Body Shaming

Saja petang2 ni rasa nak menulis. Sudi2 la baca kisah aku ni ye.

Korang pernah kena body shaming tak sepanjang hidup ni. Aku sejak kecik lagi insecure dengan gigi aku sebab overbite bahagian atas.

Kecik2 dulu mana nak kisah sangat dengan gigi ni.. yang aku tahu mak dengan abah selalu pesan suruh rajin gosok gigi.

Susunan gigi tak cakna sangat sehinggalah dah meningkat dewasa naik sekolah menengah baru perasan susunan gigi tak cantik. Keyakinan diri terus jatuh.

Kalau tiba2 tergelak mesti style tutup mulut. Dah terbiasa gelak tutup mulut. Cakap pun kena kontrol.

Dulu2 nak buat braces tak ada duit. Rasa macam mahal sangat braces ni.

Kawan2 tak pernah sebut pun pasal gigi ni sehinggalah zaman cerita halimah jongang bersiaran kat astro. Kawan sekelas aku selalu nyanyi lagu tu sebab lagu tu agak catchy sikit budak2 pun selalu duk nyanyi.

Aku yang dengar ni walaupun direct tak tuju kat aku tapi aku terasa. Sedih weh. Kawan baik sendiri ‘body shamingkan’ engkau.

Kita sebagai tuan badan tahu la walaupun orang tak bagi tau tentang struktur tubuh badan kita.

Muka ni hari2 duk tilik depan cermin. Orang tak bagi tau kita jongang pun kita tau la kan dah gigi sendiri.

Seminggu ke lebih aku tak ingat, tapi aku pergi sekolah dengan murung. Cakap sepatah2 je bila orang tegur.

Tu baru zaman sekolah menengah. Dah masuk matrik lagi la aku jadi pendiam. Dalam kelas paling introvert tapi berkawan dengan extrovert.

Mujurlah kawan aku tu baik, dia tak pernah tegur pun pasal gigi aku.

Long story short, zaman university pun begitulah keadaannya. Masih dengan introvertnya. Bila dah start kerja benda pertama yang aku buat adalah simpan duit untuk buat braces. Hahaha..

Mak saudara aku ada sorang ustazah. First dia tengok gigi aku pakai besi dia cakap kat anak dia, tak boleh pakai ni mengubah ciptaan Allah.

Halah2…biarlah bukan dia yang hidup dengan insecurities ni.

Yang aku tahu selepas buat braces gigi dah cantik tersusun. Confident terus dengan diri sendiri. Struktur muka pun berubah sikit bila susunan gigi cantik.

Entah lah, siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan tuan dia.

Okay itu je la nak share. Terima kasih yang baca.

– Sankuit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. dulu pun gigi aku overbite. Tak jongang sangat tapi kalau gelak tu rasa macam terkeluar semua gigi aku dari bibir. Aku lagi lah pernah bf sendiri cakap “kalau awak pakai braces mesti cantik”. Nasib baik aku dah putus. Dapat laki sekarang tak pernah pun judge. Aku cakap nak buat braces dia tanya kenapa nak pakai braces tapi dia tak halang sbb pakai duit aku huhu. Now gigi aku dah cantik. Aku senyum makin confident. Takde lagi kena ulser. Oh ya orang yg overbite ni selalu kena ulser tau sbb tergigit bibir sendiri masa makan. Jadi, ada kelebihan dari faktor kesihatan jugak, bukan semata nak cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *