Boleh Jadi Gila Bila Hidup Dengan Orang Gila

Saya “A” anak perempuan sulung dari 5 beradik. Abang 2 orang atas saya, adik 2 orang bawah saya beza jarak 12 tahun ya dengan adik. “A” in the middle tapi bukan lah typical “middle child” ya. Hehe…

Cerita bermula dengan abang no. 2 ni dari kecil mak selalu kata dia special sikit. Ingat dulu2 selalu kena heret teman mak ayah bawak abang pergi jumpa psikiatrist.

Kata dari psiakritist popular zaman tu (1900s) abang saya takde masalah cuma “kanak2 lambat berkembang” sebab dah umur 7 tahun masih tak pandai membaca menulis.

Tapi bila dia umur 9 tahun progress dia cepat. Dari orang terakhir dalam kelas ke dapat no.1 dalam kelas paling atas.

Alkisahnya beliau ni belajar di boys school so tahu lah kalau budak nampak lembik ni kena buli macam mana. So mungkin ini pon menyumbang kepada masalah mental abang saya.

Dipendekkan cerita, bila dia dah okay mak ayah memang paling sayang lah dengan dia sampai satu imsiden bila sikap dia yang lemah lembut tukar 180° jadi agresif.

Kalau dulu nangis tak nak pergi sekolah sebab kena buli sekarang jadi mengamuk pagi2 tak nak pergi sekolah.

Tahap amukan dia bukan biasa2 ya. Masa ni dia form 1. Tahap mengamuk pinggan mangkuk terbang. Pisau pacak dekat pintu. Dinding rumah berconteng ugutan dan makian terhadap ibu sendiri.

Mak ayah saya orang meniaga. Waalhualam tapi teori kami abang saya ni kena buatan orang selain dari kategori “mentally special” dia.

Yalah faham2 lah kan bab2 cabaran meniaga dan hasad dengki. Lagipon peliknya tu dia memang benci sangat2 dengan mak saya. Boleh ke imagine anak kandung ugut nak bunuh mak sendiri?

Time form 2 dia drop off sekolah sebab memang dah tak boleh nak handle amukan dia setiap pagi. Macam2 usaha mak ayah saya buat untuk pulihkan abang. Berubat ke hospital, perubatan islam and perubatan kampung sampai ke seberang diaorang cuba.

Lama abang saya sakit “special” ( mental + buatan) sampai tahap dia memang tak keluar rumah bertahun2 sebab dia tak boleh tengok orang.

Saya pon tak tahu kenapa. Adalah dalam 7 tahun melayan amukan dia hampir setiap hari.

Weekend je kerja saya cat dinding rumah yang berconteng ugutan dan makian terhadap mak saya.

Masa dugaan berat ni mak saya mengandung adik saya. Dengan ekonomi teruk perniagaan lingkup and ada anak kategori special. Mak saya pon kena sakit angin meroyan.

Dugaan.

tapi alhamdulillah lepas banyak berubat ada elok sikit akhirnya bila saya ambil stpm. abang saya pon ambil spm sebagai calon bebas.

Betapa tabahnya ibu saya besarkan anak2 dan tak pernah putus asa bawa abang berubat and pujuk untuk sambung belajar semula. Walaupun dia dah boleh ambil spm, habiskan diploma cari kerja perangai amukan tu masih ada cuma berkurang.

Kalau ada yang tak kena kadang2… fuuh terbang lah pinggan mangkuk pisau semua. Dengan hamburan jeritan kata2 kesat satu kejiranan boleh dengar.

Macam tu lah kisah hidup saya dan keluarga dari kecil sampai usia dewasa.

Alhamdulillah, Allah sayang saya…saya masih lagi mengekalkan kewarasan membesar dalam suasana yang sukar. Sebab mak sakit masa2 dia sakit angin meroyan dia datang, adik2 memang saya yang berusia 13 tahun ni lah jaga.

Ada sekali adik sakit (baby umur 2 bulan) saya lah yang umur 13 tahun yang kena duduk hospital jaga adik 3 minggu sebab mak sakit. Tapi seronok juga macam bercuti dari tekanan di rumah dan abang saya.

Hidup ni ada pasang surut kata orang tapi dalam kes saya bnyk yang surut ntah bila nak pasang. Ada saja dugaan.

Tahun kedua universiti mak saya sakit ganjil memang tak boleh jalan and bed ridden. Setahun juga lah berulang ke hospital setiap minggu bawa mak ke theraphy. Semua tugas2 ni saya anak perempuan yang galas. Alhamdulillah beliau pulih semula.

Tapi mungkin sebab saya tak pernah merungut dengan ujian Allah bagi saya perasan ada benda2 Allah mudahkan. Dapat peluang smbung master, dapat kerja yang baik, kawan2 yang baik.

Tapi kadang2 bila saya balik rumah memang hidup tak rasa tenteram dengan insiden2 amukan.

Tahun 2013, sekali lagi diuji ayah kena stroke lumpuh separuh badan dan sakit bauh pinggang. Saya baru saja menempuh alam pekerjaan selepas grad setahun lebih.

Memang tak ada pilihan urusan bawa ayah ke hospital, merawat ayah yang sakit, perbelanjaan sekolah adik2, keperluan rumah saya cukupkan seboleh mungkin.

Abang sulung saya ambil alih perniagaan ayah yang cukup2 makan walaupun dia agak tak pandai berniaga. Jadi kalau dia ada duit, abang sulung lah banyak bantu tutup poket bocor.. alhamdulillah dia ada walaupun tak banyak.

Masa tu gaji saya kecil, tapi alhamdulillah cukup lah tampung perbelanjaan hidup sekeluarga termasuk kos perubatan.

Dan abang ” mentally special” masih juga macam tu. Tapi masa ni dia dah kerja di bank dan gaji boleh tahan. Duit belanja mak ayah memang tak pernah sikit pon beliau bagi.

Dia sibuk dengan dunia sendiri dan asyik nak kahwin saja. tapi kalau dia tak buat masalah tu saya memang dah cukup syukur.

Alhamdulillah beliau jumpa jodoh dengan kakak ipar yang sangat penyabar. Kak ipar tahu perangai dia and masih teruskan perkahwinan. Memang rahmat Allah hantar kakak ipar saya ni.

Maka berkahwin lah beliau, beli rumah sendiri dan pindah. Legaa… aman damai rumah ni.

Tapi bak kata pepatah hujan tak sampai ke petang. Abang “mentally special” saya kena buang kerja. Pindah kerja lagi dua kali pon kena buang kerja. Buat grab kena “bar”.

So bila hidup dia tertekan dia pon kembali menekan orang lain dalam keluarga ni dengan keluarga dia sendiri.

Astaghfirullahal azim. Itu saja saya mampu ucapkan setiap kali episode amukan berulang.

Kadang2 saya risau untuk kakak ipar saya and anak saudara saya bila amukan dia datang. Tapi setakat ni cuma verbal abuse belum ada fizikal abuse. Tak tahulah kalau ada tapi kakak ipar tak nak bgtahu.

Kadang2 saya pon tak tahu nak buat macam mana. Ada saja episode jiran report polis tapi bila polis datang elok je dia stop mengamuk. 180 degree gentleman character…

Tapi kepahitan hidup sebelum ni tak rasa sangat sebab masih ada abang sulung, ayah, ibu, adik2 kecil nak berkongsi duka lara.

Zaman covid sekali lagi dugaan datang. Selain kena buang kerja, cuba meniaga bakery, dapat kerja semula… Tanpa diduga arwah abang sulung dan ayah dijemput ilahi selang seminggu…

Sejak tu keluarga kecil kami cuma lah berempat. Bila ayah dan abang sulung baru meninggal, “abang mentally special” saya elok sikit lah perangai dia. Elok sekejap tanpa episode amukan tapi lepas 3 bulan ni start balik dah.

Abang saya ni memang ada sakit “extreme depression and bipolar”. Memang kena makan ubat tapi bila ubat dia habis dia akan buat tak tahu tak nak ambil ubat berbulan2. Hari ni dah sebualn lebih ubat dia habis, dia tak ke hospital.

Beliau tak bekerja dah dekat dua tahun. Dah cuba pujuk untuk bekerja atau ambil alih bisnes abang sulung kami tapi bila saya nasihat katanya saya tak bersyukur sebab saya ada kerja.

Musykil jugak saya apa yang saya tak syukur. Saya ni kerja dari lepas subuh sampai lewat malam kot cari rezeki.

Kebelakangan ni sebab saya dah tak tahan saya selalu menegur dia, jadi saya dah jadi sasaran amukan dia.

Adik lelaki saya dan adik perempuan saya tamat diploma dan ijazah tahun lepas bln 6. Saya rasa patutnya tanggungjawab keluarga saya sepatutnya dah habis sampai sini.

Saya harap sangat adik2 bantu ambil bebanan kewangan and tanggungjawab menjaga rumah dan ibu tapi susah juga tu nak mendidik nak bagi adik2 faham..

Nasib baik adik perempuan faham juga akhirnya dah kurang sikit rungutan bila saya minta bantu beli barang dapur and bayar bil.

Sekarang ni yang merisaukan adik lelaki.. walaupun dia banyak tolong jaga ibu tapi sebab terlalu manja tak ada usaha langsung nak bekerja. Banyak habiskan masa main mobile legend.

Kalau salah tegur nanti mengamuk juga. Saya bekerja sepenub masa dan kena menjaga perniagaan kecil keluarga sejak pemergian arwah abang sulung dan ayah.

Mula-mula saya okay sekarang dah rasa tertekan dan terlalu penat. Ikutkan hati mahu saja saya tutup dan jual semuanya tapi ibu tak bagi sayang katanya…

Kalau ada adik2 yang nak tolong ambil peranan tak apa. Ini semuanya saya kena uruskan. Kalau saya takde kat rumah berlari2 antara dua kerja pon saya akan pastikan penghantaran makanan sampai di rumah walaupun saya tak sempat balik.

Bayangkan kerja non stop berbulan2, weekend pon ada je urusan nak saya uruskan. Saya dah terlampu penat and frust.

Bila saya cuba menegur adik beradik lain mulalah gaduh besar dan mak minta saya beralah. Nanti ceritanya pusing macam saya yang tak sudi jaga mak dah.

Mak saya minta maaf dia menyusahkan saya dan saya rasa macam saya orang jahat pulak sebab tak pernah pon terlintas dalam hati macam tu.

Ntah lah dah tak tahu nak buat apa. untuk tahun 2022 ni saya beritahu diri sendiri, kalau tak ada orang nak kisah pasal sedih and susahnya kau, mungkin sampai masa pentingkan diri.

Jadi saya tekad nak beli rumah, pindah and duduk sendiri. Biarlah duit habis bayar loan rumah jadi nnti pandai2 lah adik beradik jaga diri sendiri dan kongsi tanggungjawab jaga ibu sebab kakak dia memang dah takde duit los bagi ke bank.

Macam ini sajalah jalan keluar saya nampak walaupun saya sangat risau nak tinggalkan mak di rumah dia. Padahal nak cari rumah paling jauh pon 20 min je jarak dari rumah mak.

Ada jugak ajak mak duduk sekali tapi biasalah orang tua mana nak tinggalkan rumah sendiri.

Hari ni pon ada lagi episode amukan dan drama air mata dalam keluarga saya.

Pagi sekali… malam sekali.. penat ya.. kadang2 dengan tekanan kerja and tekanan emosi macam ni saya pon macam dah rasa separuh gila tapi saya selalu ingat Allah masih ada. Alhamdulillah

Saja cerita dah tak tahan nak meluahkan rasa. Saya dah penat jadi orang kuat…

Terima kasih baca dan tolong doakan keluarga kami kembali aman, mental depression abang saya pulih, beliau insaf, ibu saya sihat and kurang bersedih, takde episode duka and amukan dari adik beradik lain….

Mak saya dah tua… saya kesian sangat2 tengok dugaan2 yang Allah bagi kat dia tapi tu lah saya pon dah sama2 penat dan saya rasa tak bolehlah nak tutup semuanya atas alasan.. takpe dia adik2 kakak kena membimbing.. takpe abang sakit.. kita tak faham..

Saya dah mula soal diri sendiri…sampai bila saya kena beralah. selagi hayat di kandung badan? Adil ke untuk saya?

Umur saya dah 35 tahun macam dah sampai masa untuk saya pon ada hidup sendiri juga..

Kalau adik baru grad dah rancang nak kahwin takkan lah saya yang dah berusia ni tak boleh nak utamakan hidup sendiri sekurang2nya ada rumah sendiri. Mana tau dah tua besok kena halau dari rumah mak bila mak dah takde….

Satu doa dan harapan saya… semoga Allah berikan ibu saya hari tua yang tenang tanpa masalah dengan anak2 dia… Aamiin.

Okay dah habis merepek and lap air mata dengan tissue. Hahaha…

– Orang kuat yang lelah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *