Bod0hkah Aku?

Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin siarkan kisah saya. Selain dari luahan hati yang dah lama terpendam, saya nak minta pandangan dan pendapat yang mungkin dapat membantu saya membuat keputusan yang terbaik dalam hidup saya.

Mungkin juga ada kecaman dan maklumbalas negatif tapi takpa, saya tetap akan baca dan terima dari sudut yang positif.

Nama saya Ina (bukan nama sebenar) telah berkahwin dengan Din (bukan nama sebenar) selama 9 tahun serta mempunyai sepasang anak berumur 8 tahun dan 3 tahun.

Kami berkahwin bukan atas nama cinta dan kasih sayang. Kami kenal antara satu sama lain dan agak rapat. Bermula dari dia putus dengan gf, saya putus dengan bg, kemudian dia ajak kami berkahwin.

Dari hari pertama kami berkahwin, kami PJJ sehingga sekarang. Anak-anak saya yang jaga dan tinggal bersama saya. Kami berjumpa hujung minggu tak tentu masa, kadang-kadang sebulan sekali, 2 bulan sekali, 3 minggu sekali.

Silap saya dalam perkahwinan ni, saya lebih banyak memendam rasa dan bersikap mendiamkan diri. Sebenarnya saya tak tau nak reti nak cerita dan mula dari mana, perhubungan kami suami isteri secara zahir dan batin tak seperti orang lain.

Anak pertama, saya bunting pelamin. Dalam tempoh mengandung sehingga melahirkan, hubungan kelamin kami hambar. Selepas habis berpantang, saya memang pasang badan untuk suami tapi suami cakap pantang 100 hari dan dia takut kalau tiba-tiba lekat lagi.

Saya kecewa sebenarnya time tu. Bermula dari hari tu suami saya tal pernah sentuh saya dengan apa-apa saja jenis sentuhan, masa bergambar nak letak tangan atas bahu pun takda, nak jalan berpimpingan tangan pun takda, nak tidur berpelukan pun takda, hubungan kelamin langsung takda juga.

Ya, saya diam saja walau hati bergolak, saya tetap diam tanpa bertanya apa-apa. Kami PJJ, kami berjumpa sekadar jumpa duduk rumah sebumbung, berbual sekadar bercakap tanpa gelak ketawa, senang cerita tiada bonding antara kami suami isteri.

Tapi dia dengan anak saya ok, layan kan anak, uruskan anak, tolong banyak pasal anak. Kami dari segi kewangan takda masalah. Kerjaya dan gaji saya cukup, Alhamdulillah.

Kerana saya sendiri mampu, selama tinggal PJJ, dari anak seorang, berpindah negeri sebab kerja, dapat anak yang kedua sehingga sekarang 100% perbelanjaan anak-anak atas saya.

Susu, pampers, pengasuh, yuran tadika sampai yuran sekolah, duit anak tiap-tiap hari/bulan, makan minum anak, rumah sewa, etc. Dia ada juga keluarkan duit belanja sekali sekala untuk beli susu dan pampers anak. Saya tetap diam saja dan tak minta apa-apa.

Kalau dia, banyak keluarkan duit pada hari raya, belikan baju anak-anak dan saya. Senang cerita dari segi duit kami takda masalah dan tak merungut atau berkira, sebab masing-masing diam tak bertanya, just follow the flow.

Kat sini dah nampak macam mana komunikasi kami suami isteri. Ya memang takda, kadang-kadang cakap sekadar perlu dan biasa-biasa saja.

Bukan ke PJJ jarang berjumpa akan rindu? Banyak cerita nak share? Ya, memang saya rindu, bila jumpa nak peluk cium, nak cerita macam- macam.

Tapi kau pernah rasa tak, bila kau peluk orang, orang tak balas perlukan tu? Kau pernah rasa tak bila kau cium pipi orang, orang buat keras badan dan nak cepat-cepat peluk anak pulak?

Kau pernah tak salam orang tapi orang cepat-cepat nak tarik tangan? Yang saya rasa selama bertahun-tahun PJJ ni dengan suami sendiri.

Tapi saya diam saja, simpan rasa terkejut atau kecil hati dalam diri. Tetap la kalau berjumpa salam peluk cium macam biasa, tapi sehingga sekarang saya ja la yang macam tu tiada balasan dari dia, sehingga pagi raya 2023 ni macam tu la.

Hmm.. Pernah di suatu hari raya, kami beraya di rumah kak ipar (kakak suami) semasa bergambar, suami letak tangan atas bahu anak saudara perempuan yang dah remaja.

Perasaan saya masa tu sangat terguris dan terasa sampai rasa nak menangis. Dengan saya sikit pun x ingin dan sudi nak sentuh walau sekadar letak tangan atas bahu. Dengan orang lain, boleh pulak.

Gambar raya kami setiap tahun, nampak ja macam bergambar rapat berpelukan tapi sebenarnya tangan suami tak peluk pun pinggang atau bahu saya, dia letak tangan nya di belakang dia.

Saya dah banyak sangat terasa hati dan ter tanya-tanya kenapa la dia tak nak langsung sentuh saya. Tapi tu la, saya hanya pendam.

Hubungan kelamin? Selepas saya lahir kan anak pertama dia tak pernah sentuh saya. Ya kami pernah bergaduh sebab saya ada tanya dia soal ni. Dah ada perempuan lain ke, dah takda perasaan atau sayang pada saya ke, ya la kami PJJ kan.

Alasan dia penat dan letih travel datang kat kami dan macam-macam lagi alasan tak logik se bagai seorang lelaki. Saya rasa terhina sangat sebagai seorang perempuan bila suami kau tak sudi nak sentuh.

Sedih sangat tapi pergaduhan kami kategori biasa-biasa saja dan tiada solution pun di akhirnya. Last-last diam dan biar saja, dia pun balik ke negeri tempat kerja dia, saya tinggal dengan anak, lepas tu saya heal diri saya sendiri.

Walaupun berjauhan kami tak call dan wasap macam orang lain. Takda komunikasi antara kami kecuali hal yang betul-betul penting saja.

Anak nombor 2 dapat sebab saya pujuk secara halus untuk bersama konon sebab nak ada anak lagi. Tu pun kami bersama semasa hari subur saja, sekali saja. Ya saya tak malu meminta demi nak kan seorang anak.

Alhamdulillah Allah bagi rezeki saya mengandung, sejak dari tu sampai sekarang anak dah 3 tahun dia tak pernah lagi sentuh saya.

Tahun 2022, saya bagi tau nak anak lagi, usaha yang sama saya cadangkan waktu subur tapi sampai sekarang 2023 dia mengelak untuk tak bersama, penat letih demam.

Saya masih sabar dan bersikap biasa meneruskan hidup dengan anak-anak kat sini dengan hati hanya Allah saja yang tau. Saya tak pasti saya ni bodoh atau apa, menunggu dan mengharap ke apa.

Bukan hubungan kelamin saja di abaikan, perasaan saya juga dia calarkan. Mulut dia sangat cepat mengeluarkan kata-kata negatif pada saya ‘setan, kurang ajar, derhaka, tak cium bau syurga’ etc. Sebab? Saya ni perempuan, mungkin dia lupa.

Sebelum kahwin lagi dia dah kenal saya bagaimana, lemah lembut, pendiam. Tapi bila lepas kahwin dia buat taktau atau abaikan saya bila saya cuba berbual atau share cerita, mesti la saya terasa dan merajuk. Dah kena maki.

Kalau dalam kereta masa jemput dia dari airport saya nak cerita apa-apa dia selalu cakap saya dah cerita kat dia dan dah tau cerita tu.

Terbantut terus rasa hati ni. Bila anak-anak dah besar ni, kalau saya nak bersembang atau cerita apa-apa, tiba-tiba masa tu juga dia nak bercakap dan panggil anak, buat-buat sibuk dengan anak dan biar ja saya yang tengah nak bercakap dengan dia ni sorang-sorang.

Dia memang tak layan saya, bila saya ungkit pasal layanan terus buat muka dan marah-marah. Kalau saya pun buat muka dan beredar pergi ke tempat lain, siap la kau kena maki macam-macam dan silent treat.

Padahal kalau dalam rumah yang kami sekali sekala berjumpa tu, dia yang mengelak dan beredar pergi tempat lain kalau saya approach dia, takda pula saya nak marah atau maki dia.

Tak termasuk lagi macam-macam berlaku pengabaian perasaan n maki-makian semasa saya mengandung anak pertama, ketika berpantang, semasa dia hantar saya ke rumah sewa selepas habis pantang, ketika di shopping mall, di parking, di rumah sewa, di merata-rata tempat selama 9 tahun kami kahwin.

Awal-awal kahwin ya saya menangis depan dia bila kena marah dan maki. Tapi sekarang saya dah tak menangis lagi walau kena marah dan maki. Saya senyap dan buat macam biasa, tapi dia kata kurang ajar la setan la tak guna punya isteri, etc.

Saya sebenarnya dah malas, emosi saya dah lama tercalar dan saya la ubat sendiri. Hati saya dah lama hancur, baru 2-3 tahun ke belakangan ni saya pujuk hati saya sampai saya rasa kuat emosi sekarang. Dah tak menangis sedih mengenang nasib dok mengharapkan suami sendiri.

Tahun 2019 kami bergaduh saya pernah minta cerai tapi dia tak ceraikan sebab setiap kali bergaduh, kami bergaduh saja dan tiada penyelesaian sebab saya akan diam saja lepas tu dan dia pun buat macam biasa, lama-lama back to normal.

Tahun 2020 saya minta cerai lagi sekali, sebab dia tak izinkan saya hantar/jumpa kakak seleluarga nak pergi umrah. Saya PJJ dengan suami dan berjauhan dengan ibu bapa serta adik beradik. Selama berkahwin memang berkira kalau saya nak balik kampung jumpa keluarga.

Ayat dia ‘nak balik buat apa?’ Bodoh betul soalan tapi saya pun bodoh juga sebab ikutkan saja. Saya pun sebenarnya mencari alasan saja untuk minta cerai, saya rasa macam tolong la cerai kan saya. Tapi masih lagi memegang title isteri sampai sekarang.

Cerita semalam yang boleh trigger saya buat luahan ni. Kami buat outdoor photoshoot raya. 15mins sesi photoshoot tu. Dah selesai shoot dan buat payment, photographer dah balik.

Saya ajak ambil gambar lagi di situ guna handphone sendiri sebab tadi masa terhad tak banyak tempat dapat ambil gambar.

Dia buka ja buat muka dan mengeluarkan suara dan perkataan yang tak ok. So saya ok la, tak nak takpa, jom balik. Saya bukan terasa hati atau merajuk. Saya sebenarnya time tu takda perasaan, neutral saja sebab bagi saya kau tak nak sudah la. Tapi respon saya tu buat dia marah.

Saya tak faham, lepas tu maki-maki saya depan orang dan anak-anak kata saya kurang ajar la, setan la. Lepas tu dia paksa saya ambil gambar kat tempat yang saya nak tadi.

Selalu macam tu la, kalau dia marah atau tal setuju apa-apa dengan saya, bila saya tak merajuk, saya tak sedih, saya tak menangis, saya ok macam biasa, bagi dia saya kurang ajar dengan dia, bagi dia saya macam nak tunjuk bagus, lepas siap la dia maki saya.

Takkan dia taktau saya sebenar nya dah tak harap dah dengan dia, dah malas nak bergaduh merajuk bagai. Benda sangat kecil tapi bila makian yang saya selalu dapat, saya rasa macam untuk apa lagi la saya bertahan.

Petang ni saya dah nak balik rumah saya kat negeri lain, kami masih tak bercakap dari isu bergambar selama. Selalunya lepas dia marah dia akan bersikap silent. Dulu saya kena pujuk dan minta maaf berkali-kali sampai menangis baru dia akan ok.

Sejak 2 tahun kebelakangan ni saya dah tak kuasa nak layan silent treat dia. Taknak bercakap sudah. Saya hanya tunggu masa nak balik rumah saya kat negeri lain saja.

Kalau dia datang rumah saya dan dia buat silent treat tu, saya buat taktau sambil menunggu masa dia balik ke rumah dia di negeri lain.

Hmm..

Kami takda masalah duit atau ketidakcukupan dalam keperluan hidup. Cuma layanan zahir dan batin saja. Mungkin saya juga ada banyak salah dan silap dalam hubungan kami.

Sebab saya bukan yang dulu, dah takda lemah lembut bercakap, saya pun dah kasar, muka saya pun boleh tahan kalau tarik 14 bekas karat, bahasa saya dengan dia pun kadang-kadang dah tak ok, saya pun dah tak harap dan ya dah takda perasaan pada dia lagi. Tapi taktau la kenapa saya masih lagi dengan dia.

Mungkin juga sebab kami PJJ kalau bergaduh atau bermasam muka saya tak kisah sebab masing-masing menunggu masa untuk balik ke rumah sewa. Bila dah balik tu rasa lega amat, tak payah dah nak hadap muka. Kami kalau wasap/call sebab anak-anak saja.

Ter fikir sampai bila nak hidup macam ni sebab umur saya dah 40-an. Nak failkan perceraian, tapi tak tau betul atau tak keputusan ni. Dan tak pasti juga sampai bila saya boleh bertahan diam simpan perasaan.

Cerita saya mungkin tak complicated berbanding orang lain, tapi saya memerlukan nasihat, pandangan dan pendapat untuk bantu saya.

Kadang-kadang saya rasa susah nya nak masuk syurga sebagai isteri dia. Apa la kebaikan dan pahala saya sebagai isteri dia. Sedih sangat.

Dan dia juga bukan seorang yang menjaga solat. Kalau seminggu saya cuti dan tinggal dengannya, seminggu tu la saya tak pernah nampak dia solat subuh.

Dulu saya selalu letak sejadah dan letak tanda sikit. Sampai ke malam sejadah tu tak berusik so saya tau dia tak sembahyang.

Ibu saya meninggal 2020, bapa saya menyusul 2021, bila ada suami macam ni, saya rasa lonely sangat. Saya tak bercerita dengan adik beradik, kawan yang rapat dah lama takda sejak dah kahwin.

Suami tak suka saya keluar/jumpa dengan kawan. Ada kawan tempat kerja ja la untuk buat bersembang biasa-biasa.

Maaf cerita saya panjang, tu pun banyak yang tak dapat nak cerita dan luah. Terima kasih kalau ada yang baca serta nak bagi nasihat atau pendapat.

Terima kasih. Assalamualaikum.

– Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *