Salam… Aku sekarang tengah bingung. Tak ada kawan nak luah, nak tanya orang malu. Tengah fikir nak minta pendapat kat mana sampai la aku jumpa page ni kat FB. Minta maaflah kalau apa yang aku luah ni ada yang tak suka.
Aku akan menikah beberapa bulan lagi dengan duda anak satu (anak perempuan). Kami kenal dah beberapa bulan.
Awal-awal hubungan kami ok, tapi lama-kelamaan aku rasa hubungan ni makin teruk. Tak tahu lah susah aku nak explain macam mana, mungkin semua ni berpunca dari aku seperti yang dia selalu cakap.
Setiap kali kami bincang apa-apa, berakhir dengan gaduh. Dia berapa kali akan ingatkan aku lepas nikah kena share semua benda sama-sama, terutamanya perbelanjaan. Tak boleh nak harapkan dia sorang.
Nafkah anak dengan rumah bulanan 2k lebih nak dekat 3k (rumah dia beli yang sekarang ex dia duduk dengan anak) dan duit bulanan (kalau masuk sukan berbayar memanah, boling, berenang) dalam 7 ke 8 ratus.
Aku tak marah dan aku bangga sebab dia seorang yang bertanggungjawab pada anak.
Hujung bulan lepas aku minta dia cakap dengan ex tolong bayar duit rumah separuh (gaji ex 7k lebih) sebab nak bayar duit persiapan nikah kitaorang untuk bulan tu je. Terus dia maki aku, dia cakap aku benci anak dia, tak suka anak dia.
Sebulan sekali anak datang dia kena sediakan 1k lebih. Salah ke aku cakap jimat duit untuk bulan ni sebab kita nak pakai duit tak lama lagi nak nikah?
Dia cakap aku nak putuskan hubungan aku dengan anak dia. Ntah lah, kalau anak dia datang aku yang cedok makanan walaupun kat kedai, aku yang ambilkan air, layan apa yang anak dia nak. Benci lagi ke aku macam tu?
Dia cerita gaji dia yang 4k lebih tu untuk anak dia dan mak dia je. Mak berhutang sofa, peti, mesin basuh (bayar bulan-bulan), dia bayar. Sedangkan mak ayah dia pesara kerajaan dan dia ada adik-beradik lain lagi.
Jadi lepas nikah kalau aku nak makan apa yang aku suka, apa yang dia tak suka (kami lain-lain negeri), jadi aku kena beli sendiri.
Nikah kami buat biasa-biasa je, dia tak nak membazir. Lepas nikah dia cari rumah flat tingkat 4 yang tak ada lift, tu pun aku ok je. Tak apa lah kalau itu yang dia mampu.
Dia juga cakap nanti tugas isteri kemas rumah, rumah tak boleh bersepah, layan makan pakai. Bila aku nak cakap tugas suami, terus dia potong ayat aku.
Semalam kami gaduh lagi sebab dia cakap anak dan mak dia adalah keutamaan dia. Aku tak boleh nak compare kasih sayang aku dengan anak dan family dia.
Lepas tu aku tanya apa gunanya aku, cinta aku ni cinta apa, kasih sayang aku ni kasih sayang apa? Aku tinggi suara terus dia maki aku, memekik kat telinga aku cakap aku selfish.
Betul ke kasih sayang family (mak dan anak dia) dengan kasih sayang aku berbeza? Aku bingung dengan pertanyaan ni. Ke aku yang jahat fikir bukan-bukan?
Salah ke bila aku terasa bila dia cakap kasih sayang dia dengan aku, dengan dia dengan family dia berbeza, tak boleh sama? Aku tak ada jawapan. Dan… aku nak putuskan hubungan ni bila dia cakap macam tu. Aku rasa aku dah tak sanggup.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik, tolong lari jauh2 cepat!!
Nikah itu untuk apa? Untuk duda dapatkan bibik percuma? Halalkan seks tanpa perlu bertanggungjawab tentang menafkahi isteri?
Tak salah seorang ayah menafkahi anaknya (ini tanggungjawab sehingga akhirat dari segi makan pakai, tempat tinggal, pendidikan dsb) walau selepas bercerai tapi selayaknya lah…jika sampai tidak mampu menafkahi isteri baharu maka jangan kahwin anak dara orang! Nanti jika termengandung -ada anak lain pula- siapa yang perlu menafkahi?
Dik, isteri adalah tanggungan suami – bukan isteri baharu bertanggungjawab untuk memastikan suami boleh memewahkan anak dan ibu melampaui yang selayaknya. Fikir2kan lah…. sekurang2nya masih belum bernikah, anda bebas untuk gunakan duit sendiri, kepala pun tak pening, badan pun tak penat & hati tak sakit
P/s: Makcik andalusia kawin duda kematian isteri anak-5
Lari la nokkk.. bekas bini mewahkan, bini baru kena duduk flat apoo
Dia nak teman seranjang je sebenarnya, jangan jadi bodoh
Lari dik..lari, belum apa-apa dah kene maki and naik suara , ko boleh bayang tak lepas kawin nanti macam mana?
banyaknya redflag. Lari je lah dik. Kita kahwin ni nakkan ketenangan, kalau ada perbezaan pendapat pun boleh saling toleransi ambik solusi win-win. Tapi ni hmmm.. tacoooddd