadi2 hingga saya pun tak faham diri sendiri. Contohnya bila teringat ustaz bacakan ruqyah, tiba2 saya menderam dan kuku tangan mengerekot mahu mencengkam. Kadang tengah memandu, tengah gosok baju, anytime teringat sesi ruqyah saya jadi begitu. Saya rasa makin tak normal pula macam hilang diri sendiri.
Tapi dalam keadaan bergelut dengan diri sendiri begitu pun, ada ustaz/perawat kata saya berlakon. Dahlah saya keliru dengan fikiran sendiri, kata2 mereka lagi buat saya keliru. Akhirnya saya ambil pendapat mereka, mungkin benar saya bukan diganggu makhluk halus. Tapi sebenarnya sakit mental. Haha. So saya berhenti buat rawatan ruqyah.
Mungkin readers fikir saya ada saka. Saya sendiri pun syak ada saka. Saya berasal dari keluarga yang pernah mengamalkan sihir. Tapi malas nak fikir tentang ni sebab benda2 halus ni tiada fakta nak dibualkan. Hanya sangka-sangkaan kita dan cerita mulut atuk nenek.
Suara2 hati saya berterusan. Kadang kepala saya sangat bising dengan suara2 bercakap benda yang saya tak fikir langsung. Contohnya tengah rileks tenang2, tiba2 suara hati saya memaki seseorang yang saya tak benci pun.
Kadang pagi2 tenang baru bangun tidur, tiba-tiba suara hati saya menyanyi lagu yang dah lama saya tak dengar. Kalau baru dengar semalam mungkinlah boleh kata ternginag-ngiang kan. Ini lagu tahun 90-an yang saya dengar masa kecil. Dah lama terkubur dari stesen radio. Boleh pula suara tu menyanyi tanpa sebab. Tak paham aku.
Sekarang ni, saya diduga dengan rasa sangat susah nak solat dan rasa benci pada keluarga. Waktu saya tidak period, rasa maaaaaaaaaaaaaaalas nak solat dan selalu melambatkan hingga hujung waktu.
Kadang dah pakai telekung berdiri atas sejadah, tinggal nak angkat takbir tiba2 rasa nak cek wasap, saya pun tinggalkan sejadah dan capai handphone. Scroll berjam2 hingga dekat habis waktu. Tak percaya? Ini yang saya alami. Bila datang haid elok pula saya sentiasa alert dengan waktu solat dan rasa rindu nak solat.
(Saya cemburu tengok member yang bila azan je terus bangun dari meja dan ambil wudhuk. Seolah2 kepala mereka tenang tiada bisikan suruh buat begitu-begini. Seolah2 Allah dah setting mereka untuk solat di awal waktu. Saya sedih dengan diri saya. Sebab saya tahu kelalaian solat akan menyebabkan seluruh hidup kita terganggu.)
Bukan gangguan solat saja. Tapi juga cara saya bertindak, selalu dipengaruhi suara2 ni. Waktu tak period, rasa kepala sangat kelabu, rimas dan stuck. Tindakan saya pun kasar entah apa-apa. Tapi waktu period, hati lapang dan fikiran jelas. Sikap saya pun lebih tenang dan rileks.
Saya hairan dengan keadaan ni. ‘Siapa’ sebenarnya suara dalam diri saya? Kenapa bisikannya terlalu jelas seolah2 saya yang nak buat benda jahat? Terfikir mungkin ke sebenarnya gangguan hormon? Kalau saya ni schizo dengar suara halus, apa saya patut buat? Saya alu2kan readers yang berilmu kongsikan pendapat dari sudut ni.
Dari sudut agama, saya fikir inilah gangguan syaitan yang Allah sebut dalam Quran. Syaitan bersumpah akan sesatkan manusia kecuali orang yang ikhlas pada Allah. Betul, bila beribadah atau buat baik banyak benar suara2 bercakap yang bukan-bukan sampai saya kata pada Allah;
‘Ya Allah aku buat ni sebab Engkau suruh. Maafkanlah kalau aku tak ikhlas atau ada sebab lain.’ Bisikan syaitan tu pelbagai. Bukan suruh buat jahat je. Kadang suruh buat baik tapi dalam pada tu buat baik dengan riyak dan takabbur. Fade up tau berada dalam situasi ni.
Dari pengalaman ni saya sedar susah sangat nak jadi mukmin yang pure. Sebab suara hati suka bercakap entah apa-apa yang tak dapat dikawal. Akhirnya saya sedar pentingnya banyakkan istighfar supaya Allah maafkan. Dosa yang saya sedar mahupun tidak, yang terkawal mahupun tidak. Sengaja dan tidak…
Saya percaya semua manusia hadapi situasi saya ni cuma kita alert ke tidak dengan suara dalam diri kita.. Adakah kita cuba kawal dan didik dia jadi baik, cakap benda baik-baik, atau ikut saja apa dia kata. Dia tak dikesan oleh deria tapi sangat menjahanamkan.
Semoga Allah bantu saya dan anda semua berjihad dengan suara-suara dalam diri kita. Aamiin.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aamiin ya rabb ..
Kita mengalami situasi yg sangat sama . Please update ur next situations
Mandi limau purut, daun bidara, garam bukit setiap hari pada bilasan terakhir selepas asar atau lepas maghrib. InshaAllah, akan nampak perubahan. Percaya Allah sayang kita.