Bolehkah Sakit Mental Diselesaikan Dengan Zikir?

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan post aku ni.

Isu tentang sakit mental ni memang agak sensitif, malah mungkin akan membuatkan sesetengah orang berkaitan terasa hati dan triggered.

Tapi insyaAllah post ni bukanlah untuk membuatkan orang lain terasa hati mahupun triggered,

Tapi hanyalah untuk bercerita tentang pengalaman saya sebagai seorang penderita mental disorder, yang didiagnose oleh doktor mempunyai bipolar.

Saya rasa semua orang dah tahu bipolar ini mood swing yang keterlaluan. Antara mania (exaggerated feeling of wellbeing), dan depression.

Bipolar ini banyak type dia. Tak ingat pula diriku didiagnose bipolar jenis berapa, tapi fasa depression bagiku lebih banyak berbanding mania.

Pernah sesekali mengalami psikosis, tapi alhamdulillah stabil setelah menerima rawatan.

Tapi memang fasa depression ku begitu terus sehingga ku rasa hidupku ni mcm xde ‘kehidupan’. Asyik rasa burnout dan pernah rasa hidup kelam je memanjang.

Tapi takdelah sampai bertekad nak bunuh diri , cuma memang fasa depression tu diriku berada at the worse. Rasa diriku lah paling malang dan sesekali menyalahkan Tuhan. Tapi tu dulu…

Ubat? Sudah 2 tahun tidak ambil ubat. Ok, perenggan kali ni bukan nak galakkan pesakit mental tak ambil ubat, atas pilihan masing masing.

Cuma disebabkan symptom yand diriku seperti depress memanjang tu tak hilang setelah ambik ubat, maka ku memilih untuk improve lifestyle dari sudut thinking dan ZIKIR je.

Pernah ku mendengar seorang graduan bidang psikologis mengulas pasal ayat Al Quran “Alaa bizikrillahi tatmainnul qulub” (dengan mengingati Allah hati akan tenang).

Katanya tenang yang dimaksudkan Allah dalam ayat ni hanya untuk orang yang takde sakit mental mcm depression, anxiety dll tu.

Kalau untuk orang yang ada sakit mental, zikir pun takleh menenangkan dia. Erm… ku cam berfikir logik gak. Tapi takdelah ku terus menerima kata katanya,

Sebab bidang tafsir Quran ni memerlukan pandangan para ulama, jadi sebab dia ahli psikologis je, ku cam lebih kepada tak berapa terima lah.

Ok, agak lama juga ku bergelut dengan sakit ni sehingga menjejaskan pengajian dan selalu berhenti kerja.

Tapi setelah sekian lama duduk dalam takuk yang sama dan sesekali menyalahkan Tuhan, ku berfikir,

Sampai bila aku nak jadi macam ni, dunia tak berjaya, zikir pun malas sebab zikir tak tenang tenang pun (ku ada juga anxiety, memang selalu rasa gelisah dan jantung agak laju).

Sampailah satu hari ku tetiba membulatkan tekad setelah puas menyalahkan Tuhan, ku bertekad, biarlah tak dapat tenang atau dunia pun, aku tetap nak zikir jugak.

Jadi bermulalah fasa aku struggle kaw kaw untuk istiqamah dalam zikir.

Zikir apa yang ku amalkan?Ku amalkan tahlil, istighfar dan selawat sebanyak dua ratus kali sehari setiap satu pagi dan petang. Ada juga doa syifa dan ayat/doa pelindung yang lain.

Dan ku perasan sangat, kalau hari ku amalkan ayat Quran/doa pelindung tu, walau tak rasa perubahan pada diri tapi ku akan tak berapa mudah terpengaruh dengan keadaan buruk sekeliling,

Seolah bisikan syaitan untuk buatkan emosi kita melampau lampau tu macam disekat. Jadi ku berusaha tak tinggal amalan yang ku susun untuk diri sendiri ni.

Dan setelah beberapa bukan ku betul betul istiqamah dalam amalan-amalan zikir ni, (tanpa menghiraukan rasa tenang atau tak), masa depress pun ku usaha buat kaw kaw.

Tetiba emosiku memang amat stabil, tidak ada up and down yang keterlaluan dah.

Keluargaku pun mengatakan ku kelihatan sihat dan banyak perubahan. Dan ku juga mendapat suatu perasaan tenang dan stabil dalam tempoh yang berterusan, tidak ada depress yang terus sangat dah.

Ku bukan menggalakkan orang lain tinggal ubat ye. Cuma sebab ubat tu buatkan otakku jadi slow dan pernah juga lidah jadi keras kejung sampai tak dapat zikir dengan lidah, dan symptom depression tak hilang hilang,

Jadi ku pilih untuk tinggal ubat dan pilih zikir. Sebab kalau tak dapat zikir diriku akan jadi lebih tertekan dan stress.

Zikir pula, ku cuba fokus sefokus fokusnya ingat Allah masa zikir tanpa memikirkan perkara lain.

Ku tak faham dengan sesetengah orang Islam yang lebih mempercayai meditasi dan yoga berbanding zikir dan solat yang disuruh oleh Allah

Bagiku zikir dan solat ini lebih tepat dan pantas untuk diamalkan oleh seorang muslim untuk kebahagiaan dan ketenangan diri.

Oklah, setakat itu saja coretanku. Mohon sesiapa yang nak komen, sila komen murni murni saja ye.

Dan kepada pesakit mental yang terus sangat, ikutlah nasihat doktor. Mungkin sebab bipolar ku tak terus sangat jadi ku boleh stabil dengan improve lifestyle dan zikir ni.

Kalau yang terus sangat tak tahulah. Atas penilaian dan kemampuan masing masing. Kalau memang terus sangat pun sakit kita, kita tetap perlu zikir kan? Jadi janganlah kita meninggalkan zikir.

Wassalam, much love.

– Si Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *