Nama aku Azwana. Pertama sekali aku bukan orang iium. Aku dari IPTA lain. Sekarang degree tahun akhir. Tengah buat final project. Blur atau budak loading itulah aku. Jujur aku kurang berkeyakinan dalam komunikasi sebab masalah loading aku ni. Ada juga budak smart dan pandai memang tak berapa berkenan nak satu group dengan aku sebab diaorang tak suka orang loading dan lembab macam aku. Lama-lama aku jadi kurang keyakinan diri. Takut juga nak bergaul dengan orang. Aku ni dah la loading satu hal, pekak pun satu hal menyebabkan aku sukar nak bergaul. Hahaha macam mak nenek ja kan.
Kadang-kadang suka pelupa. Kemarin aku terlupa kelas aku yang mana satu lepas pulang dari tandas. Aku lupa no bilik, hahaha.. Korang tau tak hampir 30 minit aku melilau cari kelas tak jumpa. Aduhai teruk kan? Kalau mak aku tahu mau dia berleter panjang. Kawan aku siap dah mula nak cari aku di tandas dah masa tu. Hahaha..adudu.. Ha satu lagi aku jenis kalut dan gelabah semacam. Terutama bila benda tu di gesa nak cepat-cepat, atau kalut sebab dah mula lambat nak ke kelas. Mula la aku kalut terlebih. Pernah dua kali, aku terlambat dah nak ke kelas. Bila turun dari asrama aku. Aku baru teringat yang aku tertinggal something.
Masa tu mula la lari terkedek-kedek naik tangga nak ke bilik. Lepas tu aku melangkah masuk ke dalam bilik aku tu. Aku perasan kenapa suasana dan bau lain daripada bilik aku? Hahaha rupanya aku salah masuk bilik. Bilik tu tak berkunci. Kedudukan bilik tu bawah bilik aku. Bilik tu tak berkunci sebab mungkin salah sorang penghuni tu ke tandas dan dia tak kunci pintu, manakala roommate dia sorang tu tengah tidur lagi. Hahaha nasib penghuni tu tak sedar aku menceroboh. Huuh..
Kenapa aku loading..blur semacam? Suka lupa? Sebabnya bila orang tanya aku soalan. Daripada soalan itu terbit pula pelbagai soalan dalam kepala otak aku. Jadi ia ambil masa untuk aku faham. Jadi aku kelihatan seperti agak lembab. Kalau pensyarah bagi arahan dengan otak loading dan pekak aku menyebabkan aku kelihatan lebih lembab daripada biasa. Daripada arahan pensyarah bakal muncul pelbagai persoalan daripada otak aku. Hermmm
Pekak satu hal. Orang cakap lain, aku dengar lain. Kadang-kadang aku mengangguk ja macam aku faham. Padahal aku tak berapa jelas apa yang dia cakap. Ini menyebabkan pergaulan seseorang dengan aku mendapat sambutan hambar. Melainkan orang tu memang kawan rapat aku dan geng aku, diaorang dah biasa dengan aku jadi itu bukan masalah besar.
Aku suka hilang dalam dunia aku sendiri. Okey aku bukan jenis berangan tak ada isi tau. Cuma aku suka explore idea. Tiba-tiba aja idea tu datang. Contoh idea untuk project aku. Ni pun susah juga. Sebab aku kadangnya suka lost. Memang benda ini tak boleh di biarkan. Kalau otak aku mula fikir benda lain, aku akan cuba cakap dengan diri sendiri, “okey otak, simpan dulu benda ni, habis kelas kita fikir semula.”
Masa sekolah dulu, aku jenis lembab la jugak. Tak faham arahan cikgu. Selalu kena marah. Selalu dapat nombor corot dalam kelas. Tapi Alhamdulillah aku pegang dengan kata-kata mak aku, ‘JANGAN PUTUS ASA’ dan ‘SLOW SLOW JALAN, NANTI SAMPAI JUGA’. Bagi aku cara aku faham, cara aku pandang sesuatu tak pernah sama dengan orang lain. Adakalanya maklumat itu sama, tapi cara otak aku proses maklumat tu lain, dan dia perjalanan dia nak proses maklumat tu sangat panjang daripada orang lain. Sebab tu aku kelihatan lembab. Orang yang suka kerja pantas, active tak akan suka kerja dengan aku.
Dengan kelemahan aku ni, aku selalu cuba buktikan kat orang walau aku blur, aku loading, aku pasif, dan aku lembab.. aku bukan BODOH. Aku mampu buat. Aku boleh hasilkan project yang sama baik macam diorang. Insya Allah aku boleh. Apa pun aku nak pesan, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Semua orang boleh berjaya, Cuma sama ada dia lambat sikit nak berjalan menuju kea rah kejayaan atau dia melangkah pantas capai kejayaan. Apa pun jangan putus asa, sentiasa usaha. Kalau kecewa dengan kegagalan boleh tapi jangan kecewa lama-lama sangat.
Aku akan berjaya dengan cara aku sendiri. PASTI.
• Imagination is more important than knowledge.
• The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing.
• Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.
sekian..
– Azwana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit