Boros Kerana Hobi Cosplay

Salam.. Sini hanya nak luah kan tentang hobi saya mengenai cosplay. Saya mula melibatkan diri ke dalam cosplay community kira-kira 1 tahun yang lepas . Punca saya melibatkan diri kerana tekanan dari sekeliling tambahan lagi yang telah break up the ex boyfriend saya walaupun telah dalam ber`couple tapi disebabkan dia anak kelantan punca kenapa dia tidak mahu menikahi saya. Jadi saya memupuk hobi baru iaitu cosplay.

Pada asalnya saya hanya tertarik melihat cosplayer-cosplayer punya gambar. Perlahan-lahan saya join group-group cosplay yang menjual barang secondhand mereka. Dari situ saya mula membeli dan membeli tanpa henti.

Pada awal nya , saya akan membeli costumes jika murah sahaja bawah RM100 ( fullset ) , setiap 2 atau 3 bulan . Kebelakangan ini saya mula menghabiskan wang saya sekitar RM500 ke atas hanya dalam 1 bulan sahaja. Faktor ini kerana , jika anda berada dalam cosplay community , anda akan di kecam jika tidak melakukan character anda sebaik mungkin . Tahap persamaan dengan character yang hendak dibawa mesti lah menyerupai character anime. Jujurnya , azali nya kata-kata `cosplay for fun` tidak lagi boleh diguna pakai. Walaupun saya minat , tapi kadang-kadang saya rasa tertekan jika di perli character tidak sempurna. Punca saya sering mengeluarkan duit untuk memenuhi set costume hanya untuk 1 character. Sebagai contoh Naruto yang orang sedia maklum dengan watak ini. Naruto mesti ada costume, bandana , senjata, rambut palsu, pouch , contact lens dan perfect make up. Tanpa ini, anda akan dikecam oleh golongan orang `lama` dalam bidang cosplay.

Kebanyakkan orang `lama` tidak dinafikan props, costumes dan mekap sangat mantap . Saya sendiri terpegun melihat mereka. Ini kerana mereka sanggup menghabiskan ribuan untuk sempurna kan character mereka.
Tapi pabila memikirkan faktor usia ( saya sekarang 25 tahun ). Kadang-kadang terasa bagai , berbaloi kah saya membazirkan duit untuk ber cosplay ( tambahan seperti saya kata , cosplay for fun no longer valid in Malaysia COMMUNITY ). Bukan itu sahaja , sesudah menghabiskan ribuan ringgit ke atas costume itu, jika hendak dijual semula harga sangat lah rendah dan tidak berbaloi.

Saya randomly calculates, saya mungkin telah menghabiskan sekitar RM10K-17K untuk cosplay dalam masa setahun. Padahal saya tidak mempunyai nama dalam bidang ini. Jika saya ada , sudah pasti anda akan tahu siapa `- NAJ -`. Bayangkan dengan nilai begitu , apa yang anda boleh guna pakai sebenarnya.
Costumes yang ada, anda tidak akan memakainya hari hari kerana costumes bukan lah pakaian harian.
Kebiasaan hanya akan diguna pakai untuk EVENT, GATHERING atau PHOTOSHOOTS.

Jika ikut pada kotak pemikiran saya , memang saya well aware bahawa cosplay boleh menjadi punca kerugian . Sama istilah nya seperti HIPSTER . Biar papa asal bergaya. Cosplay boleh di lable sama seperti pada pandangan saya. Ramai saya lihat dalam friendlist saya di facebook , kebanyakkan meluah mereka sentiasa tiada duit kerana telah habis untuk digunakan membeli costume2.

Saya meluah kerana rasa sepatutnya cosplay ada tempat untuk anda membuat orang lain bahagia tapi lama-kelamaan saya rasakan . Semakin lama saya menjebakkan diri dalam community ini. Saya rasa semakin miskin.

Lagi 1, kepada veteran luar sana , jika newbie baru hendak melibatkan diri ke alam cosplay. Saya harap anda tidak mengecam mereka. Semua bermula dari zero . Hanya kerana anda veteran dan sudah lama dalam community ini, tak bermakna anda ada tiket untuk mengecam coser baru. Saya meluahkan berdasar pengalaman saya kerana saya juga pernah dikecam . Tak semua newbie ada banyak duit seperti anda ( kerana anda sering menjadi COSPLAYER GUEST , jadi anda memang ada income hasil dari cosplay ). Sewajarnya , beri lah mereka peluang tanpa kecaman untuk hobi ini.

p/s : saya sedia maklum meleis suka mengecam , jadi saya katakan sini, maafkan saya punya bahasa pasar, bahasa rojak , bahasa english broken.

– – NAJ –

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit