Bolehkah Jadi Sahabat Baik?

Aku menulis ini kerana aku mahu berkongsi yang jika kau ada kawan baik yang berlainan jantina dengan kau. Kau perlulah berjaga-jaga tak menjerat diri sendiri kerana perasaan “asing” dalam diri kau tu. Ye pada awalnya kawan baik namun…

Ceritanya begini. Aku mempunyai dua sahabat lelaki yang sangat akrab denganku. Dua-dua orang sangat bertentangan perangainya. Oklah aku bagi nama dia, Ahmad dan Abu. Ahmad merupakan seorang yang moody dan Abu merupakan seorang yang sangat kelakar orangnya. Dua-dua mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada awalnya perhubungan kami bertiga adalah sebagai kawan biasa di sekolah. Ya sama batch dan sama kuliyah. Namun, takdir telah menemukan kami bertiga kembali di universiti kebanggaan kita iaitu IIUM.

Mempunyai sahabat seperti mereka sangatlah menceriakan hari-hari aku. Aku sebenarnya tak pernah menyangka ynag kami bertiga boleh jadi seakrab ini. Kau tahu segala masalah aku semua aku ceritakan pada mereka. Aku tidak mempunyai niat yang lain selain hanya berkawan semata mata. Ya sayang aku sebagai kawan baik dan tidak lebh dari itu. Aku juga telah meletakkan penghadang antara kami bertiga yang dimana kita tidak akan jatuh cinta antara satu sama lain. Hal ini kerana untuk mengelakkan kejanggalan ketika berkawan.

Berbalik kepada masalah aku. Aku ni merupakan seorang yang bermasalah. Maksud aku, masalah sering bertandang padaku kerana mungkin sifat aku yang gelabah. Segala perasaan dan isi hati aku luahkan pada Ahmad dan Abu. Ahmad apabila mendengar cerita aku dia akan lebih beremosi dan lebih memahami namun tidak pula Abu, dia lebih cenderung untuk membuat lawak dan kadang-kadang aku berasa annoyed dengan perangai dia. Namun, satu hari aku sedar yang Abu telah jatuh suka pada aku. Jadi aku mula menjauhkan diri daripadanya kerana niatku untuk tidak pergi jauh dari bersahabat dan untuk mengelakkan janggal dalam hubungan kami bertiga. Yelah kita bersahabat baik, andai kata aku dengan Abu bercouple, mesti akan ada rasa janggal dalam perhubungan aku dengan Ahmad apabila aku duduk bersama Ahmad. Pasti Abu cemburu. Tak bestlah kawan baik macam ni. Aku nak enjoy berkawan. JAdi seperti yang aku cakapkan tadi, aku menjauhkan diri dari Abu. Kasihan Abu. Aku sayang dia namun sayang sebagai sahabat.

Lama kelamaan aku tahu Abu give up. Dan hubungannya dengan aku mula menjadi seperti biasa. Aku kembali selesa berkawan dengannya. Aku gembira. Oh lupa pula! Dalam masa aku berjauhan dengan Abu, aku sangat rapat dengan Ahmad. Ahmad sering bertanya pada aku kenapa kau tak telefon Abu cerita masalah kau ni, aku hanya menjawab yang dia sibuk. Jadi Ahmad pun faham. Ahmad pada awalnya aku sangat menyampah akan dirinya. Perangai tak memasal, bermulut longkang juga rupanya biasa-biasa sahaja dan jauh dari taste aku. Pokoknya takkan aku akan jatuh hati dengan orang seperti ini mustahil. TiTik!

Namun, semakin aku rapat dengannya semakin aku mendalami dan mengenalinya. Dia selalu membebel padaku dan aku tidak sukakan itu. Dia sering membantuku ketika susah. Sentiasa ada denganku apabila susah. Banyak perkara yang aku rasakan sweet terjadi antara aku dengan Ahmad. Sangat gentleman. Kau bayangkanlah disaat aku hilang laptop, dia sedia membantu aku membeli laptop baru sebab aku terdesak nak pakai. Bila barang aku rosak, dia pinjamkan sampai dia sendiri pun tak ada masa dia memerlukan. Banyak bendalah yang terjadi, tak boleh nak cerita lebih-lebih. Yang penting aku menjaga batas ketika bersamanya.
Kau tahu, aku juga sering bergaduh dengannya kerana mulut longkangnya itu. Namun, kerana gaduh apabila sunyi jatuh perasaan rindu, dan apabila rindu tanpa aku sedari ada sesuatu yang asing terserap di dalam hatiku.

Aku cuba menangkis perasaan ini. Aku benci dan aku tidak mahu perasaan ini. Aku malu. Terlalu malu. Menyukai sahabat karib sendiri telah bertentangan dengan prinsipku. Aku tak mahu dia tahu. Hanya Allah yang tahu betapa perit aku menahan perasaan ni. Aku seorang yang tahu. Dan aku tak nak sesiapa pun tahu. Dia juga pernah berkata yang dia tidak akan jatuh hati pada aku. Dan pada masa itu hanya Allah yang tahu betapa aku menjaga riak wajahku agar tampak lebih tenang sedangkan peritnya. Saat ini aku mengerti perasaan Abu. Air mata mengalir namun tiada siapa yang tahu. Padan muka aku.

Saat ini aku berdoa pada tuhan agar buangkan jauh perasaan aku dan aku tidak mahukan ia. Menyukai sahabat sendiri adalah perkara memeritkan. Ya bukan salah cinta mencintai antara sahabat karib namun ia menjadi salah apabila bertepuk sebelah tangan. Persahabatan tidak lagi seronok apabila muncul perasaan ini. Aku mahu seronok ketika bersahabat. Jadi aku rela melupakan kerana aku memilih sahabat berbanding menjadi pasangan.

Biarlah ketika aku belajar ini, aku bersahabat baik dan tidak akan menaruh harapan atau perasaan pada sahabat karib aku ini. Cukuplah seronok berkongsi berkawan dan fokus dalam pelajaran. Aku ingin berjaya. Aku nak nasihat agar kawan-kawan di luar sana janganlah mementingkan diri sendiri kerana perasaan kau menghancurkan persahabatan. Utamakan persahabatan kerana jika umur kita panjang perjalanan kita untuk kita tempuhi dengan dia masih panjang lagi. Anggaplah perasaan kau tu timbul kerana keliru atau apa apa ajalah. Ikhlaskan hati dalam berkawan. Sayangi dia seikhlas hati sebagai kawan. Ingat jika dia betul jodoh kau, macam mana kau buat perjanjian tak boleh bercinta pun akan ada lorong Allah ciptakan untuk kau bersama dia. Namun pada waktu itu adalah masa yang sangat sesuai kerana kematangan dan sebagainya.

Ikhlaslah dalam berkawan pada waktu belajar ni. Fokus dalam pelajaran kerana ibu dan ayah teringin melihat kita berjaya. Banggakan mereka. Ingat! Tetapkan hati berkawan dahulu soal jodoh letak tepi dahulu. Perasaan asing itu biarkan pergi dan andaikan ia kembali biarkan ia kembali di kemudian hari dimana dua duanya sudah bersedia. Berkawan dahulu seikhlas mungkin dan apa apa yang terjadi kemudian hari jangan endahkan lagi. Usah difikirkan. Appreciate the moments when you with them. Allah Maha Mengetahui, pahatkan dalam hati. Percaya pada-Nya. Ketetapannya terbaik buat kita. Mungkin perasaan yang hadir merupakan ujian darinya. Dan dia ingin melihat sejauh mana kita tahan pada ujiannya.

Aku mohon perkongsian aku sedikit sebanyak dapat menguatkan tali persahabatan antara kalian. Dan aku ingin membuat kesimpulan, Lelaki dan perempuan yang bersahabat baik akan ada rasa asing walaupun sedikit mengalir dalam hati mereka. Jadi terpulang pada kita ingin memilih sahabat atau cinta. Jangan biarkan persahabatan musnah kerana cinta. Sayangi ia kerana untuk membina persahabatan dan kepercayaan lebih sukar berbanding kau membina cinta. JAngan biarkan pengorbanan kau mempertahankan persahabatan sia-sia. Semoga Allah menetapkan yang terbaik untuk kita semua.

psst* Aku berdoa agar Ahmad dan Abu mendapat jodoh yang jauh lebih baik daripada aku. Bahagia mereka bahagialah aku. Aminn..Korang yang baca pun sama aku doakan. Hehehe.

Wassalam…

– Mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit