Assalamualaikum semua. Sekarang ni kan tengah kecoh pasal kempen Buy Muslim First.
Aku tidaklah menyokong mahupun menolak kempen ni, itu hak masing2 cuma aku ingin kongsikan pandangan aku yang bekerja di industri makanan Malaysia.
Sedikit pasal aku ialah aku sebahagian daripada team Halal dan Kawalan Kualiti (QC) di sebuah kilang makanan di Malaysia. Owner cina tapi staff berbilang bangsa, paling ramai ialah bangla, kerja kat production, hahaha.
Andai kata kempen ni betul2 berjaya, mungkin kami la orang2 terawal kena VSS sebab bos guna kami pun sebab nak maintain Halal huhu.
Selalunya kalau kilang yang ada halal, QC/QA & Halal team ni memang melayu yang conquer. Bab2 halal bos memang 90% serah kat kami, follow je semua suggestion kami walaupun kadang kena bertekak sikit.
Dari pemahaman aku, salah satu sebab kempen BMF ni dilancarkan adalah untuk memastikan makanan betul2 halal. Tapi rakyat malaysia sekalian, ketahuilah nak dapat halal tu bukan senang, anda semua sedap je cakap company cina ni buat halal tipu, habis tu kami ni tak buat kerja ke sobs sedih la cenggini.
Nak apply halal tu leceh, nak kena macam2 supporting document, setiap satu barang2 mentah raw material tu kena ada sijil halal, tak kira la datang dari negara mana pun.
Dah dapat halal, ada expired lagi, kena selalu maintain. Kalau supplier kena tarik sijil halal, kami kena cari supplier lain, register lagi barang tu. Tu belum kira Jakim punya audit sungguh mencabar, kena spotcheck lagi.
Cakap pasal barang2 mentah / raw material ni ketahuilah kebanyakan industri makanan kat Malaysia beli barang mentah dari China, hahaha sebab murah dan senang dapat. Kat sana takde Melayu, huhu. China ni industri dia memang besar dan pantas, senang nak berurusan dengan sana.
Kalau nak tau barang tu betul2 buatan Malaysia, dia ada simbol Buatan Malaysia (yang macam tanda rait (check mark) tu, warna biru, merah, kuning).
Kalau tulisan sahaja ada ‘Buatan Malaysia’ tanpa simbol, maknanya barang tu dibuat di Malaysia tapi barang2 raw material tak mencapai separuh pun dibuat di malaysia.
BMF ni secara tak langsung, dapat kita akui salah satu tujuannya nak tolong orang Melayu sebab bangsa lain dah pandai berniaga, sanggup ambik risiko, jadi perniagaan mereka pun jauh ke depan. Secara peribadinya, dulu memang aku bercita2 nak kerja kat company Melayu.
Tapi aku pernah ditawarkan ‘hadiah’ dari company Melayu terkemuka di Malaysia untuk bocorkan rahsia syarikat sebab mereka tak mampu mencapai kualiti produk makanan kami.
Ada juga bekas staff mereka lari bekerja dengan kami kerana melayu bila kerja sama melayu, PHD tu kuat sangat, office politic pun agak serius.
Secara kesimpulannya, kempen BMF ni bukan tak bagus tapi jangan la sampai menyebarkan perkara tak betul, macam2 syarikat milik bukan Muslim difitnah.
Jangan sampai kita sibuk menyebarkan kempen, tanpa sedar sebelah kaki ke neraka sebab mencipta/menyebarkan fitnah2 seperti mempersoalkan status halal diberi jakim.
Cakap jakim tak telus, kod E semuanya babi sedangkan itu hanya kod bahan tambah yang digunakan di Europe, tepung gandum bleaching guna clorox la, cherry dicelup arak la sebab tu berkilat.
Dalam hal ni, membaca sikit langsung tak menyakitkan, masing2 ada smartphone di tangan. Jangan phone je smart, penggunanya juga kena smart.
– Jasmin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit