Halluuu semua. Me di sini nak bercerita tentang bomoh yang penipu.
Pendedahan yang sangat berani ini demi membuka mata insan-insan yang sakit dan terdesak untuk sihat tapi berjumpa dengan kunun nya perawat yang menjalankn rawatan yang patuh syariah.
Me suka baca cerita seram dan kisah kehidupan di facebook.
Ditakdirkan me terjumpa satu penulisan di group cerita seram. Me follow sorang wanita ni yang me gelar dia sebagai “rakun” ya.
“Rakun” itu ada seorang lagi kawan lelaki yang me kenalkan sebagai “telur” kunun sama-sama seperguruan dengan nya dalam ilmu sihir di negera jiran di utara sinun.
Seronok baca kisah hidup nya. Lama follow dia. Baru me tahu yang dia kunun nya bekas bomoh katanya la dan menawarkan khidmat scan penyakit. Selepas setahun dua mereka bergerak aktif menjalankan aktiviti perubatan altenatif.
Me tergerak mahu keep in touch dengan mereka tapi sukur juga tuhan tak beri me jumpa dia. Selepas beberapa tahun me jadi follower dia,
Dengan tiba-tiba satu hari tu ada beberapa kenalan me call me dan buka cerita yang buat me rasa OMG rupanya apa yang rakun dan telur buat tu LANGSUNG TIDAK IKUT SYARIAH ISLAM dan betul-betul tiada ihsan kepada pesakit-pesakitnya.
Tak sangka ramai yang menjadi mangsa nya. Sesiapa yang termasuk perangkap mereka berdua tu memang habis di kikis duit, digunakan tenaga sprti kuli batak.
Rakun dan telur serta seorang lagi budak yang sering dibawa rakun dan telur, kununnya budak itu sebagai pencawang magnet utama untuk mereka membuat rawatan tu menawarkan khidmat berubat sihir la, busung la,
Dan yang lagi me surprise tu, rupanya mereka juga tawarkan khidmat memasang jarum emas iaitu susuk, raksa dan khidmat ibu mas dan ibu dinar dengan cas 3 kali ganda harga ibu dinar yang dijampikan.
Jarum disediakan oleh pelanggan ya. Rakun dan telur hanya jampi dan pasang saja. Untuk ibu dinar dan ibu mas pula, jika 1 dinar itu harga RM1000, maka harus bayar harga RM3000 kepada rakun dan telur.
Untuk ibu dinar, pelanggan harus sediakan 2 dinar (2 keping 1 dinar). Jadi pelanggan (mangsa) yang datang harus sediakan 2 dinar dan bayar RM6000 kepada rakun dan telur.
Kenalan me turut beritahu tentang beberapa rawatan yang rakun dan telur sediakan. Selama 3 hari berubat tu, pesakit akan disuruh mandi 3 jenis mandian. Rawatan mandi dengan rakun dan telur pun ada beberapa jenis mandian.
Mandi subuh untuk buang saka, kununnya untuk buang semua saka supaya hidup lancar dan tak sangkut rezeki.
Kemudian mandi dhuha, kununnya untuk rezeki berlimpahan.
Pada masa mandi dhuha ni, me difahamkan oleh kenalan me, rakun dan telur akan buka portal untuk panggil “Malaikat Rezeki”. Me surprise dengar. Tak sangka sehebat ini mereka sampai boleh panggil malaikat ya.
Selepas mandi dhuha, pesakit harus mandi asar pula. Mandi asar ni untuk buang tebiat buruk.
Ketiga jenis mandian ni pesakit mesti harus mandi 3 hari berturut dan harga setiap satu untuk mandi subuh RM1000 dan 2 lagi mandian RM500. 3 mandian ni RM2000.
Ni belum kira pesakit yang di diagnose kan sakit busung. Busung pula harga RM3000. Seronok rakun dan telur cas pesakit ikut nafsu serakah mereka.
Inilah “sihir pukauan mata”. Pesakit yang datang semua buta kayu ikut saja kata rakun dan telur.
Rakun dan Telur akan kumpul pesakit dan merawat serentak di tempat-tempat penginapan yang ada punca air seperti di waterfall dan pantai.
Ramai yang pasang susuk sama mereka tapi kenalan me cerita, yang peliknya tu bukan bertambah cantik dan kaya,
Tapi semakin habis duit mereka sehingga terpaksa menjual harta yang ada untuk makan dan keperluan harian dan keluarga pesakit pula silih ganti sakit selepas mendapatkan rawatan dari rakun dan telur.
Kenalan me kata, aib pesakit pun rakun dan telur tak simpan dengan baik. Rakun dan telur suka cerita pesakit ni buat apa, pasang apa dan pelbagai fitnah lagi kepada pesakit-pesakit mereka yang lain.
Kasihan nya bila dengar kisah sebenar tu dan pling surprise nya tu sebahagian penulisan nya tu mula diragui because sudah banyak pecah tembelang mereka dengan mereka-reka cerita dan pembohongan “rakun” dan “telur” juga sudah sebahagiannya terungkapkan.
Setelah mendapatkan rawatan dari rakun dan telur, ramai kerugian dalam perniagaan, hilang pekerjaan, dan jatuh sakit yang berulang-ulang.
Apabila pesakit ajukan persoalan mengapa jadi sebegitu teruk dikata pula pesakit yang tidak mengikut pantang dan langgar pantang, padahal sebaliknya rakun dan telur ini hanyalah health scammer semata-mata.
Datang kepada mereka sihat sekejap, bayar 2000 3000 selepas tu sakit semula. Datang lagi rawat, bayar lagi dan sakit semula.
Pada akhirnya mangsa terpaksa berubat ke tempat ustaz lain dan baru la pesakit tu tahu mereka gunakan kadam dan rakun dan telur meletakkan kadam ke dalam tubuh pesakitnya.
Sudah la guna kadam, jadi sakit pula tidak dilayan oleh mereka itu. Jika pesakit tidak ada duit, jangan harap rakun dan telur nak melayan pesakit nya. Yang ada duit, berulang datang dan jadi bodoh bayar saja ikut cas yang tak masuk akal.
Selama mereka kata yang mereka patuh syariah tu maknanya tidak benar sama sekali rupanya. Bahaya ya zaman sekarang ni. Pukau sihir mereka langsung kasi buta semua pesakit.
Apa yang me dengar dari cerita kenalan tu, bayaran harga rawatan seperti mandi yang pelbagai jenis mandi, pagar rumah, busung, alihkan penyakit ke haiwan, acupunture, susuk, raksa..
Itu semua cecah juga 5k, 10k dan ada juga berpuluh ribu juga sudah labur tu tapi penyakit pun tak sembuh.
Tidak kah rakun dan telur merasa bersalah aniaya orang miskin yang sakit.
Me cakap pada kenalan me, rakun dan telur ni health scammer saja lah. Mereka gunakan sihir dan gunakan black magic supaya orang yang datang mengikut telunjuk dan kagum tetapi ini semua bersifat sementara saja.
Hati-hati la pada yang sedang sakit diluar sana. Dapatkan rawatan dengan perawat yang sah saja. Kalau perawat tidak sembahyang dan tidak berpakaian yang elok, usah la ke tempat mereka lagi.
Kenalan me cakap, sudahlah berpakaian pendek sampai terlihat alur punggung. Inikah perawat yang dibanggakan ya.
Tidur bergelimpangan bercampur laki-laki dan perempuan tanpa ada rasa malu.
Ini sebahagian yang kenalan me ceritakan kepada me. Geleng kepala me bila tahu semua ni.
Banyak saja pusat perubatan islam yang benar-benar ikut kaedah islam yang tidak mengenakan cas tinggi dan ikhlas bantu pesakit.
Buat sembahyang hajat dulu minta petunjuk Allah untuk diketemu sama perawat islam yang tidak ambil kesempatan ke atas kita.
Me berharap Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM, PEJABAT AGAMA ISLAM NEGERI dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia memantau kegiatan perawat-perawat di Malaysia.
Pesakit yang pernah mengalami dianiaya, diambil kesempatan dan ada juga dir*gol oleh perawat dan kes ini terpencil dan mangsa malu mahu ke depan kerana malu dan aib diri tercemar,
Ini menjadikan perawat seperti rakun dan telur ini yang bertopengkan rawatan patuh syariah ini semakin bermaharajalela lah jalankan aktiviti tipu dan perah duit orang miskin dan orang sakit.
Kita ni memang dianjur untuk sangka baik tapi bukan pada perawat seperti rakun dan telur.
Jelas sekali ramai yang sakit, rugi, diperas duit dan sebagainya tapi masih lagi ada yang bitter serah akidah kepada mereka. Ramai pula tu follower yang taksub dengan perawat seperti rakun dan telur ni.
Jelas sekali memakai jarum emas, raksa, dan menggunakan kadam dengan perjanjian dengan jin itu salah disisi agama, mengapa masih kita “okay” kan aktiviti seperti ini?
Andai Nabi Muhammad s.a.w masih di sini, alangkah sedihnya nabi kita. Betapa susah payah nak beri kita islam, tapi sewenangnya kita gadaikan demi sebuah Pangkat, Harta, Kecantikan, yang nyata ianya adalah sebuah pukauan dari iblis.
Too bad so sad.
BANYAKNYA ORANG-ORANG JAHAT KERANA DIAM NYA ORANG-ORANG BAIK..
– Me (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit