Boleh Tak Aku Nak Jadi Jahat?

Assalamualaikum. Terima kasih IIUM Confession. Macam-macam kisah dan cerita aku dapat dari sini. Macam-macam ragam manusia yang aku kenal dari ruangan komen.

Disebabkan ruangan ni ada manusia dari pelbagai lingkungan umur dan background yang berbeza, izinkan aku coretkan selembar kisah sekadar untuk meluahkan rasa.

Kali ini aku memilih untuk jadi diri aku sendiri. Sebab aku dah penat jadi manusia yang baik. Macam tajuk confession, boleh tak aku nak jadi jahat?

Aku ni dididik dari kecil untuk jadi orang baik, jadi anak yang solehah. Dari sekolah rendah sampai ke universiti, semuanya background agama. Sekarang di alam kerja, juga masih berkaitan agama. Sampai satu tahap aku penat.

Bukan aku putus asa dengan Tuhan, tidak. Cuma aku sampai satu tahap aku benci dengan personaliti diri sendiri yang terlalu baik.

Deritanya seorang aku yang sering mengalah, menjadi penurut untuk elak timbul masalah, fikir banyak kali sebelum buat sesuatu, tak nak orang terasa, itu ini.

Sampai satu tahap aku berkali-kali burnout disebabkan diri aku yang terlalu baik dan people pleaser. Tambahan pula aku seorang introvert, plus banyak yang aku pendam sendiri.

Aku bukan jenis orang yang berkira duit, masa dan tenaga. Kalau ada orang susah, aku rela bagi kat orang tu. Aku tak ada takpe. Aku jenis tak sampai hati dekat orang lain.

Personaliti aku ni dah berkali-kali aku cuba ubah sebab end of the day nanti aku akan burnt out. Tapi aku tak tahu macamana nak keluar dari personaliti tu.

Bila aku jadi baik, orang jadi terlalu dependent pada aku. Aku rimas. Aku lebih rimas lagi kalau orang mintak bantuan, tapi aku tak mampu nak bantu. Aku tak pandai sangat say NO. Sudahnya aku turutkan saja.

Kalau aku betul-betul tak ada kemampuan, aku hanya senyapkan diri. Aku tak tahu nak confront bagaimana.

Perkara ni bertahun-tahun membelenggu diri aku. Aku tak reti nak suarakan ketidakpuasan hati aku kepada orang even orang tu adalah kakak aku sendiri.

Puncanya sebab aku jenis mudah kesiankan orang. Dan aku ni pula jenis memahami kesusahan orang. Semua benda aku akan kaitkan dengan dosa dan pahala. Aku jadi susah sendiri.

Disebabkan penampilan yang orang lain anggap alim ni buatkan aku sukar nak jadi diri sendiri. Aku teringin nak lepaskan marah dan baran aku kalau aku tak puas hati dengan servis di kaunter kerajaan, tapi aku fikir aku kena jaga itu jaga ini. Sedangkan hati perasaan aku?

Aku teringin nak maki secara terang-terangan sebab kena tindas dengan pihak-pihak berkepentingan, tapi.. aku tak boleh nak keluarkan words pun bila berdepan.

Aku tak tahu sama ada aku terlalu bersabar atau aku pengecut untuk bertindak berani. Tapi aku geram, sumpah aku geram tapi tak boleh nak luah.

Aku benci jadi fake begini. Boleh tak aku nak jadi diri aku sendiri je? Tapi aku tak tahu macamana nak tackle situasi-situasi dan cabaran hidup dengan orang sekeliling.

Aku berusaha hati-hati untuk keluarkan perkataan sebab aku tahu perkataan yang keluar dari mulut manusia ibarat sembilu yang bisa melukakan hati orang.

Tapi, ada sesetengah orang selamba bercakap macam tiada otak dan perasaan. Sampai lama-lama aku jadi terikut-terikut nak memaki orang.

Baca komen orang pun aku rasa macam nak mencarut. Walhal, sebelum ni aku paling benci orang mencarut macam orang takde iman.

Kenapa ye aku jadi baran, benci sejak beberapa kebelakangan ni? Aku dah tak boleh sesabar macam dulu.

Aku tahu Tuhan tak suka keadaan ni. Tapi aku tak tahu nak keluar dari keadaan ni. Since aku dah kena macam-macam, aku banyak asingkan diri untuk tak nak melukakan orang, tapi orang lain anggap aku pentingkan diri sebab tak nak bantu atau libatkan diri dengan orang.

Jujur aku penat. Aku nak jadi ikhlas, tapi banyak pulak dugaan aku terima. Aku bagi bunga, orang balas tahi. Sudahnya, aku jadi tawar hati nak buat apa-apa kebaikan.

Adakah aku sedang berputus asa? Rasa nak je potong rambut jadi pendek dan jadi minah gangster supaya takde sapa2 boleh pijak dan tindas aku lagi. Termasuklah lelaki-lelaki yang datang hanya untuk menguji perempuan selemah aku.

Penat. Jadi. Baik.

– Miss Gummy Bear (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. aku pernah jumpa orang macam ni. dan betullah macam yang ramai sebut, cintai diri sendiri. aku rasa apa yang kita patut buat satu jer: adil. Jadi adil dalam setiap tindakan. Adil ni maknanya kau buat apa yang sepatutnya kau buat untuk orang termasuklah orang tu diri kau sendiri. Kalau perbuatan membantu tu sampai memudaratkan kau, membuatkan kau benci diri kau itu pun zalim pada diri. Melainkan kalau itu betul-betul tanggungjawab kau, tapi jangan kau fikir kau perlu bertanggungjawab atas segala masalah kat dunia ni dan tak perlu pun kau menanggung segala beban tu. Jangan rasa bersalah. At the end of day, only us know our capacity. “Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sesekali”. Wallahu’alam, semoga Miss Gummy Bear dipermudahkan urusan😊

  2. Comel je nama miss gummy bear ahahahaha jangan jadi jahat okay miss gummy bear? Kadang ada benda tu yang kita nak sangat ubah, but end up benda tu memang akan ada dengan kita sampai bila2. Jangan berhenti buat baik sebab yang pilih miss gummy bear buat baik tu, Allah kan? Tapi betul lah, tak boleh lah kita baik sangat sampai dipijak. Tapi kita buat ni semua untuk Allah kan? Semoga urusan miss gummy bear sentiasa dipermudahkann, terima kasih jadi orang baik <3

  3. Sis kita semua ni pendosa…takpelah sis penat jadi baik tu anggaplah ujian Allah nak ajar sis bersabar & munasabah diri jadi lebih baik….jadi jahat takde faedahnya dosa dapat free sia-sia… percayalah…cukuplah tolong orang mengikut kemampuan sendiri tanpa dipaksa…ingat Allah sahaja yg tahu hati & niat baik kita…abaikan je mulut yg busy judge sis. Pasal lelaki sis boleh je sound dorang dengan suara yang lantang, jelas & bagi ayat makan dalam bertubi-tubi biar pedih berdesing. yang selebihnya belajar main boxing ker,silat, taekwondo or anything else activities for release burnout & solve anger issues.

  4. hi awak, been in your situation for my whole life sampai kena buli kena maki kena kutuk semua ada. but there’s one day, it’s my turning point tau. you know what i can tell you is that “Let Go & Let God”. Dulu i selalu sakit, mental & physical (every month MC) sebab semua keputusan or benda dalam hidup buat untuk orang dan tak pernah untuk diri sendiri. kalau awak rasa buat baik kat orang buat awak happy then teruskan dan ni point penting, jangan EXPECT ape2 dari orang yang kita buat baik. lepas kita buat baik, serahkan semua pada Allah. Ingat yang semua perjalanan dan pergerakan hidup kita Allah yang atur. contohnya awak gerak ke toilet pun Allah yang atur. mungkin susah untuk awak mula tapi insyAllah awak boleh. lower your expectation in human and put your trust in Allah. mungkin clishe tapi i’ve done that and never felt happier than before. sekarang ni buat je apa yang awak rasa buat awak happy, sebab orang lain tak kisah kan kita tapi kita kena kisahkan diri kita. InsyaAllah awak boleh!!

  5. Awk ni sebiji mcm sy haha. Jenis cepat kesiankan orang rasa bersalah dan berdosa kalau tak tlg org tp org tak kesiankan kita pun . Buktinya bila org tahu kita ada masalah contohnya bab kewangan tp masih nak susahkan kita minta beli itu ini minta pinjam dan macam macam lagi . Paling terkilan cari kita bila nak minta tolong sahaja bila nak bergembira cari orang lain huhu . Kalau kita bagi macam macam nak puji pun susah kalau orang lain yang tak tolong tu melambung lambung pula pujinya . Tu yang jadi terkilan dan penat nak bantu orang . Sy doakan awak boleh jadi keras hati macam saya akhirnya . Tinggalkan sahaja mereka mereka yang selalu mengharapkan bantuan awak . Goodluck

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *