Aku fresh grad, baru lepas habis degree and yes aku alumni IIUM and baru masuk kerja beberapa bulan. Tiba2 rasa nak tulis kat IIUM Confession ni (hope dapat dipublishkan) Hehehe.
Macam yang kita semua tahu, lepas je habis belajar, isu yang hangat diperkatakan tak lain tak bukan ‘kerja apa’ and ‘gaji berapa’. Ramai fresh grad expect yang gaji diorang lepas habis degree dalam lingkungan RM2500 ke atas. Tapi aku gaji aku tak sampai 2K pun dan alhamdulillah aku dapat survive dekat KL ni.
Habis je degree haritu, aku dapat panggilan untuk sesi interview di salah sebuah syarikat swasta. (small company je n offer dia bersesuaian dengan keaadan syarikat yg tak terlalu besar). Tanpa buang masa, aku terus ke KL untuk menghadiri interview tu dan rezeki baru habis belajar, aku dapat tawaran kerja tu. Tapi bila aku cakap kat parent pasal gaji yang ditawarkan tak sampai 2K, tolak2 EPF Socso ada la dalam 1.7K, mereka tak komen apa2 siap cakap banyak lah tu (kami orang kampung, so jumlah tu agak besar bila di lihat oleh orang tua aku). Realitinya jumlah tu fikir2 balik bila duduk KL, cukup ke? Dah la KL kos tinggi. Dekat UIA lain lah, makan murah, mahallah siap semua dalam yuran. Sebabkan aku tak nak memilih kerja, and parent support so aku terus terima tawaran tu dan terus ke KL seminggu lepas interview tu.
Nak dijadikan cerita, dalam akaun aku ada RM400 je bila mula2 sampai KL. Tu lah baki yg sempat aku simpan sem terakhir. Lepas tu parent bagi RM100 jadi lah RM500. (sebab tak expect dapat kerja cepat, ingatkan nak kerja kat kampung dulu simpan duit). Lagipun time study aku tak saving duit byk pun sebab pinjaman aku cukup2 nak cover hidup 1 sem dekat UIA. Dengan berbekalkan RM400 untuk hidup sebulan dekat KL. Makan untuk sebulan (sementara tunggu 1st gaji), tambang LRT gi kerja hari2, sewa bilik lagi. Memang ikutkan RM500 tu tak cukup tapi Allahu, aku bersyukur aku boleh survive bulan pertama tu. Makan pun aku kawal bajet tak sampai RM10 sehari, kadang2 makan roti je.
Lepas sebulan tu aku dapat gaji pertama aku. Tapi lepas tolak EPF Socso semua tu ada lah dalam 1.7K. Nak bayar sewa bilik, nak makan n beli barang dapur, nak bayar duit pinjaman pelajaran, nak kirim duit kat parent, simpan kat ASB, duit tambang train hari2, so aku ilustrasikan macam mana aku buat financial planning untuk sebulan:
Makan sebulan (30 hari X RM15 sehari) = RM450
Tambang train sebulan = RM100
Sewa bilik = RM200
Pinjaman pelajaran = RM200
ASB = RM300
Data internet = RM40
JUMLAH = RM1290
Gaji aku 1,700 – RM1290 (perbelanjaan) = RM410
Dengan baki duit ni, boleh bagi kat parent half ke semua ke. Kalo half bagi parent, half boleh buat belanja2 lain. Tambang balik rumah sebulan sekali ke. Barang dapur aku share dengan kawan sebilik so jimat kat situ. Bujang2 bukan nak masak heavy2 sangat. Simpanan jangan risau sebab dah tolak dalam asb sendiri so jika ade kecemasan apa2 boleh keluarkan. Insurans dan medical aku alhamdulillah buat masa ni company yang cover. So bila dapat naik gaji baru amek insuran sendiri.
Aku tak ada kenderaan dan bergantung sepenuhnya kat public. Sebab mudah. Train dekat dgn rumah je, and tempat kerja pun dekat dengan train. Kalo bawak motor kereta nak bayar duit minyak lagi, bayar bulan2 lagi, traffic jam lagi. Aku belum ready nak commit bayar2 semua tu tapi bila dah stabil boleh la amek motor sebijik. Aku jenis yang tak suka shopping2, pakai apa yang ada. Jika terdesak baru aku akan pergi shopping2 tapi dekat kedai2 area kampung aku je murah. Beli barang mahal2 nak buat apa? Self-reward? Self-satisfaction? Baik aku simpan duit tu boleh guna buat kahwin. Lagipun aku baru 23 tahun, so dalam masa 4-5 tahun tu mungkin simpanan aku boleh cecah 20-30K (jika dtidakdirkan gaji aku meningkat ke paras yg lebih tinggi jika aku stay dalam beberapa tahun ni). By the same time, aku nak sambung master jugak nanti, taknak pinjam2 dah.
So pesanan buat korang2 yang bakal habis belajar dan tengah mencari kerja, memang korang nak pertegakkan yang korang ade degree. Nak gaji korang lagi up dari budak2 diploma. Nak 2.5K ke atas tapi ingatlah, apa je kerja korang buat time degree. Dalam resume tu dapat tulis practical training, part time cashier, bla bla bla. Sah2 la time study 4 tahun tu duduk dalam UIA je. Company sekarang pulak nak experience, tapi tak semua strict and ade je company yang amek fresh grad without experience. So kena la sedar range gaji yang korang demand tu sesuai tak dengan company yang korang mintak. Kerja kat company swasta gaji dia tak macam gomen yg memang fixed. Swasta kadang satu position tu range gaji lain2 n tak sama.
Lagi satu, kena la plan financial korang baik2. Elakkan berhutang pada awal2 korang kerja ni, berjimatlah seboleh mungkin tapi jangan jadi bakhil. Beza tau bakhil dengan jimat. Setahun pertama kerja tu jangan enjoy sakan lebih2 sangat. Bila dapat increment gaji, restructure semula financial plan tu and kalo ade rezeki boleh la upgrade living style sendiri. For those yang pa ma korang support tu memang tak de hal, tapi aku nasihatkan ni untuk anak2 yang parent dia sederhana, tak berkemampuan tinggi nak support korang. Sebab ayah aku dah pencen tapi pencen dia pun cukup2 nak sara keluarga kat kampung. Lagipun dah kerja kan, tak malu ke mintak duit kat parent lagi. Dah la time study dulu mintak duit itu ini, Bila dah kerja ni turn kita pulak yang bagi kat diorang duit.
So renung-renungkan dan selamat menempuh alam kerjaya.
– Abg Fresh Grad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit