Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak cerita pengalaman aku kena scam dengan seorang bomoh dari negara Kaf Waw Nun Waw Ha’ Alif. Silap aku juga sebab taksub dan percaya bulat-bulat dengan bomoh itu.
Aku jumpa posting bomoh negara itu dekat FB. Dia boleh ubatkan dan bagi petua-petua untuk masalah-masalah manusia macam putus cinta, nak kaya, nak itu ini.
Tapi aku punya permintaan dekat bomoh ni lain sikit. Aku minta bomoh itu bagi mantra/doa untuk buka hijab supaya aku boleh tengok Jin.
Bukan setakat buka hijab, tutup hijab pun aku minta. Jadi, aku boleh tengok dan tak mau tengok Jin bila-bila masa yang aku suka.
Bomoh tu cakap:
“Boleh. Kamu bagi gambar, nama, umur dan alamat.”
Aku pun bagi lah gambar aku dan detail aku dekat bomoh tu. Bomoh tu bagitau harga RM350 (TIGA RATUS LIMA PULUH RINGGIT SAHAJA).
Aku masa tu tunggu gaji jer, aku bagitau bomoh tu nak bayar lepas dapat gaji. Bomoh tu iyakan saja. Lega.
Masuk awal tahun baru, bomoh tu chat aku tanya aku untuk bayaran tadi.
Aku ni jenis tak suka orang minta duit, dalam minda aku bomoh ni bodoh sikit lah. Aku dah bagitau dari awal yang aku nak bayar lepas gaji. Okay takpa, sabar. Aku bagitau dia balik benda yang sama.
Bila dah jatuh tarikh aku kena bayar RM350 tu, bomoh tu chat & call aku. Aku nak start bayar guna bank negara depa. Dia dah bagi nombor akaun bank dia, nama bank dia dan nama dia.
Aku mula-mula tak pandai nak transfer. Agak lama aku buat. Jadi, aku cari jalan lain pula nak buat bayaran.
Aku balik kerja malam, nak keluar beli makan dekat restoran Perda (orang Penang tau lah kat mana).
Aku dalam perjalanan nak ke sana mengalami kemalangan sebab hampir nak terlanggar divider jalan.
Aku elak divider tapi jatuh sebab jalan licin. Habis betis dan kaki aku luka², kat tapak tangan luka sikit. Motor belah kanan bahagian bawah hancur sikit tapi motor still boleh bawa lagi.
Esoknya, bomoh tu marah aku sebab aku lambat bayar. Aku bagi alasan yang aku accident. Tapi dia berleter kat aku macam-macam. Dia ingat aku tak mau bayar? Nak main-main dengan dia? Azwan Ali pernah mengatakan:
“B*toh! Hah, itu jer untuk kau!”
Lepas aku bertekak dengan bomoh tadi, aku pun submit payment tapi guna E-wallet. Nasib baik lah dia dapat duit tu. Kalau tak jenuh aku tadah telinga dengar dia marah².
Sebelum dia nak start ritual, dia minta lagi RM800 untuk bahan² ritual. Dia dah send kat aku gambar aku di bilik ritual dia, gambar aku tu nak kata edit tak edit tapi aku percayakan jer demi berjaya dalam buka hijab. Aku pun bagi lagi RM800.
Masa ni aku tak pelik apa-apa pun. Tapi yang buat aku pelik bercampur terkejut dan marah bila dia suruh anak murid dia chat dan call aku minta RM1,500 untuk penutup ritual. Aku pun hah??? Kenapa minta lagi RM1,500?
Aku tak tau itu betul-betul anak murid dia atau dia sendiri. Lagi satu, dia bagi langkah dan pantang larang.
Langkah pertama siapkan botol mineral, aku pi beli dekat D-Lima botol Spritzer warna hijau tu.
Langkah kedua, bungkus kain dan letak di tempat tersembunyi. Kononnya nanti Jin dia datang masukkan cincin batu permata asli. Pantang dia jangan buka botol itu sehingga diberitahu.
Dia kata, lepas siapkan RM1,500 dan dah buat ritual macam yang dia suruh, baru boleh buka botol tadi.
Aku bincang dengan dia yang aku nak bagi ansuran. Dia tak bagi. Dia buat buat tak faham atau memang tak faham.
Spesis Jakjuj Makjuj juga ni, patutlah kena kurung dalam tembok Zul-Qarnain. Bomoh ni pun nanti aku bubuh sekali dalam tu. Jenis tak toleransi dengan orang. Geram aku bila ingat balik.
Dia spam chat, spam call sampai aku naik rimas. Dia suruh aku angkat call konon nak ajar cara buat ritual dan janji tak sembang pasal duit. Ingat aku bodoh? Hujung hujung nanti minta duit juga.
Dia nak aku bagi kerjasama. Dia paksa aku, tapi putar belit cakap dia tak paksa pun. Pada masa sama dia nak aku usaha cari duit RM1,500 tadi dalam tempoh 1 hari.
Memang tak lah aku nak cari. Aku buat tak tau jer.
Bomoh tu cakap yang dia dah pindahkan cincin tu ke botol aku ni. Aku dalam dilema masa tu. Nak percaya atau tak dengan bomoh ni.
Akhirnya, Allah gerakkan hati aku untuk aku buka botol tu. Bila aku buka, cincin tu tak ada. Kosong.
Bila aku dah nampak kosong, aku terus block FB dan WhatsApp bomoh tadi.
Nak tau kenapa aku kata tu bomoh scammer? Meh baca point ringkas aku.
1. Tak bagitau total harga sebenar. Ikutkan RM2,650.00 tapi dia bagitau RM350 sahaja. Jerat orang di tengah jalan. Bila orang tak boleh bayar, dia akan tuntut sampai ke lubang jamban.
2. Suka paksa orang untuk bayar. Buat harga mahar tahap gila b*bi. Kau nak buka hijab ke nak buka lubang dubur kau?
3. Bagi amalan/doa yang aku pernah jumpa dekat website atau media sosial. Walaupun aku tak hafal sangat doa tu tapi aku tau doa tu familiar.
Kalau bomoh tu original, dia akan bagi doa yang KHAS. Bukan copy paste sana sini. Kau ingat tu doa Robbana Atina ke? Doa Robbana tu pun orang bagi reference Hadis Nabi ﷺ, ni kau reference pun tak bagi, tulisan Arab pun tak de.
4. Tak faham bahasa. Aku dah bagi tarikh, masa dan waktu bayaran RM1,500 tu Februari depan tapi dia berkeras nak aku bayar segera.
Aku dah berhabis duit dekat bomoh scammer tu RM1,150. Kalau tak, dah boleh joli duit tu. Haih.
Semoga Allah balas perbuatan bomoh itu dan kembalikan duit RM1,150 itu Aaamiiin.
Korang doa-doakan juga ye. Doa orang zalim tak ada hijab.
Aku harap admin approve lah confession ni.
Sekian…
– Danish (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak kisahlah dia bomoh scammer atau bomoh tulen ke, yang penting jangan percaya sama bomoh lagi. Takut tak sempat bertaubat dari syirik nanti.
Bomoh tu dah bomohkan awak, awak pon jadi bodo ikut cakap dia