Boleh Saman Ke?

Salam Sejahtera kepada semua..

Saya nak bertanya berkenaan 1 situasi ini..

Bekas majikan saya (foreigner) telah mengenali seseorang iaitu seorang warga Malaysia, dinegara ini juga sewaktu menghadiri sebuah majlis di ibukota..

Jadi lebih kurang 1 minggu hal tersebut, dia (ex majikan) telah bercerita kepada saya tentang usul berkenaan satu usahasama untuk membuka sebuah perniagaan baru dengan warga Malaysia terbabit..

Pendek kata, mereka berdua telah bersetuju untuk membuka sebuah perniagaan dimana modal akan dikeluarkan oleh ex majikan saya (dia bertindak sebagai Funder), manakala perniagaan akan di jalankan oleh warga Malaysia tersebut..

(Semua perjanjian ini dimulut saja.. tiada hitam putih)..

Jadi, ex majikan saya telah mengaturkan satu pertemuan di pejabat ex majikan, dihadiri oleh warga Malaysia terbabit, dan saya sendiri (pertama kali saya mengenali warga Malaysia itu)..

Di dalam perbincangan tersebut, ex majikan telah bersetuju untuk keluarkan sejumlah modal..

Kerana warga Malaysia itu tidak mencukupi modal untuk setup perniagaan..

Saya sebagai saksi telah mendengar sendiri..

Sepulangnya warga Malaysia tersebut, ex majikan telah meminta pendapat saya tentang warga Malaysia terbabit.. ok ke tak untuk berurusniaga..

So saya mengatakan jika ditengok dari luaran, ok saja semuanya..

Lagipun warga Malaysia terbabit telah meyakinkan juga ex majikan saya tentang prospek perniagaan..

ASALKAN MODAL UNTUK RUNNING ADALAH MENCUKUPI..

Ex majikan juga telah bersetuju..

So, segalanya agak smooth dari awal..

Sebuah syarikat baru telah dibuka.. dan dinamakan diatas nama warga Malaysia terbabit..

Dan saya telah ditawarkan bekerja dengan syarikat baru tersebut..

Dalam tempoh beberapa minggu, saya mengambil peluang untuk mengenali warga Malaysia tadi dengan lebih dekat..

Dan saya yakin dengan kemampuannya mengendalikan syarikat..

Ex majikan telah memberikan sedikit modal permulaan (kepada warga Malaysia itu) untuk menyewa sebuah pejabat lain, dan sedikit renovation telah dibuat..

Kosnya saya anggar ngam2 sahaja.. untuk reno dan beli perabot (sedikit sahaja)

Tapi secara tiba-tiba (selepas siap renovation), ex majikan berkata dia tak dapat memberikan lagi modal selebihnya

(Saya tak tahu kenapa tiba-tiba bertukar fikiran, sedangkan dari awal dia memang bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah modal yang dipersetujui)..

Warga Malaysia tersebut kecewa.. beliau mengadu kepada saya bagaimana nak bisnes kalau macam ni..

Segala perancangan tergendala..

Tetapi beliau tetap berusaha sendiri..

Beliau cari projek, dan saya membantu didalam pengurusan dan dokumentasi..

Saya rasa kecewa dan malu dengan tindakan ex majikan..

Dalam pada masa sama, saya cuba untuk merisik sikap sebenar ex majikan, daripada bekas2 pekerja terdahulu yang telah bekerja lebih lama.

Saya cuma pernah bekerja dengan dia beberapa bulan saja.. bukan permanent pun.. sekadar membantu beberapa bulan di syarikat dia (ex majikan foreigner itu)

Dan saya dapati, kesemua mereka memberi pendapat sama..

Ex majikan kuat putar belit dan menipu pekerja serta client sendiri juga..

Saya cuma bekerja sekejap, itu pun sebab diminta tolong untuk sesuatu urusan..

Jadi, sekarang selepas 6 bulan, ex majikan bertanya kpd saya bagaimana keadaan syarikat..

Saya berkata, kami baru bisnes saja dan tak dapat banyak untung pun..

Ex majikan mendesak saya untuk mengambil balik duit dia yg dia dah keluarkan untuk modal permulaan syarikat..

(Saya tak tahu siapa yang hasut dia, ataupun dia sendiri yang mungkin tiba2 tak yakin dengan syarikat baru ini)

Dia bukan setakat mendesak, tapi mengugut untuk menyaman saya dengan alasan dia bersetuju untuk keluarkan modal itu, adalah kerana kononnya saya mempengaruhi dia..

Padahal dari awal, dia yang kenal warga Malaysia tersebut.. dia yang kenalkan warga Malaysia itu kepada saya..

Dan dia sukarela berikan wang modal (direct kepada Warga Malaysia itu) tanpa paksaan dari mana-mana pihak..

Alih2 nak salahkan orang..

Saya sakit hati..

Jadi saya nak tanya pendapat anda semua, bolehkan dia menyaman saya?

Atas dasar apa?

Terima kasih di dahului..

– Reen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *