Body Shaming

Hai assalamualaikum semua. Okay, saya terus kasi mula cerita saya ya. Sebagai luahan, hehe. Sebab I think I deserve be happy.. Yeayyy!

Actually saya ni dulu pemurung orangnya. Kalau orang yang tidak tahu apa kisah lalu saya confirm akan jatuh Hukum la. Sebab rata2 yang Allah takdir kan saya berjumpa dengan mereka hampir kesemuanya menghukum dan meLABEL saya dengan pelbagai gelaran macam Acah2 sendiri2.

Maksud Acah2 sendiri ni sebab saya susah mau BERGAUL sama orang. Bila ada orang mau dekat sama saya mula2 ja saya rasa selesa dan rasa confident. Tapi lama2 rasa rendah diri tu mai. Jadi mula la mau murung2. Heee.

Saya jadi macam ni sebab sepanjang saya hidup, saya hidup dalam Sangkar “body shaming”. Body shaming apa ja yg saya tidak pernah kena ejek. Hidung kemek?? Ahh suda biasa. Muka kemek?? Ahh suda biasa. Jari kontot?? Muka berjerawat? Muka kembang? Kening tebal alias bersambung? Juga sama. Mau sebut satu2 tapi tak larat sebab terlalu banyak gelaran pasal body shaming. Yang lagi membuatkan saya murung sebab adik beradik sendiri yang hina kita. Huhu.

Bila adik beradik sendiri yang hina kita kata2 hinaan tu menusuk di hati begitu dalam sekali. Susah mau hilang. Cuba untuk ikhlas memaafkan tetapi lukanya terlalu sukar untuk pulih. Umpama menyantumkan kaca yang pecah. Jika orang lain yang menghina kita boleh melupakan walaupun lukanya tetap ada. Tetapi bila darah daging sendiri, hmm. Sesak jiwa bila mengenangkan. Nak di lupakan tapi memori hitam itu sentiasa bermain di dalam fikiranku. Huhu

Memori hitam lalu terlalu menyesal kan jiwa. Angkara memori itu juga la yang akhirnya membentuk peribadi saya menjadi pasif, lemah, mudah sentap, mudah terasa, negatif, pemurung, pemarah, cepat putus asa dan etc. Semua yang negatif berakar tunjang dalam diri saya. Ada kalanya saya menyalahkan diri saya kerana tidak tegar melawan hinaan demi hinaan tapi apa kan daya. Saya tidak mampu.

Tidak dinafikan saya adalah paling lembab, dungu dan bodoh sekali antara kami adik beradik. Dari tadika hingga sekolah menengah saya tidak pernah dapat A atau B. B ada tapi terlalu jarang. Tidak dinafikan adik beradik lain mereka begitu hebat dalam pelajaran mereka. Wajah yang boleh tahan juga tidak dinafikan. Saya sebagai adik mereka sendiri Kadang2 rasa kagum melihat wajah mereka. Bila sampai ke arah saya. Saya murung lihat wajah sendiri. Mengapa saya yang termalang sekali. Hmm

Persekitaran tersebut menyusahkan saya hingga kini. Asbab perkara itu, seperti yang saya nyatakan tadi personality saya terbentuk menjadi orang yang sangat negatif. Hingga lah saya masuk universiti. Oh ya walaupun keputusan saya tidak pernah cemerlang tetapi Allah maha kaya maha baik dia berikan saya rezeki masuk University. Allahuakbar. Nikmat Allah tidak pernah mengecewakan.

Di University, saya tidak punya ramai teman dan saya sebenarnya selesa tidak dikelilingi ramai orang. Selesa ke mana2 dan rasa nyaman. Macam2 perkara murung yg berlaku di alam University. Dari pensyarahnya hingga ke para penuntut. Dalam kelas saya terkenal dengan seorang yang sangat pendiam. Dalam kelas ada 60 lebih pelajar dan saya dikenali sebagai orang yang pendiam. Saya sedar beberapa orang begitu menyampah melihat saya dan tidak kurang juga yang biasa2 saja.

Tahap murung saya tu membuatkan saya skip kelas banyak kali. Saya rasa tiada tempat untuk saya meluah. I’m feel so lost. Saya rasa saya adalah orang yang tersedih di dunia ketika itu. Ujian benar2 menghempap saya.

Saya mula membandingkan saya dengan yang lain. Apa yang saya dapati saya terburuk di dunia dan terhina sekali. Saya mungkin bole tersenyum tapi ada kalanya saya menjadi seorang yang berwajah pembengis. Macam2 kata2 yang saya dilontarkan. Jiwa saya terlalu sakit. Saya dikata siko la, penyenyap la, acah2 sendirian la, dan macam2 lagi.

Apa yang saya tidak dapat lupakan lagi pensyarah ni suka menyindir saya di dalam kuliah. Attention seeker dan macam2 lagi. Lupa untuk saya katakan, bila saya murung saya suka update status d fb. Sebab saya rasa tiada tempat untuk saya luahkan segala rasa hati.

Sebenarnya saya tidak mahu bersangka buruk mengenai beberapa pensyarah tapi setiap kali kelas bermula setiap ucapannya pasti ada kaitannya dengan personaliti saya dan apa yang membuatkan saya over thinking adalah kerana di fb pensyarah tersebut friend dengan saya.

Saya tidak pasti ianya kebetulan atau apa tetapi apa yang diucapkan pasti ada kaitannya dengan personaliti saya. Saya merasa dihentam2 setiap kali masuk kelas. Saya tahu personality saya buruk. Allahuakbar. Sebab tu saya mau berubah tapi susah sangat. Semoga Allah pandang saya.

Sehinggala saya berkahwin, sifat saya yang pendiam dan tidak banyak bercakap juga menjadi salah di mata mertua dan anaknya yang lain. Tapi alhamdulillah saya sudah boleh mengawal keadaan. Sudah tidak terlalu kerap murung. Alhamdulillah syukur. Walaupun murung saya tidak sepenuhnya hilang tetapi sekurang2nya tidak begitu menghempap saya seperti sebelum ini. Alhamdulillah. Allah maha baik maha pendengar.

Sehingga kini sebenarnya kakak saya yang seorang masih lagi suka menghina hidung saya tetapi semakin berkurangan kerana sudah jarang berjumpa. Yang membuatkan saya rasa terhina kini adalah bila dia nakkan sesuatu dia baik dengan saya. Dia layan saya baik dan tidak menghina hidung saya. Tetapi bila tiada yang di perlukan jika kami berwhatsapp dan saya memulaukan gurauan pasti akan ada di hantar emoji hidung bab*. Saya cuba menahan rasa hati tetapi Kadang2 saya tewas juga.

Apa pun saya bersyukur memiliki suami yang memahami diri saya. Sebelum kawin saya suda menceritakan saya bagaimana orangnya. Saya menceritakan detail perangai saya yang adakalanya negatif, pemalu, pendiam dan lain2. Alhamdulillah dia boleh terima.

Untuk pengetahuan suami saya seorang ustaz dan sering dipanggil ceramah. Dari situ saya di ajar oleh suami untuk BERGAUL dengan masyarakat. Cuma Kadang2 saya yang tidak mahu ikut dia tetapi dia faham alhamdulillah. Dia sentiasa beri saya waktu untuk belajar perlahan2 dalam bermasyarakat. Bukan mudah memadam derita lalu.

Kini, saya merasa saya layak untuk bahagia. Bukan saya sahaja. Buat anda semua juga yang sama kondisi seperti syaa. Pilih jalan bahagia ya Kawan2. InsyaAllah

Alhamdulillah. Allah masih sayang. Buat siapa yang masih menanggung derita murung akibat dari bicara buruk orang lain mengenai anda, I feel u dan saya doakan semoga Allah bela kita suatu hari nanti. Semoga hidup kita lebih baik. InsyaaAllah, aamiin. Terima kasih sudi membaca…

– Bidadari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *