Boikot Atau Jiran

Assalamualaikum cuma luahan yang banyak persoalan.

Aku baru pulang dari bercuti di Pangkor.. Aku beli pelbagai jenis coklat disana..

Sehingga aku terlepas pandang ada brand boikot diantara coklat-coklat yang aku beli..

Sampai rumah aku sedekah pada jiran-jiran aku..

Minggu depan tu aku pergi bercuti lagi ke Melaka.. Aku beli macam macam barang makan untuk dibawa pulang.. Sampai rumah aku sedekah pada jiran-jiran ku..

Tiba-tiba jiran ku menolak.. Dia kata jangan bagi dah dia tak nak..

Coklat yang aku bagi pada dia sebelum ni dah bakar sebab isi coklat tu ada minyak b@b! Dan itu produk isr@el..

Aku minta maaf pada dia dan aku kata yang ini keropok.. Dan dia masih menolak pemberian ku..

Selepas dari kejadian itu aku balik buat solat taubat hajat tahajud.. Aku minta redha Allah.. Moga Allah maafkan aku..

Maafkan aku sebab tak cakna dengan brand brand boikot dan redha atas kejadian ini.. Sebab hati aku rasa sangat sedih..

Selepas dari kejadian itu aku rasa mungkin aku boleh berhenti beri apa-apa pada dia.. Tapi berdosa kah aku?

Aku suka memberi pada jiran-jiran.. Tapi seorang ini saja yang aku tak beri dah selepas ni atas faktor kejadian tadi?

Maafkan aku yang berdosa..

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Org kita tak kenal mana yg Israel ke tidak.
    Satu lg org beri kalau taknak pun buang je la diam2.
    Tak pun bagi je la aku hahaha

  2. Nak boikot xsalah tp jg sbb boikot ko free2 dpt dosa. Contoh mudah mcm ni la. Org bg dgn niat baik tp ko pulak menyakitkan hati org. Sbb lately ramai sgt aku tgk rasa dia terpaling boikot. Sampai aku naik annoying. Kita kene igt ade org beli brg2 tu sbb xtau company tu support zionis, ade org terpaksa beli contoh aku sendiri keje malam, kopi lain xleh minum sbb aku akan sakit kepala tp nak x nak tu je nak bt aku jaga. So jgn ko tgk org beli ko terus cop dia sokong zionis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *