Hi. Tergerak hati ni untuk menulis disini lepas baca confession pasal konvo yang menyedihkan (https://iiumc.com/konvo-yang-menyedihkan/). Sabar ye confessor, jangan serik nak attend konvo lagi tau. Kisah konvo aku pun menyedihkan (bitter) juga tapi ada ‘sweet’nya juga. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession ni.
Aku graduate dari sebuah IPTA di Pantai Timur. Perjalanan dari stesen bas di tempat tinggal aku ke stesen bas Pantai Timur mengambil masa selama 7-8 jam dengan kelajuan bas yang tersangat laju. Haha!
Kisahnya aku pun taknak attend konvo. Sebab utamanya aku memang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Lepas habis intern, aku merancang nak cari kerja untuk sebulan sebab nak simpan duit konvo. Tapi disebabkan musim konvo di Pantai Timur ni berada dalam musim tengkujuh, dengan terkejutnya aku dapat berita tarikh konvo diawalkan dari tarikh sepatutnya atas sebab nanti hujan lebat, universiti aku banjir (Haha!). So sad! tak sempat nak cari kerja dalam masa kurang sebulan. Thats why la aku taknak pergi konvo.
Tapi atas pujukan keluarga yang masing-masing nak aku attend konvo, sebab kesian dekat mak aku nak tengok aku naik pentas, aku pun pergi je konvo tu. Terima kasih semua yang membantu.
Aku tak ramai kawan rapat masa zaman study dulu, jadi aku yang duduk jauh dari universiti ni rasa susah hati sebab tak boleh nak ambil jubah konvo on time and aku kalau boleh taknak susahkan orang untuk ambilkan jubah konvo aku. Lambat ambil size habis. Tinggi aku tak sampai 150cm pun. So aku decide nak pergi awal, then tumpang rumah sedara dekat sana. Esoknya aku pergi universiti and tumpang tidur bilik junior.
Hari ambil jubah tu, beratur panjang gila. Aku sempat ambil jubah saiz S yang baru. And aku juga tolong ambilkan jubah kawan aku saiz L, tapi dia dapat jubah lama. Ye aku happy pada mulanya sebab dapat jubah baru, color lagi cantik dari jubah lama. Tapi silap BESAR aku tak terus try pakai jubah lepas ambil jubah dekat dewan tu. Aku terus balik. Malam tu baru aku try.
Know what? jubah baru saiz S tu sama besar dengan jubah lama saiz L . Aku rasa down gila. Dah la susah payah plan datang dari jauh, beratur panjang lagi, semata-mata nak ambil sepasang jubah. Malam tu jugak aku jumpa kawan-kawan yg aku kenal yang tinggi diorang lebih kurang aku.
Tujuan aku just nak confirmkan betul ke jubah baru tu sizing lebih besar. Diorang dapat jubah lama and saiz S yang kecil. Serius aku nak menangis. Aku try mintak tolong kawan-kawan satu batch yang tinggi untuk tukar jubah tapi sorang pun taknak. Aku takde benang dgn jarum utk alter jubah tu and aku takut kalau jubah tu rosak kalau aku memandai alter. Kalau jubah rosak kena bayar duit. Mana nak cari duit . Kedai jahit baju pun tak buka.
Malam yang sama mak dgn adik beradik aku bertolak dari rumah naik bas. Diorang tak pernah datang Pantai Timur. Ye masa mendaftar masuk U dulu aku menumpang orang, mak ayah aku tak mampu nak hantar aku kesini. Sepanjang perjalanan diorang, aku tak lelap tidur sebab risau diorang dah la tak pernah jejak kaki kesini. Banyak stesen bas yang diorang akan jumpa. Mak aku plan nak tidur rumah sedara and hari konvo sedara mara akan hantar mak dgn adik-beradik aku.
Pukul 3 lebih waktu pagi aku dapat call, yang mak aku dah sampai stesen bas KT. Aku rasa nak nangis sebab sepatutnya diorang turun stesen bas Jrth. Aku suruh mak aku naik teksi datang universiti. Pukul 4 pagi mak sampai universiti. Mujur pak cik guard tak halang mak aku masuk asrama. Aku terpaksa mintak tolong adik junior aku tumpangkan mak dgn adik beradik aku dekat bilik dia. Kalau kami ada duit, dah lama kami booked homestay. Terima kasih adik junior. Hikmahnya disitu, Allah hantarkan mak aku direct dekat aku. Mak aku pandai jahit baju. Alter baju ni kacang je utk dia.
Syukur Allah mudahkan aku. Aku ada masa sehari lagi sebelum hari sidang. Pagi tu aku cari sarapan, aku terserempak dengan roommate aku. Terus tanya dia ada tak benang dgn jarum. Alhamdulillah dia ada semua yang aku perlukan. Terima kasih roommate. Aku happy gila sebab mak aku dah alter jubah konvo and orang tak perasan pun yang sebenarnya jubah tu sudah di’alter’. Berjuta terima kasih pada mak.
Disebalik senyuman aku di hari sidang, terselit suka duka yang aku tak pernah cerita dekat orang. Aku takde pun gambar atas pentas, apatah lagi gambar profesional berlatar belakangkan buku-buku. Semuanya demi seorang mak yang nak tengok anaknya konvo. Takpe kita usaha mana yang mampu. Pertolongan Allah itu sentiasa ada.
Kesimpulannya, untuk adik-adik yang bakal grad next year, korang tengok la betul-betul eh size jubah tu betul ke tak. Nanti tak pasal menangis macam aku. Haha! And kalau boleh attend la konvo, untuk mak ayah kita kalau berkemampuan. Konvo ni sekali je, incase la korang plan nak sambung belajar lagi. Boleh merasa naik pentas lagi.
Sekian…
– Cik Oren
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit