Hai semua. Thank you admin kalau siarkan post saya ni sebab saya nak cari jalan keluar tapi tak tahu apa solution terbaik. Semoga pembaca di luar sana dapat bantu bagi solution pada saya.
Sebelum ni saya ada post, (https://iiumc.com/
Dan berniaga tu cuma part time saja. Kerja hakiki saya dari Isnin hingga Sabtu di kilang sebagai admin. Saya sebenarnya nak cari kerja lain lepas raya tahun lepas tetapi zaman sekarang susah betul nak dapat kerja baru. Sampai dah nak dekat raya tahun ni belum ada rezeki bekerja di tempat lain lagi.
Disebabkan lagi sebulan lebih nak raya, ni bukannya masa yang sesuai nak tukar kerja sebab masa raya banyak belanja nak kena keluar duit. Huhu. Tapi hakikatnya saya dah tak tahan kerja dekat sini. Serius sangat tak tahan.
Sebab first sekali, bos saya pernah bawak anjing datang ofis. Anjing tu memanglah comel. Kecik je. Tapi di biar berlari-lari macam nak ajak bermain. Kalau dia berlari-lari terpaksalah saya angkat kaki sebab dia tak sampai. Bos saya tu cina. Takkan tak reti jaga sensitiviti pekerja muslim walaupun kami ni golongan minoriti kat sini. Penat saya dengan member nak berjaga-jaga setiap masa.
Kadang-kadang diletaknya dalam sangkar, melalak la anjing tu dari pagi sampai petang. Tak padan dengan kecik, suara high pitch bila melalak. Itu belum masuk bab kencing berak bersepah. Aduh stress. Dan anjing tu semakin lama semakin besar. Bayangkan. Takkan saya nak duduk atas meja pulak buat kerja.
Second, bos saya ni dengan wife dia yang top managemet. Tapi bila ada sesuatu konflik, bos nak selesaikan dengan cara A. Tapi wife dia nak ikut cara B. Lets say kalau kitorang ikut cara bos, habislah kejap lagi wife dia marah kitorang. Kalau ikut cakap wife dia pulak, bos pulak marah kitorang. Patutnya mereka berdua sama2 bersetuju apakah cara yang terbaik untuk selesaikan konflik tu. Barulah pekerja senang nak buat kerja. Sebab tu sistem SOP kitorang kat sini bersepah dan tak tentu arah. Bila kitorang suggest company sepatutnya ikut SOP begini, barulah sistematik. Haram tak diterima suggestion kitorang. Stress betul.
Third, cuti kitorang selalu ditukar ganti atau tak diambil. Kalau ada public holiday jatuh hari Selasa contohnya, dia sesuka hati kata Selasa semua kena kerja. Hari lain baru ganti cuti tu. Padahal ramai pekerja yang dah bekeluarga ni, kalau boleh nak luangkan masa dengan keluarga tapi masalahnya cuti tak sama dengan pasangan, so dah tak dapat spend masa bersama keluarga.
Keempat, bos & wife dia pandai betul memalsukan dokumen untuk kurangkan cukai. Saya bila kena filing dokumen saya suka tengok details dalam dia, maka saya nampak dia bukak payment voucher bagi gaji secara tunai kat beberapa orang ni. Padahal nama2 yang terima payment ni tak wujud! Fake account! (Muka terlopong) So maksudnya duit tunai ni merekalah yang ambil.
Serius memang banyak kalau setakat bawah seratus saya malas nak cerita sini. Tapi ini berpuluh ribu. Jadi pada siapa saya nak buat aduan ni? Boleh jadi whistle blowerkan? Masalah tambahan lagi, kes ni dah berlarutan dari tahun lepas tapi juruaudit buat tak nampak. Tak professional sungguh walaupun tahu bos & wife banyak ambil cash company dengan cara memalsukan dokumen & dokumen lain untuk kurangkan cukai, tapi juruaudit lepaskan je. Seriuslah?
Kelima, banyak pekerja asing dekat sini bahagian production yang tak ada permit apa nama untuk bekerja dekat Malaysia. Macamana diorang boleh masuk negara kita? Apa tindakan yang harus saya ambil?
Keenam, kalau customer terkurang bayar duit walaupon sepuluh ringgit bukan main mengamuk dua orang ni paksa kitorang call customer bayar balance duit. Tapi kalau customer terlebih bayar buat senyap je. Kadang-kadang customer mana yang saya tahu sebelum ni ada terbayar lebih, next time dia datang beli barang lagi memang saya tolak amount yang terlebih bayar tu. Customer pon kadang tak perasan. Tak ada orang jagakan akaun diorang. Lepastu bila bos dapat tahu saya buat camtu mengamuklah dia. Saya tak heran pon orang tua tu marah sebab saya buat benda betul.
Sebenarnya banyak lagi kekorupan bos saya ni. Kadang-kadang dengar jugak dia maki pekerja dengan perkataan kesat. Suka tinggi suara tiba-tiba. Bawak anak2 dia datang ofis makan bersepah-sepah macam tak ada gigi. Macam2 lah lagi tak terdaya nak cerita.
Tapi untuk 6 point kat atas ni dah cukup buat saya dan member stress dan harap korang boleh bagi idea terbaik untuk selesaikan masalah ni. Kalau tak dapat selesaikan, tolong doakan saya dapat kerja baru lepas raya yang lebih baik dari sekarang ni. Tolong sangat2 doakan.
Terima kasih kepada yang sudi baca. Assalamualaikum.
– Cik Sambal
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit