Bisnes Islam

Assalamualaikum. Apa yang aku nak post hari ni takde kena mengena dengan masalah peribadi aku. Cuma, setahu aku, iium confessions ni selalu viral, jadi aku nak post sedikit teguran utk bisnes2 lokal yang dijalankan oleh orang Islam.

Aku perhatikan kebanyakan bisnes lokal yang berkembang pesat adalah milik bumiputera yang Islam, tapi ada beberapa isu yang tak ikut garis panduan Islam dalam berniaga, dan juga tak menjaga sensitiviti agama. Meh aku senaraikan:

1. As-is sale.
Ni benda yang paling buat aku menyirap sebenarnya. Wehhh. Wehhhhh. Masa sekolah lagi kita dah belajar, kan? Dalam Islam mana boleh jual barang defect! Bahkan kalau barang tu cuma rosak sedikittttt saja pun hukumnya haram dijual. HARAM. Ada Ustaz Azhar Idrus ulas pasal isu ni. Tak kira la jual murah ke, jual singgit satu ke, barang defect/rosak tetap HARAM dijual. Ni aku tengok yang jual TUDUNG, TELEKUNG…pegi buat As-is sale iaitu penjualan barangan yang ada kerosakan. Tak kira la business school mana ajar pun, utk minimize margin rugi ke apa ke…pokoknya awak tu orang Islam. Berniaga barangan Islam spt tudung, telekung, mekap mesra wuduk…tetap tak boleh jual barangan rosak.

2. Mempopularkan pondan/bapok yang bermekap mcm perempuan.
Maaf bahasa aku kasar, tapi yang ni serious aku geram. Admin kalau nak edit, silakan. Ada beberapa jugak la produk mekap lokal yang aku tengok, owner nya sah2 Islam. Duk upload quote ayat Al-Quran. Cakap ‘Alhamdulillah’ bila ada customer bagi review memuaskan dsb. Tapi…pegi upload pondan/bapok pakai mekap diorang. Erghhhhh! Dalam Islam HARAM hukumnya lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya. HARAM faham tak??? Kalau awak bukan Islam dan upload/share benda2 sebegitu takpe. Ni ISLAM. Jual mekap, upload/share MUA pondan pakai mekap dia. Esok lusa upload ayat Al-Quran, Hadis, quote agama dsb. Apakah??? Ya, faham, MUA tu pun cari rezeki. Tapi kalau upload/share hasil mekap dia dekat orang perempuan takpe (tu pun sebenarnya haram laki bukan mahram mekapkan perempuan), boleh lagi diterima akal. Ni ha duk post/share/upload gambar MUA LELAKI tu sendiri pakai mekap. Haih.

3. Aurat. Ni lagi satu hal. Ada tengok perempuan pakai tudung mencekik leher tu? Hah. Eh geramnyaaa. Nak pakai tudung ke tak ni cik kak? Jual tudung, tapi pegi upload tutorial pakai tudunh sependek2 nya. Jagalah aurat model tu. Lagi satu, bila awak dah mempopularkan style camtu, orang lain pun duk ikut. Haih. Nama pun berniaga tudung. Hijab. Bermaksud kena la tutup betul2. Aku malas nak ulas tudung patut dilabuhkan sampai mana. Semua tau dah. Orang lain pun byk kali ulang. Ha, lagi satu! Di upload nya gambar model atau customer pakai tudung tapi seluar/kain batik pario yang popular kemain tu tinggi kemain dari paras buku lali. Haih. Islam kan? Berniaga tudung kan? Berniaga pakaian Muslimah kan? Tutup la aurat. Baru nampak molek.

Aku rasa tu jelah kot. Ha, yang customer pun tolong bawak2 insaf. Mentang2 tengok As-is sale murah, dibelinya. Tengok MUA lelaki mekap diri sendiri lagi cantik dari perempuan, like & share. tutorial/gambar produk2 Muslim yang tak tutup aurat pun kemain like & share. Reflect balik pada diri sendiri. Sedarlah yang awak tu Islam, tak patut menyokong bisnes yang owner nya Islam, tapi tindak tanduknya dah tak macam bisnes Islam. Don’t show support towards something khilaf. Bukan aku kata jangan support langsung, cuma jangan support perbuatan khilaf spt As-is sale, like & share mekap pondan, like & share gambar tutorial tudung pendek dsb. Orang Islam, berniagalah cara Islam, baru berkat. Customer pun sama. Sokong yang betul, jangan sokong yang salah. Akhir kata, maaf kalau ada salah cakap, dan aku harap post ni dapat sampai ke owner macam2 produk Muslim yang banyak buat kesilapan macam aku sebut tadi dan jangan ulangi. Sekian.

– Concerned Muslim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit