Body Sh4ming II

Untuk part I, (https://iiumc.com/body-shaming-3/)

Hai dan Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi approve saya punya confession.

Saya juga dah baca komen-komen yang ditulis rakan-rakan semua di ruangan Fb. Terima kasih pada yang bagi kata-kata semangat. Yang kecam tu saya tak marah pon, hehehe.

Tujuan saya tulis ni untuk clearkan salah faham tadi. Memang betul yang saya tulis berat saya 60++ kg dengan ketinggian 158 cm takde typo pon.

Masa sekolah rendah lagi berat saya dah 50++ kg so bila naik sekolah menengah dalam form 3 macam tu dah naik 60+ kg sampai lah sekarang. Yee mungkin bagi sesetengah orang tak ada lah gemuk sangat.

Tapi hakikatnya memang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah orang panggil saya gemuk dan gajah. Buat masa ni saya tak jumpa lagi lah kawan yang positif macam yang ada diruangan komen tadi.

Dan bukannya saya taknak melawan, tapi dah kalau dari kecik family sendiri pon panggil gemuk jadi saya rasa tak ada guna nya untuk saya melawan.

Pakcik makcik saya pon kata “kau ni gemuk sangat lah, tengok kakak2 tu tak gemuk pon”

Jadi dengan sapa yang saya patut meluah kalau family pon kata macam tu apatah lagi kawan-kawan. Hanya mampu berdoa dan mengadu pada Allah sahaja lah.

Sebab itu jauh lebih baik. Tapi sebagai seorang manusia, saya juga perlukan someone yang boleh dengar kesedihan yang saya lalui tapi saya tak ada. So sebab tu lah saya tulis confession ni.

Saya nak jugak tengok pendapat orang lain tentang berat badan saya. Adakah gajah juga macam orang lain sangka?

Betul lah ada sesetengah orang dengan berat yang macam saya masih nampak kurus tapi saya tak.

Saya tak pernah jugak pakai kebaya macam orang lain. Mungkin jenis bentuk badan saya yang nampak kan lagi gemuk di pandangan mata orang lain.

Disebabkan saya dapat ejekan dari family dengan kawan-kawan buat kan saya rasa rendah diri dan hilang keyakinan.

Tak ada rasa nak melawan, cuma senyum dan sabar. Sebab saya juga tahu setiap yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.

Allah takkan uji hambanya melainkan dengan kemampuannya.

Dan bukan itu sahaja, dalam adik beradik saya, cuma saya seorang je yang muka berjerawat. Mak dan adik beradik saya semua tak ada jerawat.

Jadi jerawat dan isu berat badan memang satu hal yang sensitive bagi saya.

Tapi tulah apa yang saya mampu buat, senyap jelah. Kadang saya terfikir, kenapa eh orang yang suka cakap lepas ni tak fikir kan perasaan orang lain. Tapi tulah saya pon takda jawapan ahahahhaha.

Bukannya saya tak pernah bersenam tapi motivasi yang tetap tu mungkin belum ada.

InsyaAllah selepas ni saya akan cuba untuk lebihkan masa bersenam. Saya juga tahu penjagaan kesihatan tu penting. Itu saja yang saya nak sampaikan.

Terima kasih ye semua.

– Atul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *