Bolehkah Berpoligami Dengan Gaji RM1,700

Sedikit pengenalan diri yer, makcik dan pakcik berumur 50++.. makcik surirumah sepenuh masa.

Zaman muda dulu makcik berkerja tapi dah berhenti hampir 15 tahun . Pakcik Masih berkerja dangan gaji basic RM1700. Hidup aman damai bebas hutang.

Makcik ada masaalah kesihatan. Diawal perkahwinan pernah kena sihir pemisah, alhamdullilah dapat diatasi.

Makcik ada masaalah mati putik, kalau untuk lelaki dipanggil mati pucuk. Dah puas jumpa doctor dan perubatan traditional masih sama. Sebut jer apa jamu atau ubat, semua makcik try.

3 tahun lepas makcik dah operate buang rahim dan ovari . Tiada rawatan hormone kerana keadaan kesihatan makcik tidak mengizinkan untuk ambik pil hormone. Bila tiada organ kewanitaan keadaan makcik semakin teruk.

Begitulah secara ringkas kisah hidup makcik.

Pakcik pulak ada penyakit 3 serangkai, tapi masih ok.

Makcik dah banyak kali suruh pakcik kawin lain. Dari muda lagi makcik izinkan pakcik kawin tapi pakcik tak pernah setuju. Katanya dia tak pernah terpikir pun untuk kawin lagi. Cukup la makcik sorang.

Pakcik memang sorang suami yang sangat baik. Memasak, membasuh tiada masaalah. Kami bagaikan pasangan yang sedang hangat bercinta. Kemana2 saja berdua. Berjalan masih berpinpin tangan.

Semalam makcik ikut pakcik pergi pejabat kwsp buat permohonan pengeluaran. Makcik tak tanya pun berapa jumlah pengeluaran. Makcik memang tak pernah bertanya hal duit pakcik. Sebab setiap apa yang makcik mintak pasti pakcik bagi.

Dalam perjalanan balik makcik dikejutkan dengan permintaan pakcik untuk kawin lagi. Terasa drastic sangat sebab takde angin takde ribut, tiba2 jer keluar permintaan tu dari mulut pakcik. Makcik ok jer walaupun sedih.

Yer la, mana tak sedih, baru buat permohonan pengeluaran kwsp, takde pun bunyi nak belanja makcik makan special ker apa tiba2 terus cakap nak kawin.

Kot la nak buat surprise bagi makcik gelang emas besar ker sempena menyambut raya ni.. Nahh sekali payung emas terus pakcik nak bagi..

Makcik memang dah lama bersedia seandainya satu hari nanti pakcik akan sebut hal ini. Makcik tak boleh nak halang kerana makcik tau kalau makcik sempurna perkara ni mungkin tak berlaku. Hampir 30 tahun pakcik bertahan dengan makcik.

Makcik cakap kat pakcik kawin la, tapi makcik tak nak kenal n tak nak tahu siapa pilihan pakcik.

Makcik tanya la dah ada calon ker. Pakcik cakap ada la yang dia perhatikan tapi belom tentu orang tu nak kat dia. Makcik tak tau la setakat mana hubungan diaorang.

Makcik mintak pakcik tangguhkan dulu hajat hatinya tu sehingga rumah yang baru kami beli siap. Makcik mintak izin untuk pindah ke rumah baru tu sebab makcik tak mahu mendengar apa2 gossip dari jiran tetangga.

Plan asal rumah tu kami beli untuk kami sewakan. Kami jugak ada plan untuk menjual sebuah rumah kami di negeri lain,

Hasil jualan rumah tu kami akan beli 2 biji lagi rumah di daerah ini. Satu untuk kami tinggal, 2 lagi kami jadikan homestay atau sewakan sebagai persediaan setelah pakcik tidak lagi bekerja.

Kami merancang semua ni supaya kami masih ada pendapatan walaupun sudah tidak bekerja lagi. Setakat perbelanjaan kami berdua rasanya mencukupi jika perancangan kami itu berjaya kami laksanakan.

Tapi bila pakcik dah ada perancangan kawin ni makcik taktau la macamana dia nak menanggung keluarga kami nanti. Perbelanjaan makin bertambah2, pendapatan makin berkurang.

Makcik cakap kat pakcik, bila kita jual rumah nanti hasil jualan bahagi 2. Makcik tetap nak beli sebuah rumah untuk diri makcik. Rumah tu akan makcik sewakan at least makcik ada duit sendiri. Duit bahagian pakcik ikut suka dia lah nak buat apa.

Perancangan kami untuk bercuti keliling malaysia nampaknya akan terkubur. Mungkin makcik kena berjalan sorang2 la kot.

Yang buat makcik risau sekarang ni :-

1) Boleh ker pejabat agama luluskan poligami dengan gaji RM1700?

2) Kalau pejabat agama tak luluskan macam mana? Kesian pakcik.

3) Kalau pejabat agama luluskan, macam mana pakcik nak tanggung 2 keluarga dgn gaji sebanyak tu? Makcik taknak la pakcik terpaksa berkerja lagi diusia pencen.

Makcik rela jer mengundurkan diri asalkan pakcik bahagia. Makcik bole tinggal di mana2 pondok agama. Seronok jer ada kawan sama2 belajar agama. Sekarang ni makcik ada pakcik jer la yang jadi kawan baik dan kawan bergaduh.

Apa pendapat anak2 semua?

Maaf yer kalau tulisan dan ayat tak teratur maklum la dah lama tak menulis panjang2. Biasa wssap dengan pakcik pun banyak letak emoji jer.

– Makcik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Penceritaan makcik buat saya sedih sikit, ketawa sikit.. Maaf ya hihi..

    Ntah lah.. apa yang saya rasa ada kemungkinan juga pakcik cakap nak kahwin lagi sebab makcik dah banyak kali suruh dia kahwin lagi, dari muda pula tu. Bila dah 50an ni dia cakap nak kahwin lagi sebab saja nak tengok reaksi makcik kot..?

    Tapi kalau betul dia nak kahwin lagi, harap2 calon tu pun bukan jenis mata duitan jenis boros.. Muda sangat pn susah juga sebab nanti nak beranak pakcik kena kerja keras lagi nak cari duit.. ermm..
    Saya hanya mampu doa semua nya baik2 sahaja..

  2. Entahlah x tahu nak ckp apa tp pakcik berhak bahagia kalau kahwin baru dpt memenuhi tuntutan batin dia..jgn sedih sgt la makcik sbb itukan perjuangan dan pengorbanan dlm rumah tangga.

    Biarkanlah pakcik habiskan sisa2 umur dia dgn bini baru andai dpt jodoh yg baik.Tp kalau dia nk kutip jnda anak 5 tlg la halang.Itu cr bala bkn bahagia.Carilah andartu ke..janda tkda anak ke..janda ank dah bekerja ke.

    Redha aje la makcik inshaallah hati lapang.Semoga sukses ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *