Bodohkah Aku?

Hai & Assalamualaikum. Salam perkenalan semua. First of all, terima kasih IIUM Confession sebab sudi siarkan kisah aku ni.

Aku seorang gadis berusia 25 tahun. Seorang yang introvert, extremely shy, and pendiam. Kawan adalah dalam 3 orang yang still in-contact until now.

Actually tak tahu nak mula dari mana. But this is a bit story about my current life. Aku merupakan seorang fresh graduate & baru sahaja graduate degree dengan mendapat first class honours.

So after habis intern, aku terus pulun cari kerja hantar resume and Alhamdulillah dapat panggilan interview & dapat panggilan untuk masuk kerja.

Then bermula lah kisah aku sebagai seorang pekerja di syarikat berkenaan.

Nak dijadikan cerita, like being previously said, aku ni seorang yang introvert & pemalu so selepas aku dah di briefing and diberi tunjuk ajar tentang apa yang aku kena buat aku dah mula rasa tak selesa and lost of confidence.

Aku dah mula rasa aku tak boleh buat pun benda-benda yang disuruh.

Dalam masa seminggu tu aku dah mula rasa nak berhenti. Lepas tu aku tak tahulah aku ni ada ADHD ke apa, but I have this problem di mana aku tak boleh duduk diam dalam masa yang lama.

So bila duduk office tu sekejap-sekejap aku keluar pegi toilet. Bukan sebab nak kencing ke apa tapi sebab aku nak gerak kan kaki.

Sampai akak office tu pelik and tanya. Tapi aku terpaksa tipulah cakap duduk aircond sejuk sangat so tak tahan nak kencing.

One more thing, semenjak aku start kerja aku tak ada selera makan langsung, bila tengok makanan tu tak terasa nak makan pun walhal kerja aku boleh dikatakan penat jugak. My parent dah mula bising and persuade me untuk berhenti.

Bercakap pasal parents aku ni pulak hm ayah aku terutamanya memang tak support mana pun kerja aku ni. Memang daripada zaman belajar dia dah persoalkan benda aku buat. Tapi takpelah aku teruskan jugak pergi kerja as usual.

But I still feel the same, rasa not comfortable and tak boleh adapt dengan benda aku buat, sampai tahap rasa macam apasal lah aku pegi belajar rajin-rajin dulu sampai graduate result bagus.

Baik lepas habis spm aku terus pegi kerja yang biasa-biasa je sebab at the end aku tak mampu nak buat kerja yang setanding dengan kelulusan aku disebabkan personaliti aku yang begini.

And guess what, tak sampai sebulan pun aku kerja aku dah decide untuk berhenti. Aku hantar notis 24 jam and sampai di situ sajalah perjalanan aku.

Tapi aku pun tak faham dengan diri sendiri sebabnya lepas je aku hantar surat resign tu sampai sekarang aku tak boleh berhenti nangis.

Mood down teruk and aku dah mula rasa diri aku worthless sangat. Like kenapa la aku tak boleh jadi kuat and berani macam orang lain. Like kenapa la aku choose comfort over happiness.

Bila aku nangis depan mak aku dia kata aku mengada. Kadang rasa macam okay la kot aku berhenti sebab maybe the job isn’t for me tapi kadang rasa macam loser sebab mengalah cepat sangat. Now I don’t know what to do with my life.

Pastu sekarang aku rasa macam fobia pulak nak mintak kerja dalam bidang yang sama sebab takut banana fruit two times. But in a meantime aku rasa nak kerja macam waiter restaurant or barista sebab at least boleh gain money juga.

Tapi masalahnya sekarang ayah aku tak bersetuju pulak sebab dia suruh cari kerja yang guna otak pastu dia pelik kenapa aku nak susah payah cari kerja sampai sanggup nak buat kerja macam tu.

Entahlah aku pun binggung sebab umur aku dah 25 bukan pelajar sekolah umur 17.

Lately since pkp ni pun aku dah nampak susah payah ayah aku cari duit nak tampung perbelanjaan family & our only source of income is from my dad sebab mak aku suri rumah.

So aku rasa tak salah pun aku nak cari duit sendiri and buat simpanan a bit.

Okaylah sekian saja kisah hidup aku yang tak berapa nak menarik ni. Hopefully ada insan-insan yang boleh beri sedikit nasihat or kata-kata semangat sebab rasa hopeless pula sekarang.

P/s: kecaman juga diterima sebab saya tahu yang hidup ini keras.

– Blablablacksheep (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *