Body Shaming Baby

Assalamualaikum. Hai, aku Bali. Of course nama samaran. Dah berkahwin, anak seorang in sha Allah coming soon tukar tittle mak anak dua.

Bali nak confess tentang body shaming ni bukan berkenaan diri Bali. Tapi anak Bali.

Anak Bali baru berusia 2 tahun. Alhamdulillah sihat, cerdik, solehah insha Allah. Tapi Bali selalu sentap bila orang kerap body shaming anak Bali. Anak Bali kurus, tak terlalu kurus.

Tapi tak menyamai kadar kebesaran Bali dan suami. Bali mempunyai keturunan rangka besar, manakala suami jenis bertubuh tinggi. Mungkin sebab itu orang selalu nampak anak dara Bali tu terlalu kurus? Entahlah.

Anak dara Bali tu mengikut rangka tinggi daddynya, tinggi.

Dulu daddy dia memang kurus, tapi bukan keding. Cuma lepas kahwin memang dia agak membesar, lepas 5 tahun faham-fahamlah macam mana.

Tapi kami dalam proses menurunkan BMI dan gaya hidup sihat (untuk Bali semasa pantang nanti la ya).

Anak Bali sangat aktif, tapi alhamdulillah bukan terlalu hyperaktif. Cuma sejenis tak boleh duduk diam. Dia tak memilih makan, cuma jenis makan sikit-sikit dan kerap.

Mungkin ke tu penyebab dia susah gemuk?

Oh ya anak Bali lahir pun agak kecik dengan berat 2.8kg sahaja. Tapi sebab tinggi so memang nampak kecik sampaikan ada orang melawat Bali masa pantang, ayat dia paling Bali tak boleh lupa,

”Alahai keciknyaaa anak ko ni Bali, kalau keluar ikut pintu ni confirm senang meneran tak ada koyak,”
Sedih Bali tau. Anak Bali lahir ikut tingkap sebab leaking lama & poor progressed.

Anak Bali pun tak ada rezeki susu badan lama-lama. Sampai 6 bulan genap. Banyak faktor terpaksa stop minum breast milk. Lepastu dia continue minum FM sampai sekarang.

Ini pun jadi asbab orang body shaming jugak. Katanya sebab anak tak cukup 2 tahun BF sebabtu anak jadi kurus kering. Mentang-mentang anak dia semua fully BF, badan berketak-ketak semua puji comel tembam.

Cuba bagitau Bali, mak mana tak nak anak cukup susu badan? Ingat Bali ni *odo* ker tak tau khasiat, benefit fully BF anak? Hello anak Bali bukan kategori underweight tau still normal.

Belum lagi cerita pasal pengasuh. Bali dan suami dua-dua bekerja, nak tak nak memang anak kena hantar pengasuh.

Bali dah tukar pengasuh nak masuk 5 kali tau semua gara-gara body shaming, pengasuh acuh tak acuh je jaga pemakanan anak Bali.

Ada ke patut umur 8 bulan dah suap anak kita bubur mcd? Umur 11 bulan dia dah suap anak kita nasi + telur + kicap.

Alasannya malas nak handle bekal, anak Bali tak suka masakan Bali tak ada garam + pak Aji. Bali tak reti masak sedap sebab tu anak tak gemuk-gemuk. Bagi buah-buahan katanya buah-buahan kudapan orang dewasa sahaja.

Baby gemuk tu tandanya baby sihat ke? Anak Bali umur setahun berat dia mencapai 11kg, tapi memang tinggi almost 80cm.

Doktor sendiri sah kan anak Bali normal bukan underweight.

Kesian anak Bali. Kecik lagi dah kena body shaming.

Tu belum lagi bila balik kampung, pergi kenduri, orang duk sibuk banding-bandingkan size dia dengan baby-baby lain.

Anak sepupu tu bulatlah, tak macam anak Bali tak boleh kunyah pipi. Cucu pak Mat tempe belakang tu tembunlah, anak Bali kena lesing terus jatuh berguling-guling. Kelakar sangat yer ayat-ayat korang tu?

Anak Bali tak tembun tapi anak Bali cantik tau macam mak dia!

Bali ada kawan yang anak dia mmg overweight sangat-sangat. Umur 6 bulan, berat dah sama dengan anak Bali umur setahun. Bali selalu cakap,

”Uuuiii budak montel comel niii gewammm nk cubittt,”

Tapi rupanya kawan Bali tu selalu sentap orang kadang panggil anak dia Baby Gajah, macam michelin lah, baby tembam-tembam pun mak-mak dia agak sensitif kan lagi-lagi perkataan tak sepatutnya.

Kebetulan anak dia ada masalah tiroid, dan masalah tu berkait dengan kadar ketembunan anak dia. Kesian tau.

So nasihat Bali, kalau jumpa baby atau toddlers tu, cakaplah benda baik-baik.

Jangan cuba banding-bandingkan. Mereka tak faham, tapi yang kelek dokong mereka ni faham 100% tau. Nak cakap Bali ni oversensitif, cakaplah. Tapi yang melalui je tau perasaan Bali sebagai seorang mak.

Tu baru banding antara baby2 lain. Ahli keluarga rapat sendiri pulak body shaming anak Bali sekali pakej kitorang sekali tau. Suka pulak kepoh body shaming tu ke sedaramara masa berkumpul. Bali mampu senyum jerlah.

Doakan yang baik-baik ya?

Kalau ada pembaca yang ada tips naikkan berat badan anak secara sihat pun boleh share kat komen tau! Terima kasih.

– Puteri Limau Bali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *