Borak Pasal Along

Apa khabar semua, terima kasih kerana sudi membaca kisah Si Abang Sulong aku, (https://iiumc.com/pecah-tembelang-si-robot-sulong/).

Tujuan aku bercerita ni bukan nak puji sangat dia, sekadar kongsi sahaja. Dekat luar aku tak berani nak cerita di sini aku berani cerita sebab takde siapa pun tahu.

Straight to the point dia sekarang takde dekat malaysia. Dia ada dekat lubnan sekarang ni. Diari yang aku curi-curi baca tu pun dia dah bakar dah sebelum dia pergi sana. Dia pergi bulan 11 2024….

So aku ni memang suka menulis aku sempat lah snap dan copy apa yang tertulis diari dia tu.

Kalau aku hebohkan pun takde masalah sebab dia ni jenis pelupa sikit. Hari jadi aku mak ayah pun dia tak ingat. So takde isu pun pasal baca diari dia.

Masa dekat subang perlepasan pergi sana, masa nak pergi tu aku tengok muka dia langsung tak ada perasaan. Kalau tengok orang lain ada yang sedih nak berpisah. Tapi dia macam takde apa apa belaku.

Dia ada cakap dekat aku. Jaga mak elok2 jaga ayah tengok adik2 taat suami. Ayat yang aku jadi overthinking.

“Kakak kalau aku mati baju dalam almari kau sedekah lah dekat sape2 takyah buat tahlil untuk aku. Kalau orang ada hutang dengan aku kau halalkan je lah. Kalau ada orang bayar hutang aku tu kau ambil je lah kalau kau nak duit. Kalau kau tak nak kau halalkan je lah”

Aku kadang rasa sebak tapi dia muka robot dia tu lah. Masa bersalam aku nak peluk dia tapi macam menolak. Mak aku ayah aku cuba peluk tapi macam segan2 dia tu. Mungkin dia malu kot. Tak pun dia tu ego acah2 macho.

Masa perbarisan perlepasan pergi aku nampak lah dengan segak dan megahnya dia tu pakai celoreng koko beret biru.

Tempat menonton ada orang sebelah tanya aku ni adik Kapten A ke? Aku pun cakap lah ye. Dia pun bagitahu lah suami dia bawah Kapten A si sulong aku tu lah

Dia pergi sana dalam setahun bawah UN. Sebenarnya aku tulis pasal dia ni sebab kami rindu dia. Rindu dia ada dekat rumah. Rindu dia punya bebel rindu air tangan.

Pada masa yang sama takut pun ada. Takut jadi apa2 dekat sana. Minggu lepas dia ada vc kita dengan sana waktu awal berapa jam je. Macam biasa dia vc dengan muka ketat dia tu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal dia sebab rindu. Rindu dekat sedarah daging aku. Itu je aku nak cakap.

So guys terima kasih kerana sudi baca. Aku tak tahu nak tulis apa.

Memang masa kecil kami benci dia sebab garang tak bertempat. Memang kami rasa nak je tanam dia hidup2.

Dulu aku benci dia sebab dia terlalu strict. Sekarang aku cuma nak cakap.

Terima kasih along besarkan kami.

Kau jaga diri baik2 lah along. Ramai kitaorang tunggu kau dekat rumah.

– Ezah bukan nama sebenar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *